BAB 3

Romance Completed 26683

Aku meletakkan fail di atas meja. Kerja sebagai setiausaha ni memang banyak hal. Nasib baiklah bos aku tak cerewet mana. Aku membetulkan tudung di kepala. Tiup-tiup sikit biar muka tudung tu elok.

“Dah cantik dah cik Aliyah oi.”ujar teman baikku. Aku hanya menyengeh.

“Sibuk je kau ni. Tak ada kerja ke?”aku memandang Dania yang cantik berbaju kurung ungu muda.

“Ada. Ada banyak. Tapi, untuk pengetahuan cik Aliyah yang cantik manis sekarang ini adalah waktu untuk mentekadarah.”

Aku lantas melihat jam di pergelangan tangan. Aah! Dah pukul 1 lah. Patutlah ramai yang dah keluar. Rupanya semua nak pergi lunch. Aku terus mengambil purse dan mengekori Dania yang sudah berjalan ke lif. Waktu tengah tunggu lif,telefon bimbitku berbunyi lantang. Aku tengok skrin. Nombor tak kenal! Malaslah nak layan.

“Angkatlah.”Dania menyiku lenganku.

“Malas. Bukan aku kenal pun.”

Beberapa minit telefonku sudah diam. Aku hanya angkat kening tengok Dania yang tengah tengokku. Sekali lagi telefonku berbunyi lantang. Nombor yang sama!

“Angkatlah. Mana tahu orang yang kau kenal tapi guna nombor lain.”

“Malas betullah. Kau angkatlah.”aku menghulurkan telefon kepada Dania. Dania pun teragak-agak nak angkat. Tahu takut!

“Hello.”perlahan sahaja Dania menjawab panggilan dari telefon bimbitku.

“Saya Dania,kawan Aliyah.”Dania memandangku kemudian dia menghulurkan kembali telefon bimbitku.

“Kan aku dah cakap orang yang kau kenal.”rungut Dania.

“Siapa?”

“Nama dia Luqman. Dia tahu nama kau jadi mesti kau kenal dia.”

Luqman!! Budak ‘baik’ tu call aku. Ini berita gempar. Dah nak dekat sebulan baru dia nak call. Aku ajak jumpa pun dia tak nak. Ini memang mengejutkan Aliyah Natasha!

“Hello.”jawabku dengan sepenuh kesopanan. Kalau ikutkan hati mahu aku sembur. Biar bernanah telinga mamat tu.

“Hello, Aliyah.”ucapnya dua patah.

“Ye,saya. Siapa bercakap di sana?”soalku pura-pura tak tahu.

“Saya Luqman. Boleh saya jumpa awak?”

“Luqman mana ni?”sengaja aku bermain tarik tali. Aku ajak keluar tak nak. Sekarang barulah terhegeh-hegeh nak jumpa. Sorrylah!

“Luqman yang bakal jadi suami awak. Faham cik Aliyah!”tegas suara lelaki itu. Aku sudah mahu naik angin rasanya.

“Ooh..Luqman anak auntie Latifah ye. Bukan awak busy ke? Ada masa pula nak jumpa sekarang ni?”sindirku. Aku memang suka cari gaduh. Dania sudah menyiku-nyiku lenganku.

“Saya tak ada masa nak call lama-lama ni. Terpulang pada awak nak datang ke tidak. Saya tunggu dekat Restoran Briyani Johor seksyen 13.”talian terus dimatikan. Aku mencerlung memandang telefon bimbitku. Dia letak telefon?? Ini sudah melampau!

“Kenapa ni? Kau okey ke tak?”Dania sudah cuak melihat mukaku merah.

“Memang dia ni nak kenalah. Memang tak beradab langsung. Macam manalah mama dengan papa boleh cakap yang dia ni baik. Aku rasa nak tumbuk-tumbuk mamat ni.”aku sudah mengepal penumbuk. Geramnya!

“Sabar wei. Risau aku tengok kau ni. Janganlah sampai nak bertumbuk-tumbuk. Kau tu perempuan. Ni ke Luqman yang nak dikahwinkan dengan kau tu?”

“Yalah. Inilah mamat mangkuk ayun bajet baik yang aku cerita tu. Dia boleh pula matikan talian tadi. Huh!angin betul aku dibuatnya. Belum kahwin lagi tapi dah macam nak mengongkong. Apa kes ni.”ujarku geram.

“Dah-dahlah tu. Relax okey. Kita nak makan dekat mana ni?”Dania cuba meredakan kemarahanku yang dah macam gunung berapi nak meletus.

“Makan dekat kedai bawah ni jelah. Aku dah tak ada mood nak makan jauh-jauh.”putusku. Pasal Luqman,biar dia tunggu aku dekat restoran tu. Malas aku nak pergi. Dahlah jauh, suka suki dia pula nak buat keputusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience