Bab 5

Other Series 8885

Bab 5

“Aisy, Faiq nak jumpa kat balai menanti. Dah sejam dia tunggu kau kat situ.” Aku terserempak dengan Faiq waktu aku baru balik dari kelas. Ambil homework yang tertinggal. Nasib baik teringat ada homework Sejarah yang Cikgu Rohani bagi. Wajib siapkan. Tak mahu aku berdiri luar kelas. Malu!

Aisy buat tak endah. Eh, tak kan tak dengar. Ke dah pekak kawan aku ni?

“Dhia Aisy! Faiq Haikal nak jumpa kau kat balai menanti! Turun sekarang!” Aku betul-betul memekik di telinga Aisy. Aisy menekup telinganya dengan bantal. Bingit dengan jeritan aku ala-ala penyanyi soprano yang pitchingnya ke laut. Padan muka kau Aisy! Rasakan! Tu la buat-buat tak dengar lagi.

“Biarlah dia tunggu.”

“Ish! Kasihan aku tengok dia Aisy. Masa aku nak pergi kelas dia dah tercongok kat situ. Aku balik tadi pun dia kat situ lagi. Pergilah jumpa dia sekejap.”

“Tak mahu la.”

“Ala, sekejap pun jadilah, Aisy. Dia ada benda nak cakap dengan kau tu.”

“Tak nak.”

“Pergi la Aisy. Selagi kau tak turun jumpa dia, sampai bila-bila dia duduk situ nanti.”

“Saya tak suruh pun dia tunggu. Tak pun, awak yang pergi jumpa dia. Kira wakil saya la, Rin.”

“Eh, aku pulak! Faiq Haikal nak jumpa Dhia Aisy. Buat apa Nur Fazrin yang sibuk-sibuk. Dah-dah, pergilah jumpa dia.”

“Tapi saya tak nak jumpa Faiq Haikal. Tetap tak nak jumpa. Muktamad. Tiada talian hayat. Jangan la paksa saya, Rin. Please!”

“Kau bagi aku sebab yang kukuh kenapa kau tak boleh terima Faiq? Apa kurangnya Faiq, Aisy?” Aku mula hilang sabar. Nada suara aku sudah meninggi. Aisy ni nampak je lembut, tapi hati keras macam batu! Batu pun tak keras macam tu. Huh!

“The one and only reason is that Scorpio dan Sagittarius tak sesuai sebagai pasangan. Saya tak mahu title janda muda-muda.”

Aku tepuk dahi. Dia buat lagi dah. Tak habis-habis dengan horoskop dia. Stop it, Aisy!

Memang itulah jawapan standard Aisy bila soal Faiq Haikal timbul. Aisy tak habis-habis menegakkan yang dia tak sesuai dengan Faiq. Padahal dia bukannya kenal sangat pun dengan Faiq. Sekelas pun langsung tak pernah. Aisy ambil aliran Sains Tulen. Faiq pula Aliran Sains Teknikal.

Siapa yang tak kenal dengan Faiq Haikal. Prefect, sprinter, main ragbi, join debat. Serba-serbi boleh. Top student lagi. Tinggi dan handsome. Plus anak Dato’ Azman, pengerusi PIBG sekolah. Budak-budak perempuan, tak kira senior ke, junior ke, semua tergedik-gedik nak kenal dengan Faiq. Tapi, dia sibuk kejar Dhia Aisy yang tak nak pandang dia sebelah mata pun. Mentah-mentah Aisy tolak Faiq. Sebab apa? Semua gara-gara horoskop. Kenapalah horoskop ni wujud? Kau memang tolak tuah Aisy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience