Rate

part3

Fanfiction - KPOP Series 2095

Uncle!''Jeonghan duduk di hadapan Lee Dong Wook apabila diarahkan.Dadanya berdebar debar.Kata-kata Wonwoo terngiang-ngiang di telinganya.


Lee Dong Wook tengah marah tu.Dia sedang siasat punca masalah kewangan di Sri Batik.Dia panggil Encik Jeonghan ni mesti nak mintak tolong selesaikan Masalah ni.saya tak mahu Encik Jeonghan libatkan saya dalam hal ni.cukuplah jasa saya bantu Encik Jeonghan selama ni. "ujar Wonwoo sambil menepuk nepuk bahu Jeonghan sebelum beredar.


Jeonghan mengetap bibir.wajahnya tegang.Jari jemarinya digenggam kejap.

Lee Dong Wook berhenti daripada memeriksa dokumen.Dia menutas pandangan ke wajah Jeonghan.Dia berasa pelik dengan roman wajah serius pemuda itu.

"Boleh Uncle tahu Jeonghan tengah fikirkan apa?"

Jeonghan tersentak.Serta merta imbasan perbualan dia dengan Wonwoo pecah berderai.Dia menggelabah.

"Jeonghan.....kenapa muka tu serius sangat?" tegur Lee Dong Wook.

Jeonghan memperbetulkan duduk bersama senyuman di bibir untuk menutup kegugupan.


"maaf,Uncle....uncle tanya apa tadi?"

Lee Dong Wook menggeleng

"macam mana tadi? Dapat luahkan isi hati Jeonghan untuk Rose?"tanyanya.

sengaja dia menyuruh Jeonghan mengambil Rose agar anak muda itu dapat berdua dua dengan anaknya.Sekali gus dapat luahkan perasaannya.Sudah berkali kali dia memberi peluang, tetapi sayang Jeonghan tidak pandai mengambil kesempatan itu untuk memikat Rose.

Zain menggeleng.Lee Dong Wook menghela nafas.


"Uncle tahu Jeonghan sukakan Rose.Rose pun sukakan Jeonghan.Kamu boleh kembangkan hubungan itu jadi lebih istimewa lagi,'' Ungkap Lee Dong Wook penuh harapan.

Dia begitu berharap Jeonghan dapat memikul tanggungjawab menjaga Rose dan menerajui Sri Batik suatu hari nanti.sebab itu,dia merancang untuk menjodohkan mereka berdua.

"Terima kasih, uncle.tapi, saya masih tak mampu nak berterus terang kepada Rose," keluh Jeonghan.

Bukan tidak pernah meluahkan, tetapi Rose sering mengelak jika terhidu bicaranya ke arah hati dan perasaan.


"Jeonghan... uncle tahu kita dari dunia yang berbeza.Mungkin disebabkan kemiskinan yang Jeonghan pernah lalui buat Jeonghan rasa rendah diri.tapi, uncle tak pandang semua tu.uncle berharap sangat Jeonghan dapat penuhkan hasrat uncle.jaga Rose dan Sri Batik untuk uncle," tutur Lee Dong Wook berbaur pujukan.

Wajah Jeonghan bertukar kemerah merahan . Hatinya diterkam marah.Dia tidak suka dengan kenyataan itu.

"Tahulah aku miskin,tak payahlah nak ungkit. 'Diraba poket seluar lantas mengeluarkan jam poket.Dia mengusap usap permukaan jam poket itu agar amarahnya terkawal.


"Uncle tahu Zain seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.Boleh jadi pelindung Rose kalau Uncle dah tak ada nanti.Dah bertahun Jeonghan panggil Uncle.Bila nak mula panggil appa? Orang lelaki kena berani, Jeonghan.Jeonghan kena bertindak dulu, "guraunya tenang.Ada sengihan di bibirnya.

Jeonghan menunduk menekur lantai.

"Malam ni ajak Rose keluar.Luahkan apa yang terpendam kat sini. "Lee Dong Wook menumbuk dada Jeonghan. "Uncle tak mahu tunggu lama lama! "Lee Dong Wook tergelak kecil.

Jeonghan sekadar mengangguk.Terasa malu pula bila membicarakan soal hati dan perasaan bersama Lee Dong Wook.Walaupun majikannya itu bersikap terbuka dan bertimbang rasa.

"Uncle nampak letih Aje,ada masalah ke? "Jeonghan menukar tajuk perbualan.

pertanyaan itu buat Lee Dong Wook mengeluh resah.

"Sri Batik ada masalah ke.Uncle?"tanya Jeonghan saat mendengar keluhan berat daripada bibir Lee Dong Wook.

Sejak kebelakangan ni, perniagaan kita semakin merosot.Pasaran Batik tak menentu.Keuntungan syarikat kita pun dah tak banyak.Sekarang ni pulak,kita dah ada pesaing. "Lee Dong Wook menzahirkan kerisauan di hatinya.

"Adat kita orang berniaga, Uncle.Ada pasang surut.Ada untung rugi.uncle nak saya tolong? "Dia menawarkan diri.

"Itu uncle faham.Tapi, uncle dah periksa akaun syarikat untuk beberapa bulan yang lepas.Ada masalah pada aliran keluar masuk duit.Boleh Jeonghan tolong semakkan untuk uncle? " pinta Lee Dong Wook.


"Boleh jer,tak ada masalah uncle."

"Uncle percayakan Jeonghan.Kalau Jeonghan jadi suami Rose, Uncle lagi senang hati.Uncle dah tak perlu risau siapa nak jaga Rose dan auntie nanti.Yalah...awal awal lagi Rose dah kata tak minat dalam perniagaan.Jadi, uncle kenalah cari menantu yang pandai dan minat berniaga, "luah Lee Dong Wook sambil meneliti Wajah anak muda itu.Wajah itu kelihatan tenang.


"Uncle jangan risau, saya janji yang saya akan jaga Rose dan auntie, "Janji Jeonghan ikhlas dari hatinya.


"Sebab tu,uncle mahu Zain cepat cepat bertindak.Luahkan perasaan di hati tu.Malam ni tau! "Lee Dong Wook mengingatkan Jeonghan.

Jeonghan hanya tersenyum nipis.Jam poket di tangan dimasukkan semula ke dalam saku seluar.

Share this novel

Nurul Faidatul Amirah
2021-10-08 15:23:15 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience