T I G A

Short Story Completed 6100

Pagi itu satu kelas kecoh tentang Hana. Ada perempuan yang mula membenci, ada perempuan yang kagum dengan Hana, malah ada yang tiada perasaan apa-apa. Hana tidak hadir ke kelas kerana diberi MC.

"Pecah rekod beb!"
"Mrs candy and mr lion gituu!"
"Tundukkan singa itu!"
"Gedik gila nak berdukung bagai."
"Perempuan cantik je dia pandang. Ee nyampah!"

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut-mulut pelajar 5 Roses. Raisha yang mendengar hanya menggeleng kepala. Dia telah mendengar sendiri cerita penuh dari Amina. Hana bukanlah gadis desperate seperti yang digambarkan mereka.

..........

Apabila cuti sekolah pertengahan tahun tiba, semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pada hujung minggu, Hana bercadang untuk ke mall. Setelah mendapat keizinan, Hana ke mall dengan Pak Said, driver setia keluarganya itu. Tetapi Pak Said telah memberitahu Hana bahawa dia hanya boleh menghantar Hana ke mall namun dia tidak boleh mengambil Hana semula kerana terpaksa bergerak ke Pahang untuk menjemput ayahnya yang akan selesai urusannya di sana jam 6 petang nanti. Hana bersetuju. Dia akan mengambil grab car atau uber nanti.

Sedang Hana berjalan-jalan di dalam mall, dia terlanggar seseorang ketika matanya sedang asyik melihat butik-butik baju branded yang bersusun di sebelahnya.

"Aduh, maaf." Hana menyumpah-nyumpah dirinya sendiri di dalam hati. Dia takut hendak mengangkat wajah memandang lelaki itu.

"Kau?" Hana mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang seakan familiar di telinganya itu.

"Awak?"

..........

"Tak sangka kan, kita boleh jumpa kat sini." Putera menyedut jus apple kegemarannya.

"Haah. Kecil je dunia ni." Putera suka melihat penampilan Hana Maisara ketika ini. Memakai blouse bunga-bunga , berskirt labuh dan bershawl. Simple but nice, cantik. Yelah, kalau muka dah cantik pakai apa pun semua nampak cantik.

"Pelikkan. Anak dara macam kau ni jalan sorang² kat mall. Kau tak takut ke?"

"Nope. Saya dah biasa. Oh ya. Nama penuh awak apa ya? Takkan kita sembang tanpa kenal diri masing-masing kan." Hana tergelak.

"Go first." Hana mengangkat kening. Aku tanya dulu, takpelah.

"Hana Maisara binti Amir Danial. Panggil Hana."

"Cantik nama secantik tuan empunya nama." Putera nengenyit mata sebelah. Hana terkedu. Dia malu sebenarnya. Tapi dia tak mahu kelihatan over di hadapan insan bernama lelaki.
"Urgh, cantik sangat. Cepatlah awak, nama?"

"Putera Adam Mukhriz bin Putera Zakhtar Ali. Panggil Putera or suit yourself."

Hana yang sedang menyedut air minumannya tersedak apabila mendengar nama penuh Putera.

"Excuse me, ladies." Hana meminta diri untuk ke tandas sebentar. Putera terpinga-pinga, hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience