BAB 10

Family Completed 23513

“Hello, Assalamualaikum.”

“Ya non, mahu apa?”

“Encik Hareez tinggal disini ke?”

“Ya non, mahu apa cari Tuan Hareez? Siapa non ini?”

“Saya Katrina, bekas isteri Tuan Hareez, dia ada dirumah tak?

“Bik! Siapa diluar tu?”

Terdengar suara garau milik bekas suaminya, tak ubah seperti dulu.

“Sebentar ya non, saya ketemu Tuan Hareez dulu.”

“Tuan, ada wanita mahu jumpa sama tuan, dia bilang namanya Katrina, dia mahu ketemu sama tuan, wajahnya seperti kepingin bangat ketemu sama Tuan.”

“Silakan dia masuk, saya tunggu di ruang tamu.”

‘Akhirnya, kau datang cari aku, Khai.’

Bisik hatinya.

Berhadapan dengan wanita itu, buat Hareez tak keruan, tidak tahu mana satu harus dia mulakan, wajah Katrina menggetarkan batinnya.

“At last Rin, kita jumpa jugak. Apa khabar?”

“I okay, Hareez, you tak banyak berubah, masih macam dulu lagikan.”

“Even dah berapa tahun kita berpisah, you macam tu juga.”

“Actually I datang sini sebab pasal anak kita, you still ingat the only daughter yang you ada, Hannan Najwa.”

“You ada contact dia tak, Reez?”

“Sejak kita bercerai dulu, I tak dengar apa-apa pasal dia.”

“I nak minta maaf atas semua kesilapan I sebelum ni Reez, I rasa bersalah pada dia, kita bersalah sebab tinggalkan dia dulu, tapi you tahu tak, paper semalam ada keluar pasal dia, she’s big now. Really beautiful.”

Katrina menghulurkan surat khabar itu kepada Hareez. Semalam tergerak hati Katrina untuk membeli akhbar Usahawan Nasional dan khabar gembira baginya apabila anaknya, Hannan Najwa binti Hareez, sebagai usahawan muda fesyen yang makin menyerlah, wajah anaknya persis seperti kacukan wajah Katrina dan Hareez.

PEREKA FESYEN ALAF INI

HANNAN NAJWA PELOPOR FESYEN DUNIA

laporan khas Helen Tan

Katrina merenung wajah suaminya. Keratan akhbar itu benar-benar membuat Hareez hiba, anak yang pernah dia sakiti, yang ditinggalkan tatkala anak itu memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya, kini berdiri di tengah persada dunia membanggakan ibu bapanya yang tidak langsung menyumbang bakti.

‘Hannan Najwa, papa bangga dengan kamu, you’re my best princess.’

Kata Hareez sendirian.

“Rin, I think we should go for her.”

“Tapi Reez, you tak jangka apa reaksi dia nanti.”

“Masih belum terlewat lagi Rin, apa kata kita rujuk balik?”

“Reez……”

“Please, kali ini demi Hannan. Rin nak dia bahagia kan?”

“Reez, you sanggup terima I lagi?”

“Anything, as long Hannan happy, mesti dia nak kita bersama semula.”

Februari 13, 2007, Cheras Centre.

Suasana disitu sungguh sibuk, terdapat dua khemah disitu, perasmian ‘HareezKatrina Designer’ akan dirasmikan tak lama lagi. Hannan Najwa sibuk melayan tetamu korporat seperti Datuk Jason dan Datin Marie yang merupakan pelabur terbesar dalam perniagaannya. Mereka merupakan kawan baik Ibu Delia dan ayah Nasril.

“Hanny, you know, if Delia and Nasril were alive, sure mereka bangga dengan Hanny.”

Hannan Najwa tersenyum. Hanny itu nama panggilan baginya, yang diberi oleh Datin Marie. Ibu dan ayah, thanks.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience