Bab:3

Zombie Series 905

Kapal mereka bergoyang hebat.Ombak membesar.Hae Soo mula risau.
"Hei,Myung Soo oppa.Kenapa dengan laut ni?Jadi macam..."
"... ribut?"
Myung Soo sambung kata-katanya.
Tiba-tiba siren berbunyi.
"Semua penumpang diminta bertenang.Sila masuk ke suite masing-masing.Kami akan menilai keadaan ombak dan cuaca dan memaklumkan keadaan seterusnya kepada penumpang."
Suara kedengaran menggunakan megafon.
"Hae Soo,mari !"
Myung Soo menarik tangan Hae Soo.
Hae Soo tergesa-gesa membuntuti langkah Myung Soo.

"Yun Seo,mari masuk bilik."Panggil Jung Rok sambil mendukung Yeo Seo.
Tetapi Oh Yun Seo masih nyenyak tidur di kerusi empuk itu.
"Yeo Seo,tunggu di bilik,jangan pergi mana-mana tau?"Nasihat Jung Rok kepada anaknya.
Yeo Seo mengangguk akur.
Jung Rok mendekati Oh Yun Seo dan mencempung tubuhnya.
Oh Yun Seo terus terbangun.
"Ab... abang?"Dia kelihatan bingung.
"Mari masuk.Keadaan kelam kabut ni."Ujarnya memberitahu.

"Sung Kyoung ! Awak kat mana?Aduh... masa macam nilah awak menghilang..."Rungut Kyung Soo sambil menggaru lehernya.Semua sudah berlalu masuk ke bilik,hanya dia sahaja yang masih di luar bilik.
Akhirnya dia memutuskan untuk ke bilik Sung Kyoung.
"Kyung Soo oppa !"Jerit Sung Kyoung nyaring.
"Sung Kyoung ! Merata-rata saya cari awak,tahu?Kat sini awak rupanya."Kyung Soo meluru mendapatkan Sung Kyoung.
"Oppa,... saya takut kalau ada ributlah..."Rengek Sung Kyoung manja.
Kyung Soo mencapai telefon bimbitnya.
Didailnya nombor sahabat baiknya,Jaesun.
"Takde line."
Beritahunya kepada Sung Kyoung yang sedang memeluk bantal.
"Saya takutlah..."Rengeknya lagi.
Kyung Soo merengus.Ribut melanda?
Dia selamba makan makanan ringan tanpa mengetahui ada sesuatu yang lebih teruk dari ribut akan melanda.

"Harap maaf,disebabkan cuaca dan ketinggian ombak,kami terpaksa membuat keputusan untuk singgah di pulau berdekatan."
Satu suara muncul lagi.
"Jung Rok,... pulau berdekatan ada berapa ya?"Soal Oh Yun Seo lantas membuka headphonenya.
Jung Rok mencari di internet.
"Ada beberapa.Tapi yang paling dekat,... apa ni?Apocalypse Island?Peliknya nama."
Ujarnya dengan wajah berkerut.
Oh Yun Seo tidak senang duduk.
"Pelik sangatlah nama pulau tu... kita mintak diorang teruskan perjalanan boleh tak?"Soalnya risau.
"Janganlah buat macam tu.Kita akan susahkan orang lah... ombak tu tinggi.Kalau ada yang jatuh macam mana?Kita biar aje diorang buat kerja diorang,okey?"Pujuk Jung Rok mahu menyedapkan hati isterinya.
Oh Yun Seo memeluk anaknya yang sedang tidur.Hati nurani nya mengatakan sesuatu yang aneh.

"Myung Soo,..."Wajah Hae Soo muncul disebalik pintu.
"Ya?"Jawabnya.
"Apa kata kita panggil kawan-kawan kita duduk satu bilik?Saya takutlah tengok keadaan langit dengan ombak yang bergelora kat luar."Hae Soo menggigil ketakutan.
"Okey.Duduklah,saya telefon yang lain."
Hae Soo akur.

"Anyeong !"Park Shin Hye muncul.
"Wah,... korang tido sebilik ke?Myung Soo kau..."
"Diamlah ! Mana Yeonwoo?"Marah Hae Soo tidak semamg dengan gurauan Lee Yool.
"Hae Soo..."Yeonwoo muncul pula.
"Duduklah.Aku nak tengok keadaan kat luar."Permisi Myung Soo.

"Alamak,... ini betul-betul terjadi ke?!!"Myung Soo melongo.
Ombak dihadapannya besar malah lebih besar dari kapal mereka.Dia jatuh terduduk.Terfikir jika inilah saat kematiannya.
Tiba-tiba...
"Myung Soo !!!"
Tangannya ditarik oleh Hae Soo.
Pintu biliknya ditutup rapat.Malah dikunci pula.
"Dungu ! Siapa suruh awak pergi ke luar?!! Mereka dah suruh duduk dalam bilik,duduk dalam bilik diam-diam sudahlah !!"Herdik Hae Soo sambil lututnya menggigil.Myung Soo masih terasa bergetarnya jemari Hae Soo menariknya tadi.
"Hae Soo..."
"JANGAN BUAT MACAM TU LAGI !!"
Diam.
"Hae Soo,... mari duduk dulu.Bertenang."Shin Hye cuba memujuk.
Terdengar bunyi hempasan pada pintu.Bahagian bawah pintu kelihatan basah.Mungkin dihempas air.
Keadaan senyap sunyi selepas beberapa jam.
"Kapal kita dah berhenti ke?"Soal Yeonwoo tiba-tiba.
"Dimana?"Soal Shin Hye pula.
"Di,... Apocalypse Island."Beritahu Lee Yool sambil matanya memandang telefon bimbit.
"Apa Island?"Soal Hae Soo pula.
"Apocalypse Island.Awak tak pernah dengar ke?Dengar cerita dulu nama pulau tu Harmony Island.Tapi ada satu kejadian terjadi yang menyebabkan namanya ditukar.Sampai sekarang takde siapa yang tahu sebabnya."Jelas Yeonwoo dengan wajah annoying.
"Awak tahu ke sebabnya?"Soal Myung Soo kerana setahunya,Yeonwoo bercita-cita mahu menjadi detektif.Mungkin ada sesuatu yang dia tahu.
"Entah.Pihak kerajaan pernah hantar seseorang ke pulau tu,tapi dia tak pernah kembali.Sesiapa yang ke pulau tu,tak pernah kembali."Jelasnya lagi.Myung Soo mahu memarahi tetapi wajah Yeonwoo kelihatan serius.
Keadaan sunyi seketika.Sesaat kemudian,suasana mula bingit.Suara kedengaran di merata-rata.
Perlahan-lahan Myung Soo membuka pintu.Ramai yang keluar dari bilik untuk ketahui apa yang sedang berlaku.
"Kita sudah tiba di Apocalypse Island.Pulau yang paling dekat dan dijamin selamat."
Suara kedengaran lagi.
'Selamat konon.'desis hati Hae Soo.
Mereka kini sudah tiba di Apocalypse Island.Pulau yang mempunyai nama yang gerun.
"Semua turun dengan berhati-hati ya !"Seorang pekerja wanita di atas kapal itu memberi nasihat.
Hae Soo mula melangkah turun.Kakinya tersadung kayu di bahagian hujung deck.
"Fuh..."
Mujurlah Myung Soo sempat menangkap pergelangan tangannya.
Hae Soo mengelap peluhnya.
"Lee Yool ! Jangan tenung sangat perempuan tu boleh tak !"Marah Shin Hye apabila dia berjaya menangkap lorotan mata Lee Yool terhadap pekerja wanita berbaju biru lembut itu.
"Sakitlah sayang..."Rengek Lee Yool.
"Hae Soo,... awak perlukan bantuan?"Soal Yeonwoo bermurah hati.
Hae Soo menggeleng bersama senyuman manis.

"Jung Rok,... jangan lupa beg kuning Yeo Seo.Semua barang keperluannya ada kat dalam."Arah Oh Yun Seo.
"Mama?Kita dah sampai hotel ke?"Soal Yeo Seo masih mamai.
"Belum,sayang.Kamu berjalan sendiri ya?"Pujuk Oh Yun Seo lembut.
"Sayang... ini,Apocalypse Island ke?"Soal Jung Rok.
Pulau ini kelihatan cantik.Aman,dan damai.Entah kenapa namanya begitu sarkastik.

"Cantiklah pulau ni,Sung Kyoung.Kenapa nama dia macam,... macam tu?"Soal Kyung Soo sambil mencabut earphone dari telinganya.
"Manalah saya tahu.Jangan terlupa henton tau,Kyung Soo.Kalau kena curi padanlah muka."Peringat Sung Kyoung sambil melepaskan ikatan rambutnya.
Kyung Soo memerhati Sung Kyoung.
Cantik teman wanitanya.Manis wajahnya sedap mata memandang.Merah jambu bibirnya menggelorakan jiwa kelelakiannya.Rambut panjang Sung Kyoung mengharumkan harinya.Dia tahu dia tidak membuat keputusan salah membawa Sung Kyoung bercuti dengannya.
"Apa yang awak tengok?"Tegur Sung Kyoung apabila Kyung Soo kelihatan seperti tidak mendengar kata-katanya.
"Takde apa.Jom,nanti kena tinggal."Nafinya.Jemari Sung Kyoung digenggam erat.
"Kyung Soo.Jangan lupa beg yang awak selalu guna tu.Siapa tahu mungkin benda tu berguna ke..."
"Saya tak lupa,okey?Saya tak lupa.Jom kita jalan dulu."Kyung Soo menghentikan bebelan Sung Kyoung yang tidak berkesudahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience