BAB 1

Family Completed 23513

Erti cinta ialah perasaan sayang kepada manusia, benda, dan benda yang wujud di alam ini.

‘Huhh. Penatnya menilai kejujuran sebuah cinta.’

Keluh Hannan Najwa. Cinta, ada apa dengan cinta? Ya ALLAH, terima kasih kerana kau kurniakan perasaan itu pada diriku.Pedih rasanya bagi Hannan untuk menilai cinta selepas cintanya hilang meninggalkan dirinya terkapai-kapai. Aku rindu mereka, siapa mereka itu? Papa dan mama, dikau tinggalkan aku kerana dunia. Masih segar di ingatan Hannan, saat lafaz itu dilafazkan oleh papanya, Hareez kepada mamanya, Katrina. Perit dan benci itu yang dirasakan oleh Hannan.

“Sampai hati mama tinggalkan Hannan, please don’t leave me Mama, I love you,” raung Hannan.

Waktu itu, dia berumur 10 tahun.Masih dia ingat,saat mama merentap bajunya meninggalkan Hannan.

‘Aku benci pada mama.’

Selama 10 tahun itu, dia dibela dan dimanja oleh orang gajinya, Kak Myra. Mama dan papanya sibuk mengejar dunia. Namun Kak Myra meninggal dunia selepas sebulan berhenti kerja kerana tidak tahan dengan tohmahan mama yang kononnya Kak Myra menggoda papa. Sejak kejadian 9 tahun lalu, dia dibela oleh dua hamba Allah yang baik hati. Mereka pengganti mama dan papa, iaitu Ibu Delia dan Ayah Nasril. Mereka sudah pun meninggal dunia 5 tahun lepas. Ya ALLAH, rahmatilah roh mereka, Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience