D U A

Short Story Completed 6099

Kerana terpaksa aku relakan. Itulah yang dirasakan oleh rakan² Syakilla apabila Putera meletakkan syarat supaya Syakilla and the geng berlawan dengan mereka, atlet-atlet jaguh sekiranya mereka hendak bermain futsal. Namun berbeza pula dengan Syakilla yang sangat teruja apabila dapat bermain sekali dengan lelaki idamannya. Iyalah, selama ini pun, dia menyertai futsal bukan atas dasar minat, malah hanya untuk mengintai buah hatinya itu.

Hana yang mendengar perkara itu agak berat untuk menerima. Sekejap, dia bertentangan mata dengan Putera Adam Mukhriz yang melihatnya dari dalam court. Hana segera menyertai kumpulan rakan-rakannya itu ke dalam court futsal untuk bersedia lawan dengan kumpulan lelaki² itu.

Sekejap sahaja Putera telah menjaringkan gol. Memang taklah, perempuan nak lawan dengan atlet-atlet hero SM Sains Alor Gajah. Gol seterusnya dijaringkan oleh Zul Helmi. Hana yang lincah bermain dan bijak mengawal bola telah menarik perhatian Putera.

Namun perkara yang tidak pernah dijangka berlaku oleh mereka telah pun berlaku. Hana telah menjaringkan gol sulung untuk kumpulan nya. Kelihatan beberapa pelajar perempuan bersyukur mempunyai pemain wanita handal seperti Hana Maisara. Iyalah, dia pun atlet juga.

Syakilla yang perasan akan pandangan Putera kepada Hana menjadi geram dan iri hati. Dia mula merencana sesuatu yang jahat kepada Hana. Sedang Hana hendak menjaringkan gol yang kedua, Syakilla dengan sengaja telah melanggarnya dengan kuat dari belakang sehingga Hana terjatuh.

Putera terkejut melihat adegan tersebut dan segera mendekati Hana. Syakilla pura-pura membantu walaupun Hana seperti tidak terbantu pun.

'Aduh, sakitnya Ya Allah.' getus hati Hana. Punggungnya terasa sebal dan kakinya terseliuh.

"Eh kau okay tak ni?" Putera menghampiri Hana. Syakilla panas hati. Orang lain semua terkejut, baik lelaki mahupun perempuan. Tak pernah-pernah Putera hendak baik-baik dengan perempuan sebelum ini. Mereka jadi terpaku melihat.

Hana yang tidak tahu apa-apa tentang Putera Adam Mukhriz menjadi pelik apabila tidak ada seorang pun rakannya selain Putera yang datang membantu. Hana memegang kakinya. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Ah! Perkara yang sama berulang lagi! Dia mengingat kembali peristiwa di sekolah lamanya. Terseliuh kaki yang sama, namun sakit kali ini luar biasa.

"Sakitnya awak." Putera tersentak apabila Hana tiba memegang lengannya dengan kuat. Namun dia tahu Hana bukan mengambil kesempatan kerana Hana tidak pegang lama. Malah Hana minta maaf apabila menyedari perbuatannya itu.

"Kau boleh bangun tak?" Putera menjadi prihatin. Dia tidak sedar tindakannya sekarang sebenarnya kerana dia terlalu memikirkan keadaan gadis cantik yang tak pernah dilihatnya ini yang telah mencuri perhatiannya sejak tadi.

Hana mengangguk dengan yakin dan cuba sedaya upaya untuk berdiri. Namun, gagal.

"Alah, boleh bangun tu, mengada je. You tak payah tolong dia Putera." Syakilla panas hati.

Putera naik angin tiba-tiba. "Eh you dah lah langgar dia. Lepastu nak kata bukan-bukan. Korang yang lain ni tengok-tengok je ke. Dah, yang lain boleh balik! Balik balik! Kira harini takda pemenang. Boys sambung ah main bola sepak kat padang. Go." Amina mendekati Hana. Dia adalah roommate Hana, mana mungkin dia akan tinggalkan Hana di situ. Yang lain mula menapak keluar termasuk Syakilla yang seakan-akan tak rela dan menyesal dengan tingkah lakunya sebentar tadi.

"Hana boleh berdiri tak?" Hana cuba sekali lagi, namun gagal, malah sakitnya menyerang lebih dahsyat.

"Tak boleh." Suara Hana seakan-akan hendak menangis. Dia memegang lengan Amina kuat, lama. Amina mengerutkan muka menahan kesakitan pegangan Hana.

"Meh meh Amina papah." Hana cuba, tapi selang beberapa langkah, dia jatuh kembali. Memang tidak boleh. Habislah, dia mula terbayang saat dia dibawa ke hospital dahulu. Namun, on the other side, dia terbayang dia terpaksa tidur di situ kerana tiada siapa boleh mengangkatnya.

"Eh." Hana terkejut apabila Putera tiba-tiba melutut sambil membelakanginya di hadapannya. Putera menepuk-nepuk bahunya untuk memberi isyarat kepada Hana untuk naik di belakang badannya. Hana teragak-agak.

"Anggap je darurat. Takda orang dah. Semua dah balik, hari pun dah lewat. Kejap lagi court ni tutup. Cepat." Lembut Putera bersuara. Dia menepuk bahunya sekali lagi. Hana memandang Amina. Amina jelas tak sangka namun dia mengangguk menjawab kegusaran di hati Hana.

"Maaf kalau saya berat, awak. Maaf menyusahkan." Putera tersenyum mendengar pohonan maaf dari gadis yang baru dikenalinya itu. Comel!

"Ya Allah beratnya." Putera bergurau. Hana jadi malu. Dia memukul bahu Putera. Amina yang melihat tersenyum sendiri. Mana mungkin Putera merasakan Hana berat. Putera seorang kaki gim. Malah badan Putera dua kali besar dan tinggi berbanding Hana yang kecil molek itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience