Bab 8

Other Series 8885

Bab 8

“Tahniah Aisy! Akhirnya kau kahwin juga.” Aku memeluk erat Aisy yang ayu berbaju songket kelabu. Di sini Aisy, Faiq Haikal yang segak bertanjak dan keris tersisip di pinggang persis pahlawan melayu, hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat baik itu.

“Thanks a bunch, Rin! Jauh-jauh awak datang sampai ke Perlis ni. Tercapai juga hasrat saya nak awak tengok saya bersanding!” Ada riak bahagia di wajah Aisy. Bahagia kerana telah bergelar isteri kepada Faiq Haikal. Bahagia juga kerana sahabat baiknya turut datang memeriahkan majlis. Kedua-duanya dapat melepaskan rindu setelah bertahun tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan urusan dan tugas. Aisy sebaik sahaja tamat pengajian di UM dulu, dia terus mendapat tawaran kerja di Perlis, tempat kelahirannya. Aku pula menguruskan bisnes keluarga di Kuala Lumpur selepas mendapat ijazah dari UITM. Sejak itu, kami jarang-jarang dapat berjumpa dan lebih kerap berhubung hanya melalui telefon.

“Aku mesti datang! Aku kan dah janji dengan kau. Demi kau Aisy, semua aku tolak tepi termasuk kerja-kerja aku. Nak-nak kau sanding dengan Faiq Haikal kan. Aku tak mahu terlepas detik paling bersejarah ni. Seminar pun sanggup aku tak pergi tau!” Aku berseloroh sambil mengenyit mata. Aisy pantas mencubit aku. Muka Aisy sudah merah. Malu diusik begitu. Apatah lagi dilihat Faiq tersenyum nakal sambil menjeling ke arahnya. Aisy semakin tersipu-sipu. Baik aku, Aisy mahupun Faiq, masing-masing teringat kisah silam itu. Kisah antara Aisy dan Faiq. Si dara Scorpio dan si teruna Sagittarius.

“Kau bila lagi Rin? Jangan tunggu lama-lama. Ada yang dah lama berkenan tu. On je la. Jangan jual mahal sangat.” Faiq tiba-tiba bertanya.

“Tak boleh Faiq. Ikut horoskop Aisy, Aquarius dan Aries tak sesuai sebagai pasangan. Aku tak mahu title janda muda-muda!” Aku mengajuk ayat yang pernah Aisy katakan sewaktu Faiq meluahkan perasaannya terhadap Aisy. Aisy membulatkan matanya tanda protes. Ketawa kami bertiga meledak dek gurauan aku. Terkena lagi kau Aisy!

“Macam mana Aisy? Scorpio dan Sagittarius akhirnya bersatu. Horoskop kau tersalah kali ni.” Aku terus mengusik Aisy. Aisy sudah menunjukkan penumbuknya. Aku tergelak lagi. Aku pun turut bahagia melihat Aisy bahagia. Jodoh, pertemuan dan takdir seseorang adalah terletak di tangan Yang Maha Kuasa, dan semestinya tidak bergantung pada horoskop. Horoskop hanyalah ramalan, yang ada tikanya tepat mengena sasaran. Jika benar-benar terjadi seperti yang diramal horoskop, itu pasti satu kebetulan. Jangan sesekali terlalu taksub pada ramalan kerana itu akan menjadi syirik dan membelakangkan kekuasaan Allah.

“Saya percaya pada Qada dan Qadar, Yakin dengan ketentuan-Nya, Rin. Aisy dan horoskop cukup sekadar suka-suka je. Hobi pelik saya.” Aisy memandang Faiq penuh makna. Aku tersenyum kelegaan. Selamat Pengantin Baru Aisy! Kini, Aisy dan Faiq. Bukan lagi Aisy dan horoskop!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience