BAB 1

Romance Completed 26683

Pakkkk!

Kuat impak bunyi bag yang ku hempas diatas meja Kristal mama. Bundar matanya menyinga melihat perbuatan kasarku. Dapatku rasa seakan jantungnya direntap melihat kelakuan ini pada meja kesayayangan yang papa hadiahkan padanya sempena ulangtahun perkahwinan mereka tahun lalu.

“Aliyah Natasha! Jangan buat macam tu. Habis bercalar nanti meja ni. Dahlah mama beli mahal ni.”ngomel mama sambil tangannya mengelap-ngelap permukaan meja.

Aku dari nak marah tadi dah mula rasa nak ketawa. Macam meja tu anak mama pula.

“Meja je kot. Mama ni sayang sangat benda-benda macam ni. Aliyah ni mama tak sayang pula.”rajukku.

“Siapa kata mama tak sayangkan Aliyah?”

“Kalau mama sayang Aliyah,mama takkan suruh Aliyah kahwin dengan orang yang Aliyah tak suka.”pancingku. Mama memandang muka papa di sebelah. Nampaknya jeratku mengena. Lepas ni tak payahlah kena kahwin dengan anak kawan mama dan papa yang aku tak suka tu.

“Sebab mama sayangkan kamu lah mama nak kamu kahwin dengan Luqman. Budak tu baik. Hormat orang tua. Kerja pun tetap.”puji mama. Naik kembang tekakku dengar. Nampaknya umpanku tidak mengenalah!

“Masalahnya,orang tak suka dia. Papa pun tak sayang orang nampaknya.”suaraku berubah sayu. Inilah taktik terakhirku untuk menarik simpati mama dan papa.

“Papa pun macam mama. Sebab sayanglah kami nak kamu kahwin dengan Luqman. Papa takkan suka-suka nak bagi anak pada lelaki yang entah apa-apa. Luqman tu baik. Tengoklah mummy dengan daddy dia macam mana.”puji papa pula. Aku tepuk dahi. Astaghfirrullahalazim! Baik sangat ke mahkluk Tuhan yang bernama Luqman tu?

“Orang tetap tak suka! Mama dan papa kahwinkanlah si Luqman tu dengan kak Aniss. Buat apa pula nak jodohkan dengan orang.”rungutku.

“Kak Aniss kamu tukan dah bertunang. Buang tabiat apa nak jodohkan dia pula. Nanti apa kata tunang dia. Kamu tu yang tak ada teman lelaki lagi. Kerja nak menyopping nak menghabiskan duit.”tegur mama.

“Tak baiklah mama ni. Orang suka shopping pun sebab ikut perangai mama lah. Orang tetap tak nak kahwin dengan dia.”aku buat keras. Belum sampainya aku nak kahwin-kahwin ni.
“Degillah budak sorang ni.”keluh mama.

“Papa dan mama dah pergi jumpa keluarga Luqman tu. Dah berbincang pun nak kahwinkan kamu dengan Luqman. Keluarga dia tak ada pun yang membantah. Semua setuju je. Kamu ni je yang susah sangat kenapa?”papa pula bersuara.

“Orang tak kenal dia. Orang tak suka pun dia.”

“Belum kenal mana tahu suka ke tak. Cuba jumpa dulu. Mama dengan papa kawan baik mummy dengan daddy dia tau. Kalau tak jadi ni malu kami. Takkanlah kamu nak membujang sampai ke tua.”

“Mama ni,orangkan muda lagi. Baru nak masuk 25 tahun. Yang mama dengan papa kalut sangat yang orang tak kahwin ni kenapa? orang sendiri pun okey je.”

“Kamu tu perempuan. Kalau tak kahwin nanti orang mengata pula. Tahu-tahulah pandangan orang sekarang. Mama tak nak kamu atau Aniss lalui semua tu. Mama tak nak anak-anak mama dipandang serong.”

“Sampai ke situ pula mama ni.”sedih aku tengok mama bersuara dan bermuka lirih begitu.

Aku kena fikir baik-baik ni! Susah betullah bila nak bangkang cakap mama dan papa ni.
Sebagai anak tak baik kalau kita ingkar arahan mereka. Tak nak lah jadi anak derhaka. Hish! Dah macam adegan dalam novel-novel melayu pula. Aku pandang muka orang tuaku yang penuh harapan menggunung.

“Yalah,yalah. Tapi,orang nak jumpa Luqman tu dulu.”putusku. Mama dan papa terus tersenyum lebar sampai ke pipi. Aku pula sudah menangis tak berlagu dalam hati. Aliyah! Iklas,ikhlas. Bisikku sendiri.

“Terima kasih sayang. Nanti mama beritahu auntie Latifah yang kamu nak jumpa Luqman.”
Aku hanya mengangguk lemah.

Kaki sudah melangkah naik ke atas. Dalam fikiranku sudah terbayang yang segala aktiviti shopping-menyoppingku akan terbatas selepas ini. Argh!! Itu tidak akan terjadi. Biar sejuta Luqman datang pun aku takkan biarkan aktiviti harianku yang satu itu terkubur begitu sahaja. Aku terus berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersolat asar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience