Bab 7

Other Series 8885

Bab 7

Aku leka mengamati kad yang aku ambil di peti surat pagi tadi. Berulang kali aku tenung sepasang nama yang tercatat di situ. Lama-lama bibir aku menguntum senyum. Sedikit demi sedikit sampailah ke hujung telinga. Akhirnya tawaku berderai. Terhenjut-henjut bahu aku menahan gelak yang masih berbaki. Anne, setiausaha aku yang baru masuk ke bilik tercengang-cengang. Mana tak pelik tengok bos gelak sakan. Jarang-jarang berlaku tau. Senyum pun payah. Aku waktu kerja memang serius memanjang. Ye la, aku kan bos! Ces, berlagak betul Nur Fazrin!

“Yes, bos? Ada apa bos panggil saya? Anything can I help you?” Anne tanya berhati-hati bila tawa aku sudah mulai reda.

Aku menyeka hujung mata dengan jari. Ketawa sampai berair anak mata. Dasyat sungguh kau ketawa Fazrin! Kalau ketawa memang tak ingat dunia. Sudah lama aku tak ketawa macam ni. Memang sangat lama. Last time masa di sekolah dulu. Waktu dengan Aisy. Gelagat Aisy memang boleh buat aku pecah perut. Terbayang-bayang wajah Aisy di tubir mata. Such the good old days. Really miss you buddy!

“This becoming 11th of November, any appointment for me? Yes? No?”

Anne segera membelek diarinya. Tekun dia meneliti tarikh yang dimaksudkan.

“Bos ada mesyuarat di sini untuk projek Kondominium Angsana pada pukul 10 pagi. Sebelah petang bos ada appointment dengan client dari Maju Holdings di Restoran Seri Malaysia. Esoknya pula bos ada seminar tentang leadership di Port Dickson selama 3 hari. Disebabkan seminar mula pukul 8.30 pagi, Tuan Fazli minta bos bertolak ke sana after office hour 11 November.”

Anne menerangkan satu persatu tanpa ada yang tertinggal. Anne memang cekap. Kemahiran dia sebagai setiausaha aku sejak 3 tahun yang lepas memang tip top. Aku memang cerewet kalau bab nak ambil orang jadi setiausaha aku. Tuan Fazli, pengarah syarikat yang juga ayah aku pun pening dengan fiil anak perempuan tunggal dia. Sebelum ini, bukan seorang dua pernah jadi setiausaha aku, tapi hampir 10 orang! Bukan aku pecat ok. Tapi ada la 2-3 orang. Selebihnya angkat kaki sebab tak tahan dengan Nur Fazrin. Bos yang cerewet + kepala angin + serius! Tapi Anne lain. First time aku nampak dia, aku dah tahu Anne ni berkaliber dan profesional. Dan firasat aku betul. Of course betul. Aku rujuk horoskop. Eh! Apa hal jadi macam Dhia Aisy ni!

Aku mengangguk-angguk. Tetiba aku tersentak. Mata terbeliak macam kena sampuk. Tak semena-mena aku tepuk meja. Adus! Macam mana aku boleh lupa pasal seminar! Kalau aku tak pergi, sure Tuan Fazli mengamuk! Aku juga yang gatal offer diri nak pergi. Aku ligat fikir alasan munasabah supaya aku boleh skip seminar yang tiga hari tu. 12 November aku ada misi penting! Aku tenung Anne yang berdiri di depan. Tunduk semacam dan menikus. Apa hal dengan dia ni?

“Eh, Anne! Sorry! I bukan marah you. Sorry! I terfikir something actually.” Aku baru teringat. Mesti Anne terkejut bila aku tepuk meja tadi. Aku lega tengok Anne senyum. Nasib baik tak kena heart attack secretary aku ni!

“Meeting pagi tu ok. I akan chair. Tapi appointment dengan client tu you suruh Victor gantikan I. About the seminar, I tak jadi pergi. Kalau Tuan Fazli tanya, just give him this card. He will totally understand.”

Kad berona silver metallic itu Anne sambut. Dahinya berkerut-kerut cuba memahami. Dia menyebut nama yang tertera di muka depan kad itu.

“Dhia Aisy dan Faiq Haikal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience