Completed
13300
~~Kerjaaan Auris..~~
" Putera Mahkota!"
Seseorang datang menghadap Noah di Istana..
" Ada apa Nathal?"
" Musuh telah berada disini!"
" Negara Mana Dan dimana kedudukan musuh kita ?"
" Musuh berada Pasar Utama Diraja, orang - orang Maurry."
" Maurry?"
Wajah Puteri Regina bermain di fikiran Noah.
Nampaknya orang - orang Maurry telah bertindak!
" Awasi dia Nathal, pastikan dia tidak sedar dengan orang - orang Kita, semua orang - orang Maurry perlu diawasi!"
" Baik Putera!"
" Pastikan juga tiada yang menahan dia untuk kesini. Pastikan segala urusannya lancar Dan teratur..Kita àkan lihat permainan dia di negara Auris!"
Pegangan di pedang dikemaskan oleh Noah...Semangat dirinya semakin berkobar - kobar..
Dia tahu tujuan orang - orang Maurry datang kesitu, untuk menyelamatkan Puteri Regina...Noah tidak àkan benarkan..
Puteri harus berada dalam Istana, dengan kehadiran Puteri Kesakitan di tubuhnya beransur baik...
Malah raksasa yang sering menghuni tubuhnya kini tidak lagi seganas dulu...Telah beberapa Malam, raksasa Itu tidak muncul..
" Putera Ada khabar lain mengenai orang - orang Maurry?"
" Apa lagi Nathal?" Noah menumpukan sepenuh perhatian..Dia dapat rasakan Ada rancangan Besar yang sedang diusahakan oleh Maurry..
" Orang - orang Maurry sedang menuju ke Century!"
Pap!
Tangan Noah menghentak Singgahsananya dengan kuat.. Bergegar seluruh balairong Istana dengan tindakan dari Putera Mahkota.
" Jadi mereka gunakan Century untuk berlawan dengan Auris? Mereka tidak àkan berjaya Nathal, sebelum mereka menyerang Kita akan patahkan segala rancangan mereka dulu...
Arahkan askar teehandak untuk mengikuti mereka dan pastikan askar - askar Itu ditukar setiap 2 Hari, dan pastikan jangan benarkan orang yang sama mengikuti dia!"
" Kita perlu pastikan terlebih dahulu niat Maurry berjumpa dengan Century!"
Noah bukan Bodoh, dia dapat tahu tentang keakraban Maurry dan Century yang telah terjalin lama...
Tapi Noah belum dapat pastikan kenapa semasa dia menyerang Maurry, Century tidak memberikan bantuan ketenteraan kepada Maurry...
Jika dua negara Itu bergabung, tentu sedikit sukar untuk Noah memasuki Maurry...
Tapi nasib Noah sentiasa baik, perkhabaran tentang Puteri yang meninggalkan Istana untuk bersembunyi telah diketahui awal oleh Noah, jadi tanpa membuang Masa dia menjalankan rancangan hingga Puteri Regina ditemukan...
Berkenaan dengan Century,...tentu sahaja Ada kisah disebaliknya yang Noah Masih gagal untuk mengetahui..
" Uruskan Nathal!" Noah memberikan isyarat arahan. Diantara panglima Istana, dia sangat mempercayai Panglima lima saudara..
Selain hebat berperang dengan senjata Dan muslihat, mereka berlima adalah orang yang Noah Paling percaya diistana dan setia kepadanya..
" Baik Putera Mahkota!"
Nathal menunduk hormat kepada Putera Noah, sebelum dia mengundurkan diri dengan amanat yang dipegang untuk disebarkan kepada tentera....
Noah melepaskan Jubah panjang yang membaluti tubuhnya...hanya yang tinggal, Kain senipis kapas pada permukaan Kulit...
Dia Masih lagi duduk di singgahsana dan matanya Masih memerhati pemandangan di luar laman istananya...
Hinggalah mata Noah dapat menangkap wajah seorang gadis muda di sebuah singgahsana luar halaman..
Segala perbuatan Marry menjadi perhatian Noah...
Disebalik tubuh Marry Terlihat oleh dua susuk tubuh pasangan yang sedang memerhati Marry dari kejauhan..
Tubuh yang sangat dikenali oleh Noah, hingga bibirnya mengeluarkan senyum sinis...
" Puteri Regina dan Putera Andika..kenapa mereka berdua berada disini!" Noah membalas soalan kepada dirinya sendiri..
" Pengawal!"
Noah telah merancangkan sesuatu...
" Putera!'
seorang Pengawal Istana muncul dan sebelah kaki dijatuhkan kelantai menunjukkan tanda hormat..
" Panggil Putera Andika dan Puteri Maurry kesini, begitu Juga dengan Marry untuk menghadap berita!".
Noah memberikan arahan bersama Dua pengiring Istana telah bersiap sedia membantu Noah dalam persalinan Jubah..
" Noah !"
Andika muncul bersama Puteri Regina...
Tidak lama selepas Itu, giliran Marry yang datang menghadap Putera Mahkota...
Jelingan mata dari Marry kepada Puteri Regina buatkan Regina menundukkan wajah...Diistana Kerajaan Auris dia telah Kehilangan kuasa sebagai Puteri.
" Ada apa Noah?" Andika memulakan pertanyaan sebelum tubuhnya dipeluk oleh Noah..
" Kita telah lama tidak berjumpa, Marry! Bakal perempuan Diraja!" Noah memperkenalkan Marry bersama pelukan di tubuh Andika dilepaskan..
" Dia mudah dikenali Noah, perempuan Paling Cantik yang Ada disini!"
Andika memuji, tapi yang kelihatan Noah bereaksi bersahaja..
" Bagaimana dengan Anal?" Noah ingin mengetahui keadaan Putera Kedua Istana.
" Dia Masih sukar untuk lupakan apa yang jadi. Semua Itu perlukan Masa!"
" Pastikan dia jangan ganggu urusan Putera Mahkota, Andika. Jika tidak nasibnya tidak àkan baik seperti Malam tadi!"
" Noah! Ugutan Putera tidak àkan berhasil pada Anal, dia Masih Ada Permaisuri?"
" Aku tahu tapi pastikan dia tidak melebihi batasan sebagai Putera! Istana Masih Ada peraturan" Noah memberikan amaran dengan Harapan semua perkara Itu disampaikan kepada Anal oleh Andika...
Putera Regina dan Marry masing - masing Masih berdiri dan menghadap kedua - dua Putera Kerajaan Auris..
" Putera!" Marry terlebih dahulu menunduk hormat....sebelum tiba giliran Putera Regina memberikan hormat kepada kedua - duanya..
Kedua - duanya dibiarkan oleh Noah untuk duduk disebuah penjuru meja, dengan Noah dan Andika Masih bicara..
" Bagaimana dengan Persiapan?" Andika yang sedang duduk santai bertanyakan kepada Noah..
Sambil matanya ligat melihat reaksi Noah pada pemilihan Perempuan Diraja..
" Dia àkan dipilih menjadi Perempuan Diraja, Putera Mahkota..Segalanya àkan selesai!"
pandangan mata Noah berubah kepada Marry..
" Tak sangka dia yang Putera pilih!"
Andika Juga terkejut, jika sebelum ini Noah hanya berminat dengan Puteri , tapi Kali ini Noah berminat pada seorang hamba.
" Dia àkan selamat disini!" Soalan Andika dibiarkan dan Noah menjawab acuh Tak acuh..
" Noah, Tak sangka wajah Marry persis Terlihat sama dengan Puteri Ramalan Ahli Nujum Tertua... Bermata Biru dan Cantik, tapi sayang dia seorang hamba!" Andika mulai sibuk dengan menghabiskan makanan yang telah disediakan oleh Noah dengan kedatangan Andika disitu..
Tanpa menyedari segala percakapan Andika buatkan mata Tajam Noah melihat kearah Marry tanpa berkedip..
Melihatkan kelakuan Noah, Andika memikirkan sesuatu di fikiranya..
" Dia cantik Noah, tapi sayang dia hanya seorang Hamba. Kematian dia telah tertulis sebaik sahaja dia bersama Putera nanti "
" Jangan mengarut disini!" Noah berang, tapi apa yang dikatakan Andika Adalah benar..Jika raksasa dalam dirinya muncul, entah apa yang àkan terjadi pada Marry...
Mungkin nasib Marry àkan seperti nasib Puteri yang lain..
Dia hanya membawa Marry kesitu untuk wanita Itu Selamat...Tiada difikiraka oleh Noah tentang rencana yang lain...
" Noah, Itu cuma gurauan. Mari Kita luangkan Masa bersama. Putera Mahkota Baru pulang, apa kata Kita pergi memanah dan memburu "
Andika memberikan cadangan..
Kedua - duanya mendapatkan pasangan..Dengan Noah mendapatkan Marry, Putera Andika mendapatkan Puteri Regina...
" Apa yang berlaku Andika?" Noah memandang kearah Andika yang memegang tangan Puteri Dan dia tidak sedar jika Andika dan Puteri telah berpasangan..
" Soal hati Noah!" Berwajah biasa Andika memberikan jawapan, pegangan di tangan Marry dikemaskan oleh Andika
" Dia tahanan Putera Mahkota..Putera tahu peraturan istana..?" Noah membuat ancaman kepada Andika..
" Noah, ini tentang hati dan kami berdua sedang bercinta..Tiada paksaan antara kami!" Andika bijak memainkan Peranan, dia cuma harap Noah àkan percaya dengan semua yang terjadi..Apa yang difikiran Andika hanya permaisuri.
Kerana Permaisuri dia terpaksa memilih Regina..
" Bila Semuanya berlaku?" Noah sukar untuk melepaskan Puteri, disebabkan Puteri penyakitnya beransur sembuh..
" Sejak Puteri tiba disini.... Noah tiada apa yang akan perlu kikhuatirkan.Puteri akan berada di istana?"
Andika memegang tangan Puteri untuk segala lakonannya berhasil.
Noah memandang tajam kearah Andika dan Juga Puteri Regina..
" Putera Mahkota Saya cintakan Putera Andika!"
Marry memainkan Peranan, jika dia tersilap langkah dengan Noah, dia pastinya menjadi mayat jika berkahwin dengan Putera raksasa.
Andika membuat wajah merayu untuk Noah bersetuju..
" Okay..tapi bersyarat, Puteri Regina àkan dinobatkan sebagai isteri!" Noah memberikan persetujuan kepada Andika dan Puteri Regina..
" Dan perkahwinan itu àkan dijalankan selapas 3 Hari Perempuan Diraja dipilih! " Noah memberikan kebenaran dengan Harapan pasangan Itu àkan bersetuju..
Hal yang berlaku pada Puteri Regina lebih mudah untuk Noah membuat rencana..
Noah berjalan mendapatkan Marry...
Tubuh Puteri Regina dibawa pergi dalam pelukan Putera Mahkota..
" Putera Kita nak kemana?"
Regina Masih terkejut, dia dipanggil kesitu oleh Pengawal untuk menghadap Putera Mahkota..Disana telah terdapat seorang lelaki dan Marry.....
Dari cara penampilan lelaki Itu, Regina syak Itu adalah lelaki Keturunan Diraja Auris....Mungkin Putera - Putera Raja.
Perbualan Putera dan Putera Mahkota tadi buatkan sangkaan Regina menjadi benar...dia tidak salah meneka..
" Kita àkan belajar memanah Hari ini, telah lama beta tidak habiskan Masa bersama Putera Andika."
Noah mengeratkan pelukan disisi bahu Regina..
" Memanah?" Regina tersenyum Itu adalah antara sukan yang disukai oleh Regina bila bersama dengan Edward..
Melihatkan cara Regina yang gembira membuatkan Noah pelik..
Peralatan memanah telah disediakan oleh petugas Istana..
Regina telah terlebih dahulu kehadapan, sepanjang dia di Istana Auris, Inilah Kali pertama dia dibenarkan berada di padang..Hanya dengan kebenaran dari Putera Mahkota dan Putera Ketiga, Andika..
" Marry Awak tahu memanah ?" Andika bertanyakan soalan bila dilihat Marry tidak kekok memegang busur dan Anak panah..
" Hamba Tak tahu Putera Ketiga, hamba telah lama tidak memegang peralatan ini, hamba harap apa yang hamba pelajari, hamba tidak lupa!"
Regina tersenyum manis namun jawapan Regina membuatkan wajah Marry masam mencuka..
" Puteri Regina kenapa belum buat persiapan?" Noah bertanyakan soalan bila dilihat Puteri Masih tidak bergerak dari tempat duduk..
" Saya tidak tahu menggunakan alatan pemanah!" Marry memberikan jawapan..
" Putera àkan tunjukkan Puteri.!" Noah berjalan mendapatkan Marry.
Marry yang telah siap sedia dengan panahan..
Panahan Pertama...
Panahan Kedua...
Panahan Ketiga...
Semuanya mengenai sasaran yang membuatkan Noah berfikir sejenak...
" Kenapa dia dan Puteri berbeza... bukankah Marry maklumkan padanya dulu yang Puteri Regina suka dengan aktiviti memanah...Kenapa Puteri Regina sampai tidak tahu?"
Pandangan Noah berlaih kepada Puteri Regina...
Kelihatan Putera Andika sedang mengajarkan Asas memanah kepada Puteri..
Hal yang menimbulkan syak dalam hati Noah.. dia mendapatkan Marry..
" Bagiamana Marry dengan aktiviti memanah Hari ini!" Noah mendapatkan Marry yang berjaya dengan hasil memanah yang tepat mengenai sasaran..
" Bagus ! Saya dah lama tidak berpeluang lakukan aktiviti begini.. Marry memberikan senyuman gembira kepada Noah..
" Mana awak belajar gunakan peralatan ini? "Noah sekadar menduga..
" Pangl....Panglima yang ajarkan kepada Saya untuk Saya lindungi Puteri?" Pada mulanya Marry teragak - agak, tapi Setelah dilihat riak wajah Noah, dia perlu fikirkan sesuatu untuk lelaki Itu tidak mengesyaki apa - apa..
" Hmmmm, sayangnya Puteri Regina tidak tahu apa - apa tentang sukan memanah ini? Apa keluarga Diraja Maurry tidak mengajarnya?"
Noah sekali menduga dia ingin mendengar jawapan tentang Puteri Regina dari Maurry..
" Tidak...Tak mungkin Puteri tidak berminat!" Regina cuba bersikap biasa tapi nada getaran di suara Marry buatkan Noah tersenyum kecil..
" Saya percayakan awak Marry, tapi bukankan ini sukan kesukaan Puteri Regina ??? Mungkin dia lupa Setelah menjadi tawanan Auris...
Noah meninggalkan Marry dan meneruskan panahan..Marry yang ditinggalkan telah mengigil ketakutan, dia memandang kearah Marry dan melihat bagaimana kesukaran Putera Andika mengajar Marry, dia dapat rasakan Noah telah mengesyaki sesuatu...
Andika dan Noah dalam keletihan..
Marry dan Regina tiada sebarang reaksi, sejak Noah takutkan dia tadi ..Regina hilang moad untuk bermain. Dia hanya menjadi pemerhati ditepi melihat panahan yang dilakukan oleh Putera Mahkota dan Putera 3..
" Hebat Marry memanah bagi seorang hamba!" Andika memuji dan dia melepaskan panahan ke 26 dan panahannya tepat mengenai sasaran..
" Panglima yang ajarkan dia!" Noah membalas, Kali ini Panahan Noah juga tepat mengenai sasaran...
" Sayang Puteri Regina Tak tahu gunakan peralatan ini, sedangkan Putera Mahkota Maurry adalah panahan handalan yang Maurry Ada!"
Noah sendiri tidak menyangka sebagai seorang Puteri Raja, Regina tidak pernah diajarkan tentang memanah, sedangkan Busur panah dari Maurry adalah senjata terkenal di seluruh Dunia..
Bicara Andika buatkan Noah terdiam.. Fikiran Noah ligat memikirkan sesuatu..
" Kita habis disini Andika, sekejap lagi ada jamuan petang di Istana Mahkota. Raja mahu berjumpa Kita semua!" Noah teringatkan kembali jamuan yang diadakan oleh Raja untuk perkara yang melibatkan dia dan Marry!
" Hmmm,Putera Anal pun ada disanakan. Tentu dia Tak habis - habis buat Hal lagi nanti!"
" Andika pastikan Dua perempuan Itu turut serta dalam perbincangan nanti!" Noah tidak melihat kearah Marry, sebaliknya dia meneruskan perjalanan dan menghilang..
" Puteri!"
" Marry!"
Nampaknya kita àkan berjumpa lagi di majlis jamuan petang bersama Raja. Puteri - Puteri boleh bergerak ke Istana Dan tunggu hingga dapat arahan dari Istana..
" Dia bukan Puteri Andika, dia hanya hamba!" Marry tidak berpuas hati, dia dapat rasakan kehadiran Puteri Regina di Istana mengugat kedudukannya..
" Tiada yang salah Puteri, dia juga àkan menjadi Perempuan Diraja Putera Mahkota, jadi tiada apa - apa yang berbeza! Saya pergi dulu, Kita jumpa disana!"
Seperti Noah, Andika Juga menghilang dari pandangan Marry dan Puteri Regina..
Hanya yang tinggal mereka berdua..
" Marry Saya hendak maklumkan sesuatu!"
Regina telah lama bersabar dengan kelakuan Marry, tapi disebabkan statusnya yang Masih dirahsiakan, dia terpaksa melayan segala kelakuan Marry kepadanya...
Hinggalah saat abangnya Edward muncul..Bila hari Itu berlaku, dia tidak àkan teragak - agak meninggalkan Marry disini..
" Apa kelayakan Puteri untuk memberikan arahan kepada Puteri Kerajaan Maurry!" Marry semakin bertindak melampau, dia tahu Puteri Regina sedang bergantung kepadanya untuk menyelamatkan diri...Jadi dia boleh melakukan apa sahaja dan dia tahu, Puteri tidak àkan melawan.
" Marry jangan melampau! Kita berdua disini sedang cuba mencari jalan untuk hidup. Sepatutnya Kita saling bekerjasama!" Regina meradang, berani hamba seperti Marry melawannya sebagai Puteri..Jika di Negara Maurry, Marry telah dipancung mati..
" Puteri mahu saya maklumkan perkara ini kepada Putera Mahkota? Puteri àkan Mati di tangan dia, Putera Raksasa!"
Sambil menjegilkan Mata, Puteri Regina dilihat benci oleh Marry..
" Selepas Itu apa? Awak Juga akan dihukum disebabkan menyamar sebagai Puteri.Itu yang mahu, silakan maklumkan perkara Itu pada Putera Mahkota! "
Regina tahu Marry tidak àkan berani membocorkan perkara itu, dia juga takut mati sepertinya...
Dia Puteri Kerajaan Maurry perlu bersabar disini sehingga bala tentera Kerajaan Maurry datang dan Edward menyelamatkanya..Itu yang Regina pegang hingga sekarang..
" Apa Puteri mahukan dari Saya!"
Marry tidak berpuas hati, tapi segala kata - kata Puteri Regina Ada kebenarannya..
Marry hanya menunggu dirinya dikahwinkan dengan Putera Andika, selepas menjadi sebahagian kerabat Diraja Maurry, satu persatu tentang Puteri Regina akan didedahkan..
Dia àkan gunakan semua kuasa yang Ada termasuk kuasa Permaisuri untuk mengusir Puteri Regina dari Istana Auris..
" Saya telah tersilap maklum pada Putera Mahkota tentang awak! Saya telah maklumkan pada dia tentang kesukaan Saya Marry. Jadi awak kena lakukan semua perkara yang Saya suka!"
" Apa ? Apa yang Puteri beritahu tentang Saya pada Putera Mahkota?"
Marry meradang, entah perkara apa yang telah dibongkar oleh Marry kepada Noah, perkara yang boleh membuatkan penyamaran mereka berdua terbongkar..
" Semua tentang saya Marry. Tentang semua yang Saya suka
, Saya telah beritahu Putera Mahkota."
" Bila perkara ini Putera Mahkota dapat tahu?"
Malam Putera Anal ambil Saya di Harem!"
" Jadi tadi Putera Mahkota dah tahu saya Tak tahu memanah?" Marry jegilkan mata..
" Saya Tak Rasa dia syak apa - apa lagi! Marry Awak kena pastikan Putera Mahkota Tak syak apa - apa!"
" Saya uruskan tentang hal Itu, tapi jauhi Putera dari Saya Regina.. Saya Tak mahu mati!"
Marry nekad dia àkan berusaha mengingati apa yang disukai oleh Puteri Regina dulu sepanjang dia menjadi pembantu disisinya...
" Saya àkan pastikan Putera Raja menjauhi awak Marry!"
~~~~Jamuan Petang Istana bersama Raja....
" Puteri Regina, awak memang seorang wanita dan Puteri yang Cantik!"
Permaisuri memuji bersama Jelingan yang tajam memandang kearah Marry, perempuan yang sedang duduk di sebelah Putera Mahkota..
" Bonda Tak perlu nak puji, Ketiga - tiga wanita disini Semuanya mempunyai kecantikan tersendiri."
Andika sengaja merancakkan suasana, dia tidak mahu suasana tegang diantara Putera Anal dan Putera Mahkota berpanjangan..
" Puteri Regina, kecantikan Puteri memang layak dipuji!
Giliran Anal pula sengaja memuji untuk menaikkan darah Putera Mahkota..
Kelihatan Noah hanya membuang pandangan pada Regina, sebelum satu ciuman dihadiahkan ke pipi Regina, bersama Bisikan yang membuatkan Regina menahan malu..
Kesemua mata memandang kearah pasangan yang seakan- àkan sedang dilamun cinta..
Andika tercengang dengan perubahan Putera Mahkota..
Permaisuri menjeling tajam begitu Juga dengan Putera Anal..
Hanya Marry yang mendiamkan diri melihat aksi romatis Putera Raksasa kepada Puteri Regina..
" Tak lama Puteri, beberapa Hari lagi Puteri àkan sama nasib seperti Puteri - Puteri yang lain..Mati ditangan Putera Mahkota!"
Marry menyumpah kerana menyampah dengan kemesraan yang ditunjukkan oelaj Puteri Regina..
Raja hanya memerhati senang dengan Perubahan dari Putera Mahkota...Kesihatan Putera Mahkota semakin pulih dengan adanya hamba seorang di sisi Putera, Raja sangat senang hati...
Satu persatu hidangan makanan diletakkan di tempat sajian. Acara makan Hari ini disediakan oleh Pihak Istana Putera Mahkota memandangkan majlis keraian Perempuan Diraja yang àkan diadakan kelak..
Bila hidangan di hidangkan semua mata memandang kearah Putera Mahkota, terutamanya Raja..
" Noah, apa Hari ini Ada yang istimewa? Kenapa semua makanan yang dihidang semua beraskan coklat? Apa ada yang salah tentang menu petang ini?"
Raja memandang Noah untuk mendapatkan jawapan.
" Penyakit Anakanda semakin sembuh Raja, ini semua atas bantuan Puteri Regina, jadi hidangan petang ini berasakan kesukaan Puteri Regina!"
Marry pucat lesi dengan hidangan yang disediakan oleh Putera Mahkota...Bukan dia tidak sukakan coklat tapi dia sebenarnya alahan kepada Coklat sejak kecil..
Bagaimana dia hendak terangkan Hal Itu dan menolak permintaan Putera Mahkota..
Wajah Puteri Regina direnung Marry untuk dia mendapatkan bantuan..
Regina yang melihat Juga resah..Dia tidak pasti cara apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan Marry..
" Puteri nampaknya Putera Mahkota sediakan sesuatu yang istimewa untuk Puteri, marilah Kita mencuba!"
Raja terlebih dahulu mengambil makanan yang disediakan. Seterusnya makanan dijamah oleh Putera - Putera Raja dan barulah tiba giliran Marry dan Regina..
" Puteri biar Saya yang ambil......
Putera Mahkota menangkap tangan Regina yang cuba membantu Marry dengan mengambil makanan di pinggan Marry..
" Makanan Itu dikhaskan untuk Puteri Regina, jika Marry mahukan dayang àkan sediakan sekarang!"
" Tak perlu! Saya cuba menolong Puteri Regina, lagipun coklat boleh membuatkan kegemukan dan Tak baik untuk seorang Puteri!"
Regina mencuba tapi terpaksa mengalah bila dilihat Noah tidak benarkan dia membantu, dia terpaksa berputus asa untuk menolong Marry..
Marry yang teragak - agak pada mulanya mula memasukkan makanan yang berisi coklat ke dalam mulut..hanya kepingan kecil disuapkan...
Dan....
Separuh kunyahan, pernafasan Marry menjadi sesak..dia tiada jalan lain selain meminta bantuan...
Ahli perubatan dibawa ke arah Marry Setelah kejadian yang melanda Marry, dimana tiba - tiba Marry jatuh pengsan.
" Apa berlaku pada Puteri Regina ?" Raja yang Paling susah hati melihat kejadian tadi..Sekiranya terjadi sesuatu perkara buruk, Hal Itu àkan mempengaruhi nasib Noah nanti..
" Dia alahan kepada makanan! Ubat telah diberikan, dia àkan sedar Setelah berehat!"
" Apa yang Puteri Alah?" Permaisuri memandang kearah Putera Mahkota, kejadian tadi dia ingatkan Putera Mahkota telah meracuni Puteri, tapi sangkaannya ternyata meleset..
" Mungkin Coklat,!" Ahli perubatan memandang kearah makanan yang terhidang di meja santapan..
Jawapan yang diberikan Ahli perubatan membuatkan Noah merenung Regina tajam...
perlahan - lahan tubuh Regina dibawa kesisi tubuhnya ....
tangan Noah memegang bahu disisi Regina, Dan di cengkam kuat menunjukkan tanda kemarahan Noah pada Regina..
" Macammana Puteri boleh alah pada coklat, sedangkan Itu adalah makanan kesukaan Puteri?"
Marry perkara ini perlu diperjelaskan sekarang.."
Marry dibawa Noah meninggalkan tempat santapan, dia yang Kaku disisi Putera Mahkota hanya menurut, hinggalah singgahsana Putera Mahkota kelihatan..
Regina memandang Putera Mahkota wajah serius Putera sukar digambarkan oleh Regina.
" Putera buat apa Kita kesini?"
" Kita perjelaskan apa yang berlaku tadi! Mata tajam Putera memandang Regina tanpa perasaan, tubuh Regina dibawa masuk kedalam sebuah bilik gelap bertutup dan sunyi ..
" Putera !"
" Disini!" Putera Menyalakan api dan Regina dapat melihat apa yang berada didepan matanya.
Tanpa sesaat berlalu suara nyaring Regina bergema dalam kegelapan..
Share this novel
aduhh makin buat i tak sabar nak baca.pb