Rate

Part2

Fanfiction - KPOP Series 2095

2021

ROSE melangkah masuk ke dalam sebuah kedai cenderahati di Pavilion. Spontan dia terpandang sebatang pen di tangan seorang jurujual yang sedang mempromosikannya kepada pelanggan lelaki. Dia sudah tertarik dengan pen Parker itu.

"Pen Parker ni eksklusif. Limited edition. Penutup dan bahagian tengah badannya disalut emas tulen. Mata pennya jugak diperbuat daripada emas tulen. Ada jaminan. Kalau encik tak puas hati boleh pulangkan balik ke pihak kami," terang jurujual itu panjang lebar.

"Saya nak beli pen ni!" Kasar Rose mengambil pen Parker itu daripada tangan jurujual.

Jurujual dan pelanggan lelaki itu terkebil-kebil. Lelaki itu menjeling kepada Rose yang berada di sebelahnya. 'Hisy, perempuan ni main rampas aje. Dia siapa nak potong jalan aku! Jangan harap, gumam hati lelaki itu. "Cantiknya, appa mesti suka," puji Rose teruja tanpa menghiraukan pemuda dan jurujual yang sedang memerhatikan gelagatnya.

"Kau suka tak Hank?" tanya Rose pada kucingnya pula.

"Meow..."

"Tapi cik... encik ni dah pilih dulu." sampuk jurujual setelah terkesan dahi pelanggan lelaki itu berkerut. Rose membelek-belek pen Parker itu.

"Dia baru pilih, belum beli. Berapa harga pen ni?" soal Rose lagi tanpa mengendahkan kata-kata jurujual itu.

"Hampir 20K, cik mampu ke?" Sinis jurujual itu bertanya. Rose tersentak.

Alamak, mahalnya! Kad kredit tak bawak pulak. Pelanggan lelaki itu tidak menghiraukan tingkah Rose Dia mengeluarkan kad kredit lalu dihulurkan kepada jurujual

Sikap bersahaja lelaki itu menyenangkan Rose
"Terima kasih, encik. Encik memang baik hati. Kita tak kenal, tapi encik sanggup beralah dan belikan pen ini untuk saya.

Encik beritahu nama encik dan nombor telefon. Nanti saya akan hubungi encik untuk ganti duit encik tu,. "celoteh Rose tanpa ragu-ragu.

Lelaki itu tetap mendiamkan diri

"Okey... disebabkan encik baik hati, saya belanja makan. Encik cakap saja di restoran mana, saya setuju, "tokok Rose cuba mengambil hati.

Lelaki itu buat endah tak endah. Dia masih sibuk dengan proses jual beli pen Parker itu. Rose tersenyum gembira.

"Encik memang lelaki budiman. Faham dengan naluri perempuan. Jarang ada lelaki macam encik sekarang ni. Pemurah, baik hati dan memahami. "Rose terus memuji.

Lelaki itu bena tak bena. "Dah ke?" soal lelaki itu ketika jurujual menghulurkan kad

kredit dan resit pembelian, Jurujual itu mengangguk.

Lelaki itu terus mengambil kotak pen Parker di atas meja kaunter.

"Terima kasih!" Dia merampas pen parker di tangan Rose.Rose yang sedang membelek-belek pen parker itu terkejut.

"Hei... biadabnya awak! Main rampas aje!" marahnya.

"Saya dah beli pen Parker ni. Jadi, pen Parker ni milik saya sekarang!" Lelaki itu memasukkan pen Parker ke dalam kotak. lalu menutupnya.

Wajah Rose sudah kemerah-merahan. "Alamak malunya!" "Mana boleh! Saya nak pen tu," lawannya sebaik mungkin

sambil mengawal riak muka agar nampak serius. "Cik nak pen ni... boleh. Tapi, sebaik saja cik keluar dari kedai dengan pen Parker ni, saya akan tuduh cik mencuri,"

ugut lelaki itu. Dia menjeling ke wajah lembut Rose yang sudah kemerah-merahan.

"Hei... saya boleh bayarlah! Berapa awak tawarkan pun saya boleh bayar. Awak tak kenal siapa saya lagi!" marahnya bernada sombong.

"Siapa peduli siapa cik. Saya beli dulu... jadi, saya yang dapat pen Parker ni!" Lelaki itu ingin beredar. "Hei, encik biadab tunggu dulu! Saya nak pen tulah," tahan Seri dengan kedegilan lelaki itu.

Dia mengambil telefon pintar dari beg tangan lantas mengambil gambar lelaki itu. Tingkah lelaki itu terjeda. Dia tidak suka Rose menangkap curi gambarnya. Dia menapak semula mendapatkan Rose.

Rose berasa gembira. Sangkanya lelaki itu akan memberi kerjasama. Namun, lain yang diharapkan lain yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Bagi telefon tu!" arah lelaki itu keras!

Lekas Rose memasukkan telefon itu ke dalam beg tangannya. "Mana boleh! Kalau awak ugut saya, saya panggil polis! " Rose memulangkan paku buah keras.

Malas hendak melayan kerenah Rose lelaki itu beredar.

"Hei, encik biadabl Saya nak pen Parker tulah!" jerit Rose

tidak mahu mengalah. Lelaki itu berpaling menghadap Rose.

"Amboi... sedapnya panggil saya biadab! Ingat saya tak ada nama! " jegil lelaki itu.

"Siapa nama..." Belum habis Rose menyoal, lelaki itu memotong cakapnya.

"Okey... kalau awak nak pen ni jugak berusaha cari nama saya. Masa tu, saya akan pertimbangkan," usul lelaki itu.

Bukannya apa, melihat perwatakan gadis itu yang bersahaja dan cantik buat hatinya tertarik. Hendak terus berkawan rasa janggal pula. Sebab itu, dia jual mahal sedikit agar dapat bertemu dengan gadis itu lagi.
" Hei.. beritahulah nama awak dan alamat awak!
"Cari sendiri!" Lelaki itu terus menuju ke pintu keluar
"Oh... main kasar ya? Ingat aku tak boleh cari ke!" rungut Rose. Dia memandang kepada jurujual.

"Awak kenal dia?"

Jurujual itu menjongket bahu tidak mahu bekerjasama "Pen Parker tu ada lagi tak?" soalnya bersama satu harapan. Jika pen itu ada, hasratnya akan tercapai.

Jurujual menggeleng kepala. "Itu saja yang tinggal."

Rose mengeluh kecewa "Susahlah macam ni. Nasib baik aku dapat ambil gambar dia. Tapi, boleh pakai ke gambar dia tu? Popular ke dia? "Rose menggigit bibir.

"Biadab! Hati batu!"

Rose mula memikir. Mengingati perwatakan lelaki tadi.Tampak segak dengan pakaian pejabat. Selepas itu, membeli pen parker yang berharga beribu ringgit, tentu lelaki itu anak orang berada.

"Siapa biadab? Hati batu?"

Lekas Rose menjamah wajah orang yang menyapanya, "Jeonghan oppa! Suka sangat buat Rose terkejut." Dia menarik
nafas lega kala itu.

"Membebel, marah siapa? " Jeonghan memerhatikan keadaan sekeliling. Tiada sesiapa pun di situ selain Rose yang mendukung Hank.

Rose mengeluh.

"Rose geram dengan sorang mamat tu. Biadab! langsung tak nak bertolak ansur dengan Rose. Rose suka pen Parker tu dan nak hadiahkan kat appa, tapi dia dah beli dulu. Rose pujuk nak beli, dia langsung tak nak jual pada Rose,. " adunya sebal.

"Tak ada stok lain?"

Rose menggeleng. "Pen Parker tu eksklusif. Limited edition, tokoknya kecewa bagaikan berputus asa.

"Tak apa... nanti oppa cuba carikan."

"Eh... tak payahlah. Pen Parker tu mahal harganya." Dia mencipta helah tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Wajah Jeonghan berubah redup.

"Maafkan Rose.Rose tak bermaksud nak singgung perasaan Jeonghan oppa. Rose cuma tak mahu susahkan oppa aje." Dia memujuk lembut.

"Demi Rose, oppa sanggup lakukan apa saja," akui Jeonghan ikhlas daripada hatinya.

Semenjak bekerja di Sri Batik lima tahun dahulu dan berkenalan dengan anak gadis majikannya, hatinya sudah terpaut. Sejak itu, dia memasang hasrat untuk memiliki hati gadis itu.

Ayat itu buat Rose tidak selesa.
"Jom, kita balik, "ajaknya kemudian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience