BAB 5

Romance Completed 26683

Sekarang lelaki tak laku tu dah sah jadi suami aku! Mama!!help me mama. Aku tak tengok lagi muka dia. Aku dengar suara baru. Aku yang tengah tunggu pengantin lelaki nak batalkan air sembahyang sudah terasa panas punggung. Mama dengan auntie Latifah pula dari tadi tersenyum lebar.

Luqman datang menghampiri. Aku dah gabra gila-gila ni. Kepalaku menunduk je. Dia menghulurkan tangan nak menyarungkan cincin ke jari manisku. Dengan penuh keberanian aku hulurkan tangan. Aku dapat rasa tangan Luqman tu sejuk. Ait! Dia pun gabra juga ke? Time aku pula sarungkan cincin ke jarinya. Lepas tu aku salam tangan dia. Lamalah juga sebab ada yang menggatal sangat nak ambil gambar. Sekarang dia pula cium dahiku. Masa nilah baru aku tengok rupa lelaki yang dah jadi suami aku. Terpana kejap! Mak ai,handsomenya! Dahlah tinggi macam model. Betul ke ni Luqman? Aliyah! Calm down. Jangan buat malu dekat sini. Memang aku rasa nak luku jurukamera ni. Kenapa lama sangat nak ambil gambar pun. Aku rasa muka aku dah merah gila-gila ni sebab lama sangat dia cium dahiku. Lepas tu kami bersalam dengan semua.

“Muka kau merah wei.”Dania bersuara perlahan. Aku terus memegang kedua belah pipiku. Malunya! Masa tu Luqman dah pergi mana entah.

“Handsomenya laki kau.”puji Dania pula.

“Hmm..”hanya itu yang mampu aku jawab. Hati dah rasa macam nak terkeluar. Aku dah tak senang duduk sekarang ni.

Dah dekat seminggu kami kahwin. Aku boleh kira berapa patah je kami bercakap berdua. Kalau dalam bilik dua-dua diam. Buat hal sendiri. Yang aku pelik,bila dengan mama,papa dan kak Aniss banyak pula perkataan yang dia cakap. Tak apalah! Aku pun bukannya nak bercakap dengan dia sangat.

“Luqman dengan Aliyah nak pindah bila?”soal mama ketika kami tengah makan malam. Aku hanya terpana! Siapa yang nak pindah?

“Kalau mama dan papa tak keberatan,rancangannya esok sebab saya dah mula kerja Isnin ni.”ujar Luqman.

Papa dan mama hanya mengangguk-ngangguk. Aku hanya pandang muka Luqman. Apa semua ni? Bila masa aku setuju nak pindah?

“Kenapa awak tak cakap yang kita nak pindah?”serangku ketika kami masuk ke bilik.

Luqman hanya memandangku sekilas dan terus berlalu ke katil. Aku membulatkan biji mata. Dia sedap-sedap melanding atas katil. Macam aku ni tak wujud!

“Awak ni kenapa? Kalau saya tanya tu jawablah. Awak jangan nak buat tak endah je.”marahku.

Luqman masih buat bodoh. Sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Dia boleh siap tarik selimut nak tidur. Aku mengetap bibir geram. Inilah perangai Luqman yang paling aku benci! Kalau aku tanya dia bukan nak jawab. Ada emas ke dalam mulut tu?

“Awak! Saya tanya ni jawablah. Awak jangan nak buat macam saya tak wujud dekat sini. Saya ni isteri awak tahu!”marahku meluap-luap. Sakit hati dengan perangai cool Luqman tu. Aku rasa macam air mataku nak mengalir je.

Luqman angkat kepala. Mungkin dirasakan yang aku menganggu tidurnya. Aku tak peduli! Hal ni mesti diselesaikan hari ni juga. Kenapa dia benci sangat dengan aku?

“Awak jangan bising boleh tak. Saya mengantuk ni.”ujar Luqman selamba.

“Argh!!”jeritku sambil mencapai bantal dan memukul-mukul badan Luqman. Aku benci! Aku benci sebab aku dah mula sayang dia! Luqman cuba menahan tapi aku tetap pukul. Aku sakit hati sebab dia layan aku endah tak endah je.

“Awak ni kenapa?”marah Luqman pula. Bantal ditanganku dirampas. Aku sudah terduduk di atas tilam sambil menangis. Cuak juga muka Luqman bila aku menangis. Tersengguk-sengguk aku menangis.

“Kenapa awak benci sangat dengan saya?”soalku dalam tangisan.

“Mana ada.”

“Kalau tak benci,kenapa awak tak nak bercakap dengan saya?”

Luqman hanya diam. Inilah yang aku tak suka!

“Saya tak benci awak. Awak tu yang bencikan saya sebenarnya kan?”soal Luqman pula.

“Mana ada. Sebelum kahwin dulu memang saya tak suka awak sebab bila saya nak jumpa je awak sibuk. Call saya pun tidak.”jujurku memberitahu.

Luqman tersenyum. Itu kali pertama aku melihat dia tersenyum ikhlas buatku. Argh!! Makin handsome pula suami aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience