S A T U

Short Story Completed 6099

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama diberi Hana Maisara binti Amir Danial. Korang boleh panggil Hana. Tapi nak panggil Mai ke, Sara ke, Maisara ke, tak kisah. Tapi jangan panggil Amir ataupun Danial pulak." satu kelas tertawa dengan lawak spontan Hana, pelajar baru SM Sains Alor Gajah. Hana seorang gadis yang cepat menyesuaikan diri dengan suasana baharu kerana kepetahan tutur bicaranya. "Hm ada soalan lagi tak?"

"Awak asal mana?"
"Awak ada mix ke?"
"Haah. Muka nampak cam ada mix."
Pelajar-pelajar lain mula minat dengan cara Hana membawa diri.

"Ehem. Haah. Ayah saya Pakistan. Mak saya melayu tulen lah. Saya tak banyak mix macam COCOnut milkshake. Hehehe" Kelas itu riuh lagi.

"Saya lahir kat Manchester, duduk kat Kuala Lumpur." Hana senyum sehingga menampakkan lesung pipit.

"Oh patutlah cantik!" Suara-suara mula riuh kembali.

"Okay Hana, awak duduklah kat sebelah Raisha." Puan Zurina memberi arahan.

Hana mengangguk. "Sini sini." Raisha melambai-lambai tangannya apabila melihat Hana tercari-tercari gerangan 'Raisha'. Dia amat gembira mendapat deskmate dengan pelajar baharu cantik itu.

Puan Zurina kembali mengajar sehingga tamat persekolahan.

..........

"Hana macam mana kat sekolah baru tadi?" Puan Saleha melabuhkan punggungnya di sebelah Hana.

Hana melentokkan kepalanya di atas bahu ibunya. "Alhamdulillah, cenggini." Hana membuat thumbs up. Puan Saleha tersenyum. Dia tidak pernah risau untuk menghantar anaknya ke sekolah atau persekitaran baharu kerana dia amat kenal dengan keramahan anaknya.

"Baguslah. Kamu kena pandai bawak diri. Jangan menunjuk sangat. Title Dato' ayah kamu pun kamu kena rahsiakan ya sayang. Kalau orang tanya kamu, baru kamu jawab. Stay humble. Baru orang suka kawan dengan kita."

Hana hanya mengangguk sambil tersenyum. Nasihat itu telah didengarinya banyak kali memandangkan dia anak tunggal keluarga itu.

"Jomlah makan. Mak Ram masak gulai ketam tau." Orang gajinya memang seorang tukang masak handal. Kadang-kadang ada menu yang dimasaknya mengalahkan Puan Saleha sendiri.

Hana kecur liur. Aish, perut sudah berkeroncong.

..........

"Hana pandai main futsal?" Beberapa pelajar perempuan berkumpul di meja Hana. Itulah yang selalu berlaku apabila ketiadaan guru. Pelajar perempuan suka berkumpul dan berbual dengan Hana Maisara.

"Bolehlah sikit-sikit."

"Hana dulu main apa je?" Raisha bersuara.

"Em, adelah Hana main badminton, bola jaring, futsal dengan skuasy." Orang lain semua menepuk tangan. Kagum. Aktif, tapi kulitnya tetap cerah.

"Wah! Ada wakil pape tak?"

"Ada. Skuasy je alhamdulillah wakil sampai peringkat negeri. Pastu tak lepas dah. Yang lain hebat sangat." Hana tersengih menampakkan giginya yang tersusun.

"Ha, petang ni jom Hana kita main futsal."
"Haah, jom jom."

"Oh, okay. Hana okay je." Orang ramai bersorak gembira. Bukan senang orang baru nak terima pelawaan untuk jadi aktif bila baru masuk ni.

..........

Hana mengenakan pakaian sukan yang sopan. Dia datang ke court futsal bersama dengan Raisha dan Amina. Mereka duduk di luar court futsal sementara menunggu rakan-rakan mereka yang lain. Sedang Hana membetulkan kasut sukan Sneachers Go Ride 4 berwarna biru pink miliknya itu, sekumpulan pelajar lelaki datang dan masuk ke court futsal yang telah ditempah oleh rakan-rakan Hana sebenarnya. Raisha dan Amina yang melihat jadi tak senang duduk. Eh mana boleh! Sesuka hati mereka saja menggunakan court itu.

"Raisha, kita nak diam je ke?" Amina bersuara.

"Weh, aku tak tahulah. Dahlah ada star athlete dalam tu. Putera Adam Mukhriz. Dia tu bukan manusia weh, singa!"

"Eleh itukan jejaka idaman kau. Jejaka idaman gadis-gadis SM Sains Alor Gajah. Apa lagi, kau pergi lah settle dengan dia." Sempat Amina bercanda.

"Umph, idaman kat muka dengan body jelah. Nak harapkan perangai, zero sweetness!"

Hana yang tidak tahu menahu hanya diam sambil menjadi penonton setia futsal lelaki itu. Setelah beberapa minit kemudian, rakan-rakan yang dinanti tiba jua. Syakilla yang dikatakan mempunyai obses tinggi terhadap Putera Adam Mukhriz menjadi terkinja-kinja apabila melihat lelaki idamannya berada di dalam.

Amina memandang Raisha sambil membuat muka jijik. "Guys, diorang guna court kita. Cemana nih?" Raisha bersuara sebaik sahaja semua berkumpul.

"Takpe, biar I cakap. You guys follow me." Semua mengikut Syakilla dari belakang kecuali Hana dan Amina. Mereka setia duduk di bangku kerusi.

"Urm, You guys." Syakilla menepuk tangannya sambil memanggil lelaki-lelaki yang sedang bermain futsal itu. Usahanya berjaya apabila mereka berhenti bermain. Syakilla terjerit kecil dan mula menggedik apabila Putera Adam Mukhriz mendahului rakan-rakannya untuk pergi ke Syakilla.

"You! Kitorang actually dah tempah court ni awal lagi. But tiba-tiba je you guys guna. Oh kalau you all tak percaya, pergilah tanya Abang Din untuk make sure." Putera muak melihat pergerakan badan Syakilla yang menjengkelkan itu.

"Hey, first come first serve lah. Lagipun ni memang tempat kitorang kan selama ni. Korang punya court dekat sebelah. Tiba-tiba nak guna court kitorang ni dah kenapa."

Raisha mula bengang. Takkan tak nampak court sebelah tu ada orang lain guna!

"Ah sorry. Tapi, court sebelah tu ada orang guna that's why kitorang tempah court ni." Raisha mempertahankan hak mereka.

"So, ha, ada kitorang kesah ke kalau court korang tu diambil orang. Pandai-pandai settle lah." Raja Muadz mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Syakilla dan rakan-rakannya jadi fed up dan mula melangkah keluar.

Sedang mereka hendak keluar, Putera Adam Mukhriz terpandang gadis cantik di luar court. Dia berbincang sesuatu dengan Raja Muadz sebelum memanggil kembali Syakilla and the geng.

"Korang nak guna court ni? Korang nak main futsal?" Putera menanyakan kepada Syakilla. Syakilla dan rakan-rakannya mengangguk dan mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience