Completed
13300
7 bulan berlalu...
" Putera!"
Panglima Carl memberikan tabik Hormat sebagai hamba. Kelihatan Noah bertenang dan dengan perlahan jubah disarungkan ke tubuhnya oleh Dayang...
" Berangkat sekarang Panglima, masa pengubatan Beta telah tamat.. Terlalu lama beta membazirkan waktu,
masa Pembalasan akan menjelang...
Panglima ! Masih ada waktu untuk membuat pilihan...Sebarang pilihan Panglima, Beta akan terima dengan berlapang dada.."
Noah Duduk dengan bertenang, tumpuannya hanya terarah kepada panglima - panglima dihadapannya...Apa yang akan menanti di masa hadapan mereka adalah suatu jawapan yang tidak pasti...
Dia sebagai Putera Mahkota Auris, pernah dinobatkan sebagai Putera Mahkota Dan akan menggantikan Raja.
tapi Semuanya berubah mengikut masa hanya kerana disebabkan sakit yang ditanggung Noah akibat sumpahan,
Noah disingkirkan Dan perlu melalui pengubatan di Mana dia terpaksa dijauhkan dari negara. Peluang yang memberikan musuh dalaman negara mendapatkan Peluang untuk merebut Takhta Ketua Negara utama..
" Hamba sebagai Panglima Negara akan setia kepada Putera!"
Sebaik sahaja Panglima Carl menyatakan sumpah setia, semua orang - orang yang berada di hadapan Noah menundukkan tubuh Dan kepala untuk memberikan tabik Hormat Dan kesetiaan...
" Hidup Putera!
" Hidup Putera!"
Laungan demi laungan yang mengamatkan suasana...Bunyian derapan kaki kuda Dan gajah yang diikuti hentakan kaki manusia Dan hentakan pedang, Tombak Dan Busur Panah, membuatkan kawasan pengubatan bergegar dengan hebat sehinggakan Bunyian haiwan bertempiaran keriuhan dengan apa yang berlaku..
" Segera berangkat semua!" Suara Panglima Carl yang bersemangat mengetuai pasukan Diraja Auris yang diterajui oleh Putera Mahkota Noah..Dengan hanya isyarat Mata dari Putera Mahkota, Semuanya bermula....
****
" Raja hamba mendapat kabar dari utusan pemerhati di antara sempadan Negara, keberangkatan Putera Noah pulang ke Negara telah berlaku!"
Panglima Merah, Ketua Panglima yang dilantika oleh Putera Anal bagi mengetuai segala Keselamatan Dan Keamanan Diraja...Dia merupakan orang kepercayaan Putera Anal yang Pertama...
" Berita itu sahih Panglima?"
Raja Anal menunjukkan resah seketika..Segera langkahnya diaturkan kebelakang seperti memikirkan sesuatu.
" Perkara Itu benar Raja , nyawa hamba sebagai taruhan jika perkara Itu tidak benar..Hanya memerlukan 2 Hari untuk rombongan Itu tiba kesini!"
Panglima Merah, yang Juga dikenali sebagai Panglima Mark memberikan maklumat kepada Raja Anal..
" Bagaimana dengan Putera Noah? Ada berita tentang dia...kenapa tiada satu berita yang berjaya sampai kesini?"
Anal murka sepanjang pengubatan Noah, telah bermacam - Macam perkara dilakukan untuk dia mendapatkan maklumat...
Sepanjang dia mengambil Takhta Diraja dari Raja sebelum ini. Hidupnya tidak tenang, ada sahaja yang menggangu tidur nya...Dia didatangi oleh Noah hampir setiap Malam di dalam tidur..
Dia melihat dengan sendiri kemusnahan yang terjadi disebabkan kemarahn Noah..Untuk menyedapkan hati sendiri, semua bukti penglibatannya di atas semua jenayah yang dilakukan dalam Keluarga dirajanya dimusnahkan...Dia amat pasti, Pengaruh besarnya dalam Kerajaan Auris kuat Dan berpengaruh.
Semua pemimpin - pemimpin Dan menteri di bawah telunjuk jarinya...
Kekuasaan Noah dulu telah terkubur dalam Kerajaan Auris...
Dalam segala cara apa sekalipun, Noah tidak àkan mendapatkan Kembali Takhta sebagai Raja.
semua orang - orang di Auris telah dikawal hebat oleh dia Dan Juga permaisuri..Semua yang pernah setia kepada Raja sebelum ini telah ditamatkan riwayat...Hanya muka - muka Baru yang dilantik.. Mereka semua tidak àkan berpaling tadah...mereka tahu apa hukuman yang àkan menanti mereka sekiranya berpaling darinya Raja Auris yang Baru!
" Kita akan Sambut kepulangan mereka semua dengan peperangan...Siapkan semua perlatan Panglima...
****
" Senyap!"
Panglima Carl memberikan isyarat tangan untuk semua rombongan berhenti...Ada sesuatu yang menganggu tumpuannya...
Suasana sunyi sepi di laluan menuju ke istana Auris...Petanda ada sesuatu yang bahaya berada di depan pada firasatnya..
Bunyian kuda - kuda yang berbunyi kerana dipaksa untuk berhenti tiba - tiba meriuhkan suasana rombongan...
Noah mengerling seseorang di sisinya. Seseorang yang dipercayai menentukan takdirnya Dan seseorang yang telah diamanahkan Raja Auris sebelumnya bagi menjaganya...
" Hari ini Putera, merupakan Hari di Mana bulan berkembang penuh di atas paksi Bumi..Hari di Mana ramalan di Kitab lama ditilik...Biarpun ..
" Setiap perkara perlukan pengorbanan Ahli Nujum Tertua...Sedangkan Beta telah diamkan diri Selama ini hinggakan peristiwa Itu mengembalikan perasaan Beta dengan semulajadi...
Adakah disebabkan perkara kejam Itu atau kerana keberkesann rawatan Ahli Nujum Tertua hinggakan perasaan pelik Itu hadir....?
Noah mengingati kesakitan dihatinya hadir Dan butiran air yang mengalir di pipinya selepas khabar kematian Raja Auris dimaklumlan kepadanya...
" Hamba tidak dapat pastikan perkara Itu Putera!" Ahli Nujum Tertua menundukkan tubuh Dan wajah dengan menyembah kearah Noah...Dia amat pasti mungkin Itu adalah perkataan Putera terakhir yang akan disebutnya sebelum, Noah dinobatkan sebagai Raja...
Dia telah membuat tilikan dan semua bayangan yang terlihat adalah tentang kejayaan hidup Noah...Cuma disebalik kejayaan Raja Itu diseantara benua Dan Dunia, terdapat sesuatu yang tersembunyi Dan merupakan kekalahan dalam hidup Noah yang terbesar...
Kekalahan yang akan merubah Noah menjadi sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh Ahli Nujum Tertua..
" Puter! Ahli Nujum Tertua..Sesuatu bahaya sedang menunggu Kita dihadapan!"
Panglima Carl memberikan laporan dengan tergesa - gesa.. Dalam pemerhatian nya sebagai Panglima Diraja, sesuatu dihadapan mereka bukanlah suatu Petanda yang baik..
Mereka telah menggunakan laluan pedalaman yang tidak pernah dilalui Dan diketahui oleh penghuni lain selain Putera Mahkota Noah Dan orang - orang kepercayaannya...
Jika laluan disini Putera Anal telah ketahui, nampaknya mereka Dan rombongan kepulangan Putera Mahkota Noah terlalu memandang rendah tentang kebolehan Puter Anal...Nampaknya Kali ini mereka telah tersalah menilai...
" Teruskan perjalanan Panglima. Beta teruja untuk melihat apa yang menanti kepulangan Beta!"
Noah bereaksi dengan tenang dengan Mata dipejamkan untuk mencari ketenagan...Dia telah terbaukan Darah, darah pembunuhan dari Ayahandanya kerjaaan Auris...
Semakin dekat rombongan kepulangan ya dengan istana, semakin kuat bauan darah itu...Jika dulu kepulangannya Kembali Keistana disambut Meriah dengan Bunyian meriam Dan Gajah bersama - sama Panglima dan Askar - Askarnya.Kini tidak lagi.
Suasana sepanjang perjalanan sunyi sepi..Tiada suara manusia mahupun kicauan burung di sepanjang laluan, hanya Bunyian sepi seperti laluan mati..
Tiba - tiba....
Ribuan Anak Panah membanjiri rombongan Panglima Carl Dan Putera Mahkota Noah....
" Peperangan Bermula!"
Noah mengukirkan senyuman kepada Panglima Carl...senyuman Pertama yang diperlihatkan kepada Panglima Carl.....Sesuatu yang tidak pernah dilakukan Noah sebelum ini...
Panglima yang Masih tercengang - cengang dengan perubahan Noah terpaku...
Namun di dalam hatinya merasa ketakutan yang Maha dasyat dengan senyuman Itu...
senyuman yang bererti.....
...... kematian ...
Dan hanya renungan dari Panglima Carl dialihkan kepada Ahli Nujum Tertua yang kelihatan hanya bertenang untuk Dia mendapatkan jawapan....Dengan balasan renungan Mata, Ahli Nujum Tertua memberikan jawapan kepada Panglima Carl..
" Berwaspada "
Bermaksud Putera Noah bukan lagi lelaki yang dikenali Askar - askarnya seperti sebelum ini, termasuk Panglima Carl, mahupun Ahli Nujum Tertua..
Putera Mahkota Auris,...Noah diipenuhi dengan rahsia jiwa dirinya...Dan untuk melihat semua keperibadian lelaki Itu yang sebenar...Tayangan akan dipertontonkan kepada umum sebentar lagi...
****
" Puteri! Banging!...Puteri mengigau?"
Seorang Dayang mendapatkan Regina..Segera satu gelas air diletakkan disisi meja untuk menyedarkan Regina..Dan untuk mengembalikan Regina dalam keadaan sedar...
" Noah !"
Nama yang disebut - sebut Puteri Regina dalam jeritan..
" Puteri!" Dayanh istana sekali lagi memanggil bila dilihat Puteri Masih termangu - mangu mendiamkan diri...
" Puteri!"
" Dayanng , panggilakan Putera Edward kesini..Panggilakan Putera..bahaya akan sampai kesini? Cepat Dayang!
Regina mengigil ketakutan dalam perlukan Dayang...Jelas dimimpinya Noah datang, Dan selanjutnya suatu perkara yang tidak dapat dibayangkan oleh Regina...
Untuk memikirkan Hal Itu dia Tak sanggup....Apa yang terlihat dimatanya Dan ditangannya adalah sesuatu perbuatan yang kejam Dan tidak berperikemanusiaan...
" Puteri! "
Edward Segera datang mendapatkan Puteri...Mujur pada Malam Itu dia tidur lewat kerana menghadiri majlis istana dimana Putera dari semua istana Negara Dan sekutu Negara mereka dikumpulkan..
" Edward, Adinda perlu keluar dari sini...Adinda perlu keluar, istana ini tidak Selamat untuk Adinda...Tolong Edward Adinda mahu keluar Malam ini!"
" Puteri! Apa yang Puteri katakan!"
Share this novel