Bab:2

Zombie Series 905

"Myung Soo !"Panggil Hae Soo.Dia berlari anak mengejar langkah Myung Soo yang pantas.Rakan-rakan yang lain hanya melihat.
"Oppa."Panggil Hae Soo lagi.Myung Soo berhenti.Dia menoleh memandang Hae Soo.
"Kau nak apa lagi ni?"Soalnya keras.Malas melayan.Oleh kerana dia pemain besbol yang berkebolehan dan dikenali ramai,ramai gadis yang berpusu-pusu menggodanya.
Hae Soo berhenti berlari.Dia tercungap-cungap melepaskan nafas.
"Kita duduk bersebelahan ya,dalam bas nanti?"Ajaknya tetap mesra walaupun sakit hati.
"Suka hatilah..."Dia mengeluh penat.Gadis-gadis tidak pernah penat menggodanya.
Hae Soo merengus.
"Berlagak."Bisiknya tetapi didengari Myung Soo.
Myung Soo menoleh pantas.
Dia merenung Hae Soo tajam.
"Apa kau kata?"Soalnya sengaja mahu menguji Hae Soo.
"Aku kata kau ni BERLAGAK !"Hae Soo hilang sabar.Dia selalu melayan Myung Soo dengan baik tetapi Myung Soo sering bersikap acuh tak acuh dengannya.Kesabarannya juga ada batas.
Myung Soo menunjal kepala Hae Soo.
Shi Hye dan Lee Yool membuntang di belakang mereka.
"Kau tu..."
Myung Soo menunjal kepala Hae Soo lagi.
"... menggedik kat aku... aku tak pernah layan kau ! Penggoda !"Hina Myung Soo.
Hae Soo tidak tahan lagi.Tangisannya terhambur.Air mata mengalir seperti tidak mahu berhenti lagi.
Myung Soo tersentak.Dia tidak berniat mahu membuat Hae Soo yang cantik menangis.
"Hae Soo..."
Lee Yool menyiku Shin Hye.
"Ma... maaf."
Hae Soo mula teresak-esak.
Dia berlari pergi jauh Myung Soo.
Hatinya tersayat.
Myung Soo menggaru leher yang tidak gatal.
Do Yeonwoo menyekeh kepala Myung Soo.
"Aku dah bagitahu,cakap dengan perempuan.Kena baik-baik.Bukan kasar macam tu.Kau ni bijak dah penuh pakej dah.Tapi perangai tu kena ubah.Terus terang aku cakap,kau tak boleh layan perempuan macam tu.Tak baik."Yeonwoo membebel entah apa-apa.
"Lembap lah kau ni Myung Soo.Kalau tak nak Hae Soo yang cantik macam tu,bagi aku..."Lee Yool berseloroh tetapi kepalanya pula yang disekeh Shin Hye.
"Jaga mulut tu eh..."Amarannya garang.
Myung Soo masih berfikir tentang kata-kata Yeonwoo.
'Aku memang bersalah.Dia sentiasa layan aku dengan baik.Tapi aku layan dia macam sampah.'desis hatinya kerana serba salah.Dia perlu meminta maaf.

5 hari kemudian,
"Abang,saya dah kemaskan barang abang.Abang ada apa-apa lagi yang nak ditambah?"Soal Oh Yun Seo sambil membancuh susu buat anaknya.
Jung Rok,suaminya hanya menggeleng.Matanya masih melekat pada laptop.
"Takde.Lagipun awak yang nak sangat pergi Divine apa kebenda tu.Saya ada banyak lagi benda nak buat."Ujarnya bersahaja.
"Abang ! Abang tak boleh pentingkan kerja aje tau ! Abang ada tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami.Cubalah jadi manusia sikit..."Ujar Oh Yun Seo separuh rayu.
"Awak ni dah kenapa?!! Habistu selama ni saya jadi apa?Jadi hantu?!!!!"Herdik Jung Rok hilang sabar.Dia sedang stres banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum percutian tersebut,dibebel isterinya pula.
Oh Yun Seo terpempan.
"Awak... awak jerit pada saya?Awak... awak..."Oh Yun Seo tak terkata.
Jung Rok kembali fokus pada laptopnya.
Oh Yun Seo akhirnya berlalu ke bilik meninggalkan suaminya agar bersendiri.
Sejam kemudian,
"Ergh..."
Jung Rok menguap.Dia melihat jam dinding.
"Dah lewat malam."Dia segera berlalu ke bilik tidurnya.
Oh Yun Seo sudah tidur dengan nyenyak.
Dia masuk ke bilik perlahan-lahan.Lalu berbaring di sebelah isteri tercinta.
Wajah Yun Seo yang lembut dan sedap mata memandang membuatkannya gila bayang.Dia mengusap rambut Oh Yun Seo lembut.
"Maaf,Yun Seo.Abang kena buat banyak kerja supaya waktu percutian kita tak terganggu.I'm so sorry."Bisiknya lantas mengucup dahi Oh Yun Seo lama.
Akhirnya Jung Rok tertidur sambil memeluk Oh Yun Seo.

Hari percutian,
"Abang, jangan lupa bagasi warna pink tu,ya ! Beg biru mana?Yeo Seo,jangan jauh dari mama ya?"
Keadaan kelam kabut.
"Kyung Soo ! Pakai topi ini.Saya tak nak awak kepanasan.Ambilkan saya jaket tu."
"Hae Soo,... kita duduk bersebelahan,ya?Kat kapal tu,ruangnya besar.Lagipun,cuaca nampak macam baik.Ya?"
Macam-macam suara kedengaran.Masing-masing tak pernah pergi bercuti.(Lainlah Oh Yun Seo dan suaminya yang pernah.)
Hae Sok akhirnya mengambil tempat.
Kim Myung Soo pula,entah apa anginnya.Mengambil tempat disebelah Hae Soo.Hae Soo menjeling tajam.
Sementara Shin Hye pula sibuk mencubit Lee Yool kerana curi-curi pandang wanita warga asing yang lain.
"Yun Seo,... biar saya yang dukung Yeo Seo."Ujar Jung Rok bermurah hati.
Oh Yun Seo mahu memberi Yeo Seo tetapi Yeo Seo mengeraskan badan tidak mahu.Tiada cara lain,Oh Yun Seo terpaksa juga mendukung Yeo Seo.
Jung Rok berdehem meminta pehatian.
Dia menjeling Oh Yun Seo apabila isterinya tidak memberi respon.
Rupa-rupanya Oh Yun Seo sedang mendengar lagu menggunakan earphone.
Jung Rok kalut mengeluarkan sesuatu dari dalam bagpack nya.
"Nah Yun Seo.Guna headphone saya.Lagi sedap dengar."Jung Rok memberikan Oh Yun Seo headphonenya.
"Terima kasih."Ujarnya lalu menoleh melihat ke tempat lain.
"Chogi,...(maafkan saya) boleh tak saya nak pinjam tisu basah?"Soal Do Yeonwoo sopan.
Jung Ok segera memberikan tisu kepada Yeonwoo.

"Hae Soo,... angin sedap,kan?Sejuk aje."Tegur Myung Soo.Dia sedang berusaha untuk membaiki hubungannya dengan Hae Soo.Lagipun benar kata-kata Yeonwoo.Tidak baik berkasar dengan perempuan.
"Hmm... macam nak ribut."Selamba Hae Soo berkata.
Myung Soo tersentak.
Itu pulak yang dipikirnya?
Myung Soo terpandang Hae Soo yang memeluk tubuh kerana kesejukan.Dia cepat-cepat memberikan jaketnya kepada Hae Soo.
Hae Soo berterima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience