Rate

Part1

Fanfiction - KPOP Series 2095

PROLOG

1990-an

SAPAAN tetamu dijawab bena tak bena. Kim Jisoo mulai gelisah. Setiap meja di khemah sudah dipenuhi para pekerja dan tetamu. Namun suaminya, Park Jin young masih tidak kelihatan. Dia menutas pandangan wajah anak lelakinya. ke

"Joshua... appa ada pesan apa-apa tak sebelum pergi ke Sri Batik?" Resah dia menyoal.

Joshua menggeleng. Dia membuang pandang ke arah tetamu yang riuh berbual. Kemudian, pada makanan yang terhidang. Dialihkan pandangan ke pintu pagar. Hampa!

"Appa kamu pun satu, kalau dah menghadap kerja leka! Lupa semuanya. Tetamu dah datang, dia masih tak balik-balik lagi," rungut Kim Jisoo. Matanya melingas ke pintu pagar. Kosong!

"Biar Joshua pergi tengok. Omma pergi layan tetamu. Kalau Joshua dengan appa lambat nanti, omma suruh tetamu kita makan dulu." Joshua memberi cadangan. Dia turut risau dengan kelewatan appanya.

"Mana boleh! Ini majlis hari lahir appa. Appa mesti ada baru majlis boleh dimulakan," bantah Yeri yang tiba-tiba terpacul di sisi Joshua.

"Joshua pergi dulu," pamit Joshua tanpa menghiraukan bicara Yeri.

"Yeri nak temankan oppa!"
Jeritan itu buat langkah Joshua terjeda.

"Tak payah... Yeri tolong omma layan tetamu," tegah Joshua. Sejurus selepas itu, dia bergegas menapak ke bangunan Sri Batik yang berada dalam jarak 100 meter dari banglo kediaman mereka.

Semakin dekat dengan bangunan Sri Batik, kian kuat rasa tidak sedap di hatinya. Degup jantungnya semakin laju. Dipercepatkan langkah kakinya masuk ke pekarangan Sri Batik yang lengang itu. Menjadi kelaziman pada setiap tahun appanya akan memberi cuti kepada pekerja Sri Batik sempena ulang tahun hari kelahiran appanya.

Joshua menapak ke bangunan pentadbiran. Dalam jarak 10 meter, langkah kakinya terjeda. Sayup-sayup telinganya menangkap suara orang meminta tolong dari arah bangunan. Spontan matanya terarah ke suara itu. Bulat matanya tertunak pada tubuh manusia yang melayang-layang dari tingkat dua menuju ke tanah.

"Appa!" jeritnya saat sudah mengenal pasti tubuh itu. Spontan matanya memandang ke tingkap apabila terkesan kelibat seseorang di situ. Namun, sekelip mata orang itu hilang daripada pandangan. Tanpa mengendahkan siapa orang itu, dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkan appanya yang sudah terkulai. Akibat tidak berhati-hati, kakinya tersandung batu dan dia tersembam.

"Aduh!" Dia mengaduh kesakitan.

Ada rasa perit di tapak tangan kirinya. Bila dilihat, kulit tangan kirinya sudah terkoyak sebesar duit syiling 50 sen. Tanpa menghiraukan kesakitan itu, lantas dia menerpa ke tubuh kaku appanya.

"Appa!" tangis Joshua.

SEMINGGU selepas tragedi itu, Joshua menggenggam penumbuknya kejap. Marah dengan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada keluarganya Tidak ada saksi dan bukti. Lelaki yang dituduh membunuh appanya didapati tidak bersalah, lalu dibebaskan. Lebih menyakitkan hati, Sri Batik jatuh ke tangan pembunuh appanya.

Joshua yakin ada muslihat di sebalik tragedi itu. Dalam usianya yang masih remaja, dia tidak dapat berbuat apa-apa. "Celaka" Joshua menyumpah geram. Dia meramas parut

sebesar duit 50 sen di tapak tangan kirinya.

"Joshua ,Yeri... kita dah tak ada apa-apa sekarang. Harta kita dah kena rampas. Semuanya dah musnah. Macam mana kita nak teruskan hidup?" rungut Kim Jisoo sebal.

Keluhan itu buat Joshua tersedar daripada monolognya. Dia menatap wajah sedih ommanya dengan rasa simpati.

"omma jangan bimbang. Joshua akan jaga Omma dan Yeri. Kita masih ada Warisan Tekstil milik atuk," pujuk Joshua menenangkan Kim Jisoo walaupun saat itu hatinya berkecamuk resah.
Dalam usia 14 tahun, bolehkah dia memikul tanggungjawab
menjaga keluarganya itu?

"Hidup omma hanya bergantung kepada appa. Boleh ke omma lakukan? Omma tak tahu nak uruskan Warisan Tekstil, tingkah Kim Jisoo sudah kehilangan keyakinan diri. Selama ini, hidupnya sentiasa dalam kemewahan.

"Joshua akan usahakan Warisan Tekstil. Joshua janji akan
rampas Sri Batik bila tiba masanya nanti. Sri Batik milik kita.
Hasil titik peluh appa," tekad Joshua.

"Appa dah tak ada. Omma tinggal sorang. Appa tak jaga omma lagi. Omma takut!" Kim Jisoo bingung bingung. Jiwanya kacau. Kematian Park Jingyoung telah mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Joshua mengeluh.

"omma jangan macam ni. Yeri dan oppa ada untuk jaga omma," pujuk Yeri sambil memeluk tubuh Kim Jisoo yang tidak menentu emosinya.

Adakala ommanya kelihatan tenang seolah-olah boleh menerima hakikat kematian suaminya. Tetapi beberapa minit. kemudian, bertukar tidak keruan kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.

"Joshua janji akan jaga omma dan Yeri. Joshua tak akan biarkan hidup omma menderita," janji Joshua Tangan Kim Jisoo
digenggam erat.

"Kenapa appa kamu tinggalkan omma? Kan, dia dah janji nak jaga omma. Dah janji nak hidup semati. Omma nak ikut appa kamu." Kim Jisoo meracau lagi. Tingkahnya menggelisah.

"omma... ingat Tuhan. Tuhan sayangkan appa sebab tu dia ambil appa dulu," pujuk Joshua. Dadanya sebak melihat tingkah ommanya. Dipejamkan mata agar dapat mengawal kesedihan.

"Tuhan tak sayang omma ke? Kenapa DIA tak ambik omma sekali? Omma nak ikut appa," tutur Kim Jisoo. Meracau-racau seperti sudah hilang pedoman hidup. Akibat tamparan tragedi pahit itu, Kim Jisoo disahkan
mengalami tekanan mental.

Joshua mendengus marah.

"Tak guna! Sebab kau, appa aku mati! Sebab kau, omma aku menderita! Aku akan balas dendam!" bentaknya. Jari-jemarinya digenggam kejap. Mukanya sudah kemerah
merahan menahan amarah.

Share this novel

Nurul Faidatul Amirah
2021-10-07 02:22:51 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience