E M P A T

Short Story Completed 6099

Hana Maisara membasuh mukanya di sinki berkali-kali.

'Tak mungkin dia, tak mungkin.'

..........

"Woi perempuan! Kau tu dahlah gemuk, rambut ikat tocang macam badut, spek besar bulat. Cermin lah diri kau tu. Kau bagi surat cinta kat aku, kau sedar tak kau sapa?! Eh kalau kau sorang je perempuan yang ada kat dunia ni sekalipun, aku tak pandang lah kau. Aku nak cakap dengan kau ni pun aku tak selera. Bodoh. Ada hati nak ngorat aku."

"Ha ha! Gemuk tak sedar diri! Tak sedar diri! Gemuk! Badut!" Penonton drama secara live itu mula mengejek-ejek Hana Maisara yang dianggap tidak punya maruah itu.

Setiap hari itulah rutin rakan-rakan di sekolahnya. Membuli dan mengejek. Dia tidak pernah ada rakan di sekolah. Namun dia bertahan dan bertahan. Setiap malam dia pasti akan menangisi dirinya sendiri di dalam bilik. Tiada siapa yang faham akan isi hatinya. Dia tidak pernah memberitahu hal itu kepada mama dan papanya.
Dia bertahan sehingga lah satu insiden yang membuat dia tidak mampu berdiam diri lagi.

...

"Ya Allah, laparnya." Hana memegang perutnya yang semakin dahsyat berkeroncong. Dia tidak menyentuh apa-apa makanan sejak semalam kerana terlalu penat menangis sehingga tertidur. Pagi tadi dia lewat bangun menyebabkan dia terlalu kalut sehingga lupa untuk meminta duit dari ibunya.

"Alhamdulillah." Akhirnya Hana menjumpai wang seringgit dari dalam begnya. Dia mengambil sepaket donut perisa strawberi yang menjadi kegemarannya sejak kecil lagi. Seusai membayar, dia menjadi tidak sabar untuk mengisi perut. Dia rakus membuka bungkusan donut itu sambil berjalan menuju ke kelas. Baru hendak menyuap donut ke mulutnya..

"HAHAHAHA padan muka kau! Makan je kerja kau kan. Oi gemuk! Kau nak jadi apa hah? Gorilla?" Rakan² Putera ketawa besar melihat Putera menolak Hana sehingga donut yang dipegang Hana terjatuh tanpa sempat dia menggigit sedikit pun.

"Bodoh! Gemuk sangat aku tolak pun tak jatuh! Tapi donut je yang jatuh. Tangan besar peganglah donut tu kuat-kuat sikit." Penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan mulut auzubillahiminassyaitonirrajim itu membuat kan Hana menjadi panas hati. Tambah-tambah lagi donut yang sangat precious padanya saat ini terbazir begitu sahaja. Hana tak boleh nak marah. Hatinya kental sebenarnya tapi dia tak boleh tahan lagi dan terpaksa menangis di hadapan lelaki tak guna ini pada masa sekarang. Hana berlari dari situ. Dia nekad. Untuk pindah. Dia berjanji seumur hidupnya agar dia tidak akan memaafkan lelaki itu yang telah memalukannya di khalayak ramai, menghinanya dan membulinya. Dia akan ingat nama lelaki itu, PUTERA ADAM MUKHRIZ BIN PUTERA ZAKHTAR ALI sampai bila-bila.

"Hah! Nangis? Lembik!" Putera puas.

..........

Hana Maisara tersentak apabila wanita di sebelahnya menyentuh bahunya.

"Dik, okay tak ni? Dahsyat lamunan adik ni. Akak masuk sampai akak dah nak keluar ni jadi patung lagi depan sinki ni. Takut akak."

"Eh saya.. saya okay kak. Saya fikir masalah tadi." Hana tersengih malu. Dia meminta izin keluar. Wanita itu hanya menggeleng kepala.

..........

Tak, aku takkan pergi balik kat dia. Aku nak balik. Aku benci dia. Sampai bila-bila pun aku akan benci dia.

"Ish lamanya awek aku ni. Dah balik ke? Takkan lah kot. Aku salah cakap ke tadi?" Putera menanti dengan gelisah. Dia tak habis-habis melihat jam di tangannya. 'Lagi 10 minit takde, aku cau.' getus hati Putera. Dia sudah bersedia untuk meluahkan hatinya kepada Hana Maisara. Cantik, sopan, baik, bijak berkata-kata. Ish, very attractive.

..........

Di sekolah..

"Awak ada apa nak jumpa saya kat atas ni?" Hana langsung sama sekali tidak memandang wajah Putera. Dia sebenarnya langsung tak sudi menerima pelawaan Putera yang mengajak nya berjumpa di atas bumbung sekolah. Namun untuk dia menghentikan segalanya, untuk menutup mulut Putera yang tak habis² mencarinya, dia bertekad untuk recall segalanya yang telah berlaku dan dia akan buang Putera jauh² dari hidupnya.

"Eh amboi.. takkan tak pandang langsung kot. Awak ni dah kenapa tiba-tiba nak marah saya ni?" Hana mengangkat kening. Sejak bila pulak dia tukar panggilan aku kau kepada saya awak ni?

"Tak sekarang ni, kalau awak takda apa nak cakap dengan saya, saya minta diri dulu lah ea."
Hana sudah menunjukkan tanda² hendak pergi dari situ.

"Eh kejap kejap. Saya, saya nak jujur dengan awak." Hana seakan-akan tertarik mendengar perkataan jujur itu. Dia memandang Putera menanti kata-kata seterusnya.

"Saya sebenarnya suka awak." Hana menjeling membuang pandang. Dia fikir Putera akan bercakap tentang masa lampau. "Saya dah nekad nak jadikan awak suri hati saya sepenuh masa sehingga kita kahwin nanti." Hana mula bergerak meninggalkan Putera.

"Lepaslah." Hana secara tidak sengaja menengking Putera yang memegang tangannya tiba-tiba.

"Awak, awak tak sudi ke? Pandang saya." Putera masih tidak melepaskan pegangannya.

"Sakitlah." Hana mula rimas.

"Saya takkan lepaskan selagi awak tak bagitahu sebab kenapa awak marah saya sampai macam ni." Putera masih berkeras hati.

"Lepaslah!" Hana menolak tangan Putera.

"Kau ni dah kenapa?!" Putera hilang sabar. Dia menengking Hana seraya melepaskan pegangannya dengan kasar menyebabkan Hana tertolak ke belakang. Hana terjerit kecil. Hati kecilnya seperti hendak menangis. This is the right time. Time to say goodbye Putera.

"Awak nak tahu kenapa?! Awak nak tahu kenapa saya benci sangat sangat kat awak? Sebab, Putera Adam Mukhriz bin Putera Zakhtar Ali yang di hadapan saya inilah yang telah menghina perempuan gemuk tak sedar diri dulu. Lelaki kat depan inilah yang telah menjatuhkan maruah saya depan orang ramai! Lelaki kat depan nilah dah jilat balik ludah dia. Huh, kata langsung taknak pandang dulu, jijik. Awak tak ingat? Hah? Tak ingat ke?! Awak kata, kalau saya seorang je yang tinggal kat dunia ni, awak takkan pandang langsung!..."

"Hana, saya.."

"Aku tak habis lagi! Dulu awak kata saya tak sedar diri, sedangkan awak tahu tak saya tak pernah nak malukan diri saya untuk tulis surat cinta kat awak? Hatta pada sesiapapun! Awak, saya sedar diri lah. Cmon la. Perempuan gemuk bodoh tu sekarang depan awak. Dan dia bertekad untuk tidak bertemu lagi dengan lelaki macam awak. Selamat tinggal Putera. Assalamualaikum."

"Hana! Hana! Hana Maisara!" Hana merentap kasar tangannya yang dipegang oleh Putera. Putera tersentak. Dia tergamam, terpaku dan terkejut dengan segala yang didengarinya. Sungguh dia tidak sangka perempuan yang paling dibenci dahulu adalah Hana Maisara, gadis yang mencuri hatinya sekarang. Sangat banyak perubahan. Terlalu. Shit! Bodohnya dia dahulu! Dia dah pun menjilat ludahnya. Padan muka. Dia sendiri takkan memaafkan dirinya sendiri. Aku minta maaf Hana. Aku minta maaf, aku menyesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience