Rate

Part4

Fanfiction - KPOP Series 2095

Di rumah

"Rose boleh tolong appa tak?" Minta Lee Dong Wook yang duduk di sofa sambil memandang wajah anaknya itu. Dia menarik nafas agar sebaknya terkawal. Entah mengapa tiba-tiba hatinya diundang sebak. Tidak semena-mena bebayang kisah silam meruntun jiwanya. Dia tidak tahu kenapa dirinya asyik diterjah kehidupan silamnya.

"Tolong apa. Appa?" tanya Rose yang asyik menonton drama kegemaran nya.

"Malam tadi Dr. Wendy telefon, dia kata stok ubat appa dah sampai. Rose tolong ambikkan boleh?" jelas Lee Dong Wook bersama permintaan.

"Boleh." Rose mengangguk. "Unnie... sampai susah balas reply chat seronok ke dating malam tadi?" Lisa mengusik.

"Hisy, gediknya dia nak tahu orang punya dating! Ingat... awak tu budak-budak lagi," tegur Lee Ji Ah bersama jelingan.

Alaa omma ni,Lisa dengan Rose beza beberapa bulan jer bukannya beberapa tahun, Lisa yang besar panjang ni pun dikatakan budak budak, balas Lisa.

"Nak tahu jugak, apa yang terjadi malam tadi?" sampuk Lee Dong Wook menyokong.

Direnung Lisa dan kemudian pada Rose. Wajah lembut dan cantik Rose mirip arwah ommanya. Sekilas bayangan wajah Kim so yeong singgah di pinggir mata.

Roseanne Park adalah anak perkongsian hidupnya bersama Kim so yeong. Selepas kematian Kim so yeong, dia berkahwin dengan Lee Ji Ah yang mempunyai seorang anak bernama Lalisa manoban. Syukur, Lee Ji Ah seorang omma tiri yang baik dan tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara Lisa dan Rose.

"Betul tu, Rose," seloroh Lee Ji Ah.

"Macam mana? Jeonghan ada lamar Rose?" Lee Dong Wook menjamah wajah Rose yang beriak selamba.

"Hei... Appa tanya ni Jeonghan ada lamar Rose tak?" ulang
Lee Dong Wook.

Rose terpegun. Lamar! Lama dia bungkam.

"Ada ke tak?" Lee Dong Wook sedikit mendesak. Tidak sabar dengan sikap membisu anaknya itu. Kisah makan malam antara dia dan Jeonghan terimbau kembali di minda Rose.

"Senyap aje adalah tu," giat Lee Ji Ah.

Rose bungkam menyimpul rumusan pertemuan di antara dia dan Jeonghan malam tadi.

"Hei, ada ke tak?" sergah Lee Dong Wook.

Rose tersentak dan terpinga-pinga.

Tanya apa? Ada ke tak apa?" soalnya keliru. Ditatap wajah Lee Dong Wook, kemudian Lee Ji Ah dan akhir sekali Lisa.

"Jeonghan ada sebut pasal hubungan Rose dengan dia tak?"

rengus Lee Dong Wook geram dengan sikap tarik tali anaknya itu.

"Ada dia tanya Rose. Rose anggap dia macam mana? Rose cakaplah Rose anggap dia macam abang kandung." akui Rose jujur.

Lee Dong Wook menepuk dahi.

"Dekat empat jam, tu aje kamu berdua bualkan? Jeonghan tak luahkan perasaan dia pada Rose?" tanya Lee Dong Wook kesal.

"Itu ajelah kami bualkan. Jeonghan oppa nak luahkan apa?"Soal Rose bingung.

"Rose nak tunggu sampai bila? Rose dengan dia kan dah lama berkawan. Takkan tak mahu jadikan hubungan kamu pergi lebih jauh lagi," tutur Lee Dong Wook resah.

"Maksud appa?" Bulat mata Rose merenung Lee Dong Wook, pura pura tidak faham hasrat appanya mahu dia dan Jeonghan disatukan dalam ikatan suami isteri.

"Hisy, budak ni! Hubungan lelaki perempuanlah. Hubungan yang boleh buat kamu berdua duduk serumah. Tidur satu bilik. Hubungan yang halal. Suami isteri! Dah tiba masanya Rose fikir soall teman hidup," terang Lee Dong Wook geram dengan sikap bendul anaknya itu.

"Appa kan ada," tingkah Rose cepat. Belum masanya dia
memikirkan hidup berumah tangga. Dia belum bertemu dengan lelaki yang boleh buat dadanya berdebar-debar.

"Appa lain, suami lain!" Lee Dong Wook merengus geram.

"Appa macam nak halau Rose aje. Appa dah tak suka Rose duduk kat rumah ni lagi ya," rajuknya.

"Bukan tak suka... tapi Rose kena fikir masa depan Rose. Ada orang yang akan jaga Rose kalau terjadi sesuatu pada papa nanti," terang Lee Dong Wook tenang.

Lee Ji Ah hanya mengangguk, bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

"Sebenarnya kami tak dapat berbual lama. Oppa jumpa kawan dia masa kat restoran tu." Rose berterus terang menceritakan apa sebenarnya berlaku.

Lee Dong Wook menarik nafas berat. Hampa menular di hatinya. Dia bangkit.

"Appa nak pergi mana?" tanya Rose serba salah. Dia yakin appanya tersinggung dengan cakapnya tadi. Tapi, memang itu yang terjadi setika dia bersama Jeonghan malam itu.

"Kerja! Ji Ah... jangan lupa masak sedap-sedap malam ni. Kita ada tetamu." arah Lee Dong Wook pada Lee Ji Ah. Dia perlu masuk campur dalam perhubungan Rose dan Jeonghan. Kalau harapkan Jeonghan, sampai dia mati pun belum tentu anak muda itu berjaya meluahkan isi hatinya.

"Siapa tetamu tu, appa?" tanya Rose teruja. "Malam nanti baru Rose tahu!"

Rose mencebik.
. .
. .
.

"JOSHUA OPPA!"

Joshua panggung kepala. Kelekaan menatap lakaran batik di skrin komputer terganggu. Dia tersenyum kepada gadis yang menghampiri mejanya.

"Macam mana dengan maklumat yang oppa suruh cari, dah dapat?" Joshua terus menyoal.

"Oppa ni... tak sabarlah. Bagilah Yeri tarik nafas dulu,"
keluh gadis itu. Dia duduk sambil menarik nafas lelah.

Sekilas Joshua menjeling kepada adiknya itu kemudian kembali menatap skrin komputer. Meneliti lakaran-lakaran daripada pereka batik. Ada rasa tidak puas hati pada lakaran lakaran yang agak sama sahaja konsepnya.

Yeri mendengus.

"Oppa sengaja nak susahkan Yeri, kan? Bukan tak boleh cari maklumat sendiri. Oppa pun ramai kenalan. Nak jugak suruh Yeri cari," bebel gadis itu meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sudahlah dikerah membuat kerja, kini tiada perhatian untuk dirinya. Yeri terasa hati. "Dah dapat belum?" ulang Joshua tanpa mempedulikan
bebelan adiknya itu. Matanya masih melekat di skrin komputer. Yeri mengeluh dengan sikap bena tak bena Joshua.

"Dah... ni dia." Yeri menghulurkan beberapa keping kertas kepada Joshua.

Joshua membaca setiap tulisan di kertas itu setelah berpindah tangan. Dia tersenyum puas.

"Inilah masanya untuk kita buat serangan balas. Dia tengah hadapi masalah kewangan," komen Joshua serius.

"Apa strategi oppa?"

Joshua mengukir senyuman.

"Kita curi pelanggan mereka. Kita buat promosi jualan besar-besaran. Jual kain kita dengan harga yang rendah. Tentu orang berebut-rebut nak beli. Kain berkualiti dijual dengan harga yang murah," jelas Joshua tenang.

"Oppa yakin kita boleh berjaya?" Ragu-ragu Yeri menyoal
bila memikirkan bukan calang-calang orang yang bersaing
dengan oppanya itu.

"Oppa dah lama rancangkan perkara ni. Baik buruknya oppa dah kaji. Oppa dah buat perancangan teliti. Oppa yakin yang oppa akan berjaya. " Joshua bersuara yakin.

Dia bersandar tenang di kerusi sambil merenung kertas putih di hadapannya. Bibirnya menguntum senyuman seolah olah kejayaan sudah berpihak pada dirinya.

Yeri merenung wajah teruja Joshua.

"Omma rindukan oppa. Omma asyik sebut nama oppa." Gadis itu menukar tajuk perbualan. Joshua duduk menegak di kerusi.

"Yeri cakap apa?"

Yeri menghela nafas lemah.

"Omma tanya, kenapa oppa tak lawat dia kat hospital?" Biarpun jemu, dia mengulangi bicaranya tadi.

"Yeri tak bagi tahu ke oppa sibuk?"

"Dah... Yeri bagi tahu omma yang oppa ada kerja luar.

Beberapa hari lagi baru balik. Tapi, omma tetap nak oppa lawat dia. Oppa luangkanlah masa dengan omma," rayu gadis itu.

"Hmm... esok oppa akan lawat omma," putus Joshua.

"Oppa tahu keadaan omma, kan? Dia kesunyian dan tak boleh tertekan sangat. Yeri takut emosi omma terganggu nanti," ungkit Yeri prihatin dengan kesihatan omma mereka. Bulat matanya merenung ke wajah redup Joshua.

Yeri bangkit dan beredar dari bilik itu.

Share this novel

Nurul Faidatul Amirah
2021-10-30 02:26:02 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience