BAB 11

Family Completed 23513

Pernikahan mereka minggu lepas dilakukan secara kecil-kecilan. Kata Hareez, biar kecil asal berkat. Dia sedang memandu manakala Katrina sedang menyiapkan buah tangan untuk anaknya. Baginya, hari ini merupakan hari yang paling bahagia, setelah sekian lama tidak berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

“Abang, Rin dah tak sabar nak jumpa Hannan, tapi Rin risaulah bang.”

“Jangan risau, banyakkan berdoa ya sayang, hope so dia terima kita.”

“Sebenarnya dah lama Rin tunggu saat ni, Rin gembira dapat bersama semula dengan abang, Rin nak betulkan segala kesilapan Rin dulu bang, kekhilafan Rin yang terbesar ialah pada anak kita.”

Katrina mengalirkan air mata. Kesilapan lalu memang mengajar dirinya erti sebuah kehidupan. Menerima Hareez semula dalam hidupnya memberi satu sinar baru baginya. Cuma apa yang diharapkan sekarang ialah memohon maaf dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka, memang benar Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

‘Kebahagian itu pasti ada, selagi termampu, betulkanlah kesilapan Puan Katrina, masih belum terlambat lagi.’

Itulah kata-kata seorang ustazah di Madrasah Islamiah yang banyak menyedarkan dirinya yang naif. Sejak hari itu, Katrina mencari cara bagaimana dan dimana harus dia mula. Dia buntu namun dia tetap berusaha dan akhirnya usahanya berbaloi kerana apa yang diimpikannya hampir 100% menjadi sebuah kenyataan.

Mereka tiba di Cheras Centre sebelum majlis itu dimulakan, Katrina meluru kearah seorang tetamu di situ.

“Boleh saya tahu mana owner tempat ni?”

“Oh, auntie cari Hannan ye, saya Siew Lan, kawan dia, dia mungkin di dalam.”

“Auntie ni siapa? Kenapa cari dia?”

“Auntie, Katrina…ermmm.”

‘Katrina….’

Bukankah itu nama mama Hannan, ohh, maybe this is Hannan’s mother, omel Siew Lan sendirian. Panggilan Katrina mematikan lamunannya.

“Miss.”

“Owh, auntie…a pleasure, wait for a while, saya panggilkan dia.”

“Thanks.”

Katrina mencari-cari di mana kawannya itu.

“Hannan, Hannan, and Hannan. Where are you?”

“Siew Lan, you cari I eh?”

“Hannan, someone wants to see you outside.”

“Siapa? Danial Zuhairi ke?

“Eih, you ni mabuk apa ingat Danial, makan pil kuda ehh?”

“Eh situ pulak dia. Siapa?”

“You tengoklah sendiri, mereka ada kat khemah tuu.”

Hannan menjengah ke luar, siapa yang dimaksudkan oleh temannya itu, tiba-tiba ada orang menyapanya dari belakang, dia memalingkan badan, dan bagai mahu terlepas nyawa dari badan apabila orang yang dia rindui tiap malam, yang menjadi mimpi saban malamnya, kini berdiri dihadapannya dengan senyuman.air matanya mengalir membasahi pipi.

“Mama…”

Tubuh wanita itu dipeluk seeratnya. Hari itu merupakan harinya yang paling bahagia dalam hidupnya. Mama, Hannan miss you so much, akhirnya doanya dikabulkan, Alhamdulillah. Tak dapat digambarkan kebahagiannya tatkala itu.

“Mama, Hannan misses you so much.”

“I miss you too honey.”

“Hannan…”

Suara itu seperti selalu bermain dalam fikirannya, suara yang selalu membacakan cerita fairytale untuknya lebih sedekad lalu suara yang mengalunkan lagu Happy Birthday untuknya semasa umurnya meningkat sedekad. Dia berpaling.

“Papa….”

Hannan bagai dalam mimpi, dicubitnya tangan kanannya, sakitnya terasa, itu tandanya dia tidak bermimpi.

“Papa, I miss you so much.”

“I could stay awake just for hear your breathing, I don’t want close my eyes, I don’t want to fall asleep coz I miss you baby, and I don’t want to miss thing.”

Lagu itu benar-benar menyentuh hatinya. Lagu yang dinyanyikan oleh Aero smith, I don’t want to miss thing.

“Kami dah berkahwin semula, just for you sweety, Hannan Najwa.”

Majlis itu dirasmikan dengan meriahnya, ayah dan ibunya ada bersama, mereka bersatu semula sebagai sebuah keluarga.

‘Ya Allah, aku panjatkan kesyukuran, sebuah penantian akhirnya berakhir dengan sebuah kebahagian.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience