"Baiklah,... kita akan cari tempat berteduh dulu.Pertama sekali,kita mesti berpecah kepada beberapa kumpulan."
Semuanya sudah dibahagikan.
Hae Soo bersama Myung Soo,Sung Kyoung,Kyung Soo,Jung Rok,Oh Yun Seo,Yeo Seo,Lee Yool,Park Shin Hye dan Do Yeonwoo.
Penumpang kapal yang lain diagihkan bersama.
"Baiklah,kita ditugaskan mencari tempat berteduh.Apa yang saya fikir sekarang ni makanan.Sambil kita cari tempat berteduh,sambil tu kita cari makanan,okey?"Jung Rok berkata.
Mereka mengangguk.
Sedar tak sedar sudah sejam berlalu,masih tiada makanan kecuali pisang yang terpaksa dikongsikan.
"Oppa,... saya lapar..."Rengek Sung Kyoung sambil menggoyangkan lengan teman lelakinya.
"Saya tahu.Tunggulah kejap... kita cari makan sama-sama,ya?"Lemah suaranya.
Tiada tenaga mahu melayan Sung Kyoung.
Sung Kyoung mengeluh dalam pelukan Kyung Soo.
"Kita berehat dululah ya?Isteri saya mahu bancuh susu untuk Yeo Seo,mari kita berehat dulu di bawah pokok besar itu."
Mereka akur dengan arahan Jung Rok.
Sung Kyoung tidur di bahu Kyung Soo sementara Kyung Soo pula melepaskan lelah dengan turut memejamkan mata.
Hae Soo pula menongkat dagunya.
Park Shin Hye pula masih melilau mencari buah.Lee Yool sudah lelap.Yeonwoo pula berdengkur.Hanya Myung Soo,memerhatikan suatu bayang.
'Bayang apakah itu?Manusiakah?'desis hatinya bimbang.
"Hei !! Kami disini ! Kesinilah !!!"Jeritnya nyaring.Jeritannya menarik perhatian yang lain.
"Awak... panggil siapa,Myung Soo?"Soal Shin Hye resah.
Hae Soo bangun dari lenanya.
"Kenapa?"Soalnya mamai.
"Tu.Kat situ ada orang.Aku nampak !"Beritahu Myung bersungguh.
"Mana ada sesiapa?"Soal Hae Soo pula.
"Mana?"Soal Jung Rok,juga bimbang.Semua sudah bangun dari lena.Mereka cuba fokus pada jari telunjuk Myung Soo.
"Ada oranglah."Yeo Seo berkata petah.
Oh Yun Seo dan Jung Rok berpandangan.
"Kyung Soo oppa..."Sung Kyoung cemas.Pergerakan itu semakin menghampiri mereka.Anehnya,pergerakan itu semakin pantas dan pantas.Jalannya tidak tentu arah.Kyung Soo bangun dan mencapai kayu.
'Sesuatu' itu sudah hampir.Suaranya menyeramkan.Mayat hidup itu mencapai tangan Oh Yun Seo cuba menggigit.
PAK !
Kyung Soo menetak kepala mayat hidup tersebut.'Ia' masih bergerak-gerak.Dipukul lagi kepala mayat hidup itu sehingga 'ia' tidak berkutik.
Kyung Soo tercungap-cungap.
"Oppa?"Panggil Sung Kyoung.
Kyung Soo memeluk Sung Kyoung.Dadanya masih berdebar memikirkan tindakannya tadi.
"Apa... apa bendanya ni?"Soal Hae Soo gugup mendekati.
"Jangan !"Larang Sung Kyoung.
Hae Soo diam.
"Itu... itu mayat hidup."Beritahunya.Sung Kyoung merupakan pelajar cemerlang yang serba tahu.Kalau setakat muka buruk macam ni,tahulah dia apa benda.
"Ma... mayat hidup?Maksud awak,... zombie?"Shin Hye menggigil.Lee Yool memeluk Shin Hye yang ketakutan.
Sung Kyoung memandang Kyung Soo resah.
Kyung Soo menelan liur.
"Kejap... kalau ada satu zombie,... maksudnya..."
Hae Soo tidak menyambung.
"Maksudnya 'benda' ni ada lebih dari satu."
Sung Kyoung menyambung faktanya.
Serta merta guruh berdentum.Awan menjadi hitam.Yeo Seo menangis.Anehnya tangisan Yeo Seo berselang dengan bunyi jeritan manusia.
Sung Kyoung duduk mengerekot ketakutan.Hae Soo pula menutup telinganya seperti memintanya menjadi pekak.Shin Hye menjadi tak tentu arah mendengar jeritan yang tiada henti.
"Jung Rok !!!"Jerit Oh Yun Seo memanggil suaminya.
Jung Rok bimbang melihat semua orang ketakutan.Apa yang harus dilakukannya?Jeritan yang tiada henti dan mayat hidup yang merayau-rayau?Adakah harapan buat mereka?
Share this novel