Bab 4

Other Series 8885

Bab 4

Aisy leka membelek-belek diri di depan cermin. Dia membetul-betulkan kedudukan baju dan tudungnya. Masih belum puas menelek diri, Aisy siap berpusing ke kiri dan ke kanan. Dia tersenyum simpul.

“Sudah siapkah Tuan Puteri? Patik sudah lama menunggu ni, wahai Puteri Aisy! Perut patik dah berkeroncong lagu rock!” Memang aku lapar tahan cipan! Setengah jam aku tunggu Aisy bersiap. Sampai dah nak terlena aku atas katil ni. Aisy tergelak kecil mendengar omelan aku. Aisy tahu aku perli dia.

“Ala, jangan la marah. Baru tunggu sekejap je. Dah, jom!”

Sekejap? Banyak la kau punya sekejap! Aku ni dari tadi tunggu kau tau Aisy. Macam gundik tunggu Tuan Puteri dia bersiap. Kita ni nak lunch kat dewan makan je la. Bukannya hotel 5 bintang pun. Aisy tergelak bila tengok aku mencebik. Aku lambat-lambat bangun dari katil. Dah tak ada tenaga. Lapar!

“Jom cepat Rin! Nanti makcik dewan makan tu membebel lagi. Kita ni dah kena cop asyik turun lambat makan.”

Eh, eh! Kau sound aku pula Aisy? Kita kena cop pun semua pasal kau la Aisy. Kalau bersiap mesti berjam-jam. Sampai nak tutup dah dewan makan. Mesti la makcik dewan makan tu marah. Dia sibuk nak kemas-kemas dah, kita baru terhegeh-hegeh.

Aku dan Aisy mempercepatkan langkah menuruni anak tangga. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar aspuri, langkah Aisy terhenti tiba-tiba. Aku yang mendahului di depan Aisy pun berhenti berjalan. Aku menoleh ke belakang.

“Eh, awak! Saya naik balik tau. Ada yang tak kena dengan baju ni. Kejap tau!”

Belum sempat aku bertanya, Aisy sudah berlari menaiki tangga. Aku hanya mampu menggeleng-geleng kepala. Tadi bersiap punya la lama, sekarang nak tukar baju pula. Macam-macam la Aisy ni! Tapi 5 minit kemudian, Aisy dah terpacul depan mata aku. Eh, cepat betul dia tukar baju. Boleh pun bersiap cepat.

“Apa yang tak kena dengan baju kau tadi?” Waktu itu, aku dan Aisy dah pun duduk selepas ambil makanan. Cepat sebab dah tak ada orang. Dan entah kali ke berapa, aku dan Aisy dapat jelingan maut dari makcik dewan makan. Thanks to Aisy! Mujur tak kena membebel je macam selalu. Confirm makcik tu pun dah tak larat nak membebel. Asyik muka yang sama lambat turun makan.

“Koyak?” Aku teka. Si Aisy tak mengangguk, tak menggeleng. Dia tersenyum-senyum je. Buat muka comel dia. Dan bila dia buat macam tu, selalunya ada benda yang tak sepatutnya dia buat. Apa pula kali ni.

“Tak la. Tak koyak pun. Tak boleh pakai baju merah hari ni. Kena pakai colour biru. Barulah ceria! Hihi!” Aisy terus tersengih-sengih macam budak dapat gula-gula.

Aku berhenti mengunyah. Sah! Horoskop lagi! Geramnya aku! Aku tahan lapar sebab tunggu dia. Ikutkan hati, rasa nak curah je air suam kat kepala si Aisy ni! Tapi, mak aku cakap tak baik marah-marah depan rezeki. So, aku sabarkan diri. Sabar Nur Fazrin! Akhirnya aku pun turut tergelak. Kelakar bila fikir balik gelagat si Aisy. Pelik. Tapi itulah kawan baik aku. Tak habis-habis dengan horoskop.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience