"Oppa,... saya rasakan,mungkin kumpulan yang lain dah kena gigit kot?"Beritahunya sambil menggigil.
"Mungkin jugak.Sebab tu kita kena gerak cepat ! Tak boleh terlewat walau seminit pun lagi !"Ujar Kyung Soo kepada kumpulannya.
Jung Rok memandang isterinya.
"Tapi,... kita tak tahu kelemahan dan kehebatan 'diorang' !"Sangkal Sung Kyoung.
"Kita tahu satu perkara."Shin Hye mencelah.
"Apa?"Soal Lee Yool lurus bendul.
"Benda tu bergerak pantas.Waktu dia serang kita tadi,dia laju,dan jadi tak tentu arah.Saya perasan,dia kelam kabut tadi.Besar kemungkinan dia kebulur.Jadi dia pantang nampak daging."Celah Hae Soo pula.
"Dengar kata,melihat daging membuatnya pantas,dan bau darah membuatnya gila."Sambung Do Yeonwoo menyeramkan.
Sung kyoung menggigil.
"Kalau kita tak tahu kelemahannya,habislah kita semua."Ujarnya lantas merenung Kyung Soo yang berdiam diri.
"Kita tahu satu benda lagi,..."Ujar Kyung Soo tiba-tiba.
"Apa?"Soal Jung Rok cemas.
"Berdasarkan pemerhatian saya terhadap zombie tu,... dia boleh mendengar bunyi walaupun bunyi tu jauh.Jadi,... pastikan
takde siapa yang buat bunyi yang terlalu bising.Atau lebih tepat lagi,jangan bising langsung sebab kita tak tahu keberadaan 'zombie' tu dalam gelap."Beritahu Kyung Soo dengan otak bijaknya.
"Puan,... tolong kawal anak perempuan puan,ya?"Nasihat Kyung Soo kepada Oh Yun Seo.
Oh Yun seo angguk.
"Bagus.Sekarang,kita tak boleh bergerak lagi.Kita tak tahu arah mana yang nak dituju.Kita bermalam dulu kat sini."Arahnya.
"Tapi oppa,... mesti ada seseorang yang berjaga untuk keselamatan kita,kan?"Sung Kyoung mencelah risau.Walaupun Kyung Soo adalah lelaki yang boleh diharap,tetapi dia tetap lelaki.Salah silapnya harus dibetulkan.
"Betul juga.Siapa yang..."
"Biar saya yang berjaga dulu."Jung Rok menawarkan diri.
"Okey !"Kyung Soo menghela nafas lega.Dia sungguh penat.Dia mahu berehat.
"Hyung,(abang untuk panggilan lelaki)
nanti kalau penat,kejutkan saya bangun tidur.Kalau ada sebarang pergerakan,ambil kayu dan pukul aje 'zombie' tu.Okey?"Beritaju Kyung Soo terperinci.
Jung Rok angguk.
'Budak ini sungguh bijak.'Pujinya.
"Kamu sungguh hebat memukul tadi.Pandai memukulkah?"Soalnya mesra.
"Saya pemain besbol yang terkenal di Korea Selatan,Do Kyung Soo.Encik tak kenal?"Soalnya pula.
"Tak.Maaf.Pergilah tidur."Jung Rok mengambil kayu di atas tanah.
Kyung Soo menghampiri Sung Kyoung.
Sung Kyoung tidur mengerekot.Dipeluknya erat tubuh kekasihnya.Rasa kasihnya tumpah pada Sung Kyoung kerana dia tiada ibu bapa.
Dia bersumpah,akan menjaga Sung Kyoung sengan nyawanya sendiri.
"Hae Soo,... awak okey?"Myung Soo menyapa.
"Tak.Itu sangat menakutkan."Hae Soo masih menggigil.
"Bertenanglah.Saya ada.Saya akan jaga awak."Myung Soo cuba memujuk.Digenggamnnya jemari Hae Soo agar Hae Soo bertenang.
Hae Soo akhirnya terlelap.Myung Soo diam-diam merenung wajah Hae Soo.Diakuinya Hae Soo memang cantik.Dia yang buta kerana sering menolak Hae Soo yang ikhlas terhadapnya.
Sedar tak sedar,dia sudah terlelap di bahu Hae soo.
Yeo Seo sudah tidur.Jung Rok memeluk isterinya.
"Yun Seo,awak jangan takut,ya?Saya akan jaga awak."Pujuknya.
Oh Yun Seo memandang wajah Jung Rok.
"Awak janji dengan saya awak akan jaga Yeo Seo.Awak janji yang awak akan utamakan Yeo Seo lebih dari diri awak sendiri,lebih dari saya dan orang lain?"Pintanya.
"Saya janji."Putusnya.
Oh Yun Seo menghela nafas lega.Dia tahu dia boleh percayakan Jung Rok.
Share this novel