BAB 2

Romance Completed 26683

Aku melangkah perlahan ke meja makan. Mama dan papa juga baru tiba bersama kak Aniss. Satu-satunya kakakku itu sekarang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta milik tunangnya.

“Kak Aniss tak keluar ke hari ni?”soalku sambil duduk di sebelahnya.

“Tak.”sepatah kakakku itu menjawab.

“Mana abang Faris? Selalu kak Aniss keluar dengan dia.”

“Malam ni dia ada hal. Yang Aliyah banyak sangat tanya ni kenapa?”

“Saja je nak tanya. Takkan itu pun tak boleh?”aku memuncungkan bibir.

“Mama dah call auntie Latifah. Luqman tak boleh nak jumpa kamulah. Dia sibuk sekarang.”

Aku mencebik. Wah!belum ada apa-apa si Luqman tu dah nak eksyen. Entah-entah dia pun tak setuju dengan rancangan pernikahan ni. Mama dengan papa ni saje je buat cerita kot yang semua keluarga Luqman tak ada bantahan. Sekarang sudah terbukti lelaki itu tidak bersetuju! Kalau dia setuju mesti dia nak jumpa dengan aku.

“Mama,Luqman tu sebenarnya tak setuju kan dengan rancangan ni?”soalku ceria.

“Ish! Mana ada. Auntie Latifah kata dia awal-awal lagi dah setuju tau. Budak tu memang mendengar kata.”

Sekali lagi aku mencebik. Tak habis-habis nak memuji si Luqman tu. Apa baik sangat ke perangainya?

“Kalau dia setuju mesti dia nak jumpa dengan orang.”

“Kan mama dah kata tadi yang dia sibuk. Dia banyak kerja tu.”

“Entah-entah sibuk ke benda lain. Mama ni main percaya je cakap orang. Luqman tu sebenarnya bukannya baik sangat. Dia tak nak jumpa Aliyah sebab takut mak we dia marahlah tu.”jawabku selamba. Selagi ada peluang untuk batalkan rancangan ni selagi itu aku akan berusaha.

“Pandai-pandai je Aliyah ni. Tak baik cakap orang macam tu.”tegur kak Aniss.

“Kak Aniss pernah ke jumpa Luqman tu?”soalku.

“Tak pernah. Tapi kalau mama dengan papa dah kata dia baik,mesti confirmlah dia memang baik. Tengok auntie Latifah dengan uncle Hamdan. Mereka baik gila. Anaknya mesti baik juga.”

“Tak semestinya. Ada juga mak ayah baik tapi anak tak. Luqman tu mesti macam tu. Entah-entah girlfriend keliling pinggang. Mana kita tahu kan.”aku meluahkan pendapatku lagi. Tak puas hati betul bila semua orang nak sebelahkan si Luqman tu. Eee..geramnya aku!

“Ohhh Aliyah, Aliyah. Tak baik tuduh orang macam tu. Papa tak suka tau.”tegur papa. Aku hanya diam.

“Luqman tu memang sibuk kerja. Auntie Latifah kata yang Luqman tu belum ada girlfriend lagi. Tapi,dia memang tak boleh nak jumpa kamu. Ni nombor phone Luqman. Kamu kalau nak kenal-kenal cakap guna telefon jelah ye. Nanti baru jumpa orangnya.”mama meletakkan sehelai kertas di depanku.

Aku membaca nombor yang tertera. Digi! Mak ai. Aku guna maxis je. Takkan aku pula yang nak kena call. Mahallah macam tu.

“Tak naklah. Dahlah dia guna Digi. Habis topup orang nanti.”

“Kalau berbelanja yang bukan-bukan tu tak apa pula. Ni setakat berapa sen je kalau call. Jangan kamu ingat nak batalkan pula rancangan ni ye. Siang tadikan kamu dah setuju.”

“Tak nak. Mama suruh Luqman tulah yang call orang. Diakan baik. Takkan setakat berapa sen tu pun dia nak berkira kan.”ujarku selamba. Tangan mama cepat sahaja mencubit lenganku. Sakitnya!

“Kerja nak menyindir je. Mama cili mulut tu baru tahu.”ugut mama.

Cepat sahaja aku menggelengkan kepala. Papa dan kak Aniss sudah ketawa berdekah-dekah. Aku hanya tersengeh lebar. Ni lah yang buat aku makin tak sabar nak jumpa budak ‘baik’ tu. Nak tengok setara mana baiknya sampai keluargaku dah terpengaruh. Ni tak boleh jadi!

“Dah,jom makan. Kalau berborak macam ni sampai esok pun belum tentu habis.”ujar papa menamatkan sesi perbualan tentang si budak ‘baik’ tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience