BARU saja Ayla sampai di rumah lepas beli barang, dia dikejutkan dengan kedatangan Pak Mail yang sedang marah-marah kepada Anum. Mereka berdua saling berbalas kutukan di depan rumah.
“Mak, apahal ni? Pak Mail, asal pak cik marah-marah mak saya ni?”
Pak Mail merupakan salah seorang yang kaya di kampung tersebut dengan memiliki banyak tanah menatap Ayla dengan penuh miang. Sejak dulu Pak Mail juga gatal ada hati mahu jadikan Ayla isteri seterusnya.
“Mak kau ni ada hutang dengan aku. Jadi aku nak minta dia bayar hari ni juga! Tapi boleh dia tak nak.”
“Eh Mail, kan aku dah cakap yang aku akan bayar duit kau lepas kenduri rumah aku selesai. Tunggulah dulu!” ujar Anum geram.
“Kenduri apanya? Anak kau ni kan dah tak jadi nikah? Jadi kau kena bayar duit aku tu juga sekarang.” Pak Mail melotot marah.
“Hutang? Lepas kenduri? Mak, duit hantaran Fahmi tu tak cukup ke sampai mak berhutang lagi?” tanya Ayla yang langsung marah Anum.
“Tu nanti-nanti la mak cerita,” balas Anum yang malas nak layan Ayla. “Mail, beri aku masa sikit lagi. Lepas kenduri rumah aku selesai, aku bayar balik.”
Ayla bingung. “Kenduri siapa pula mak? Kan Ayla dah tak jadi kahwin?”
“Eh, kamu ni jangan banyak tanya la,” marah Anum. “Mail, kau balik dulu,” usir Anum sambil menolak Pak Mail.
“Okey aku bagi kau masa lagi sampai cukup bulan ni. Kalau kau masih tak nak bayar hutang aku, Ayla jadi isteri keempat aku!”
Ayla berundur setapak ke belakang. Sekalipun kesuciannya telah diragut, Ayla tidak akan pernah jadi isteri lelaki tua miang kerepot itu!
“Pak Mail, saya sendiri yang akan bayar semua hutang tu asalkan Pak Mail beri saya tempoh. Berapa jumlah semua hutang mak saya?”
“5 ribu! Kalau kau tak dapat bayar sampai hujung bulan ni, kau kena jadi isteri Pak Mail, Ayla!” ugut Pak Mail dengan ketawanya seperti telah menang loteri.
“Asal mak berhutang sampai 5 ribu dengan Pak Mail? Duit hantaran 15 ribu tu tak cukup lagi ke?” marah Ayla bila Pak Mail sudah pulang. “Ayla siap bagi mak duit extra lagi. Duit pelamin, doorgift, baju tetap pakai duit Ayla juga. Apa yang lagi tak cukup sampai kena berhutang,” ujar Ayla yang tak puas hati.
“Kamu jangan bising la, Ayla. Dari kamu bising-bising ni baik pergi tolong mak masak. Nanti petang karang ada rombongan meminang nak datang,” balas Anum sebelum meninggalkan Ayla terpinga-pinga.
Borhan yang baru pulang dari kebun terus memekik nama Ayla.
“Ayla buatkan abah kopi,” pekik Borhan sebelum masuk ke dalam rumah.
Ayla tak terus buat minuman untuk abahnya tapi dia mahu dapatkan jawapan daripada Borhan.
“Abah tahu mak berhutang dengan Pak Mail?” sembur Ayla. “Abah tahu tak kalau kita tak bayar duit tu sampai hujung bulan ni, Ayla yang kena jadi mangsa.” Ayla cuba menahan emosinya.
“Mak kamu pinjam sebab dia nak buat majlis kamu meriah,” balas Borhan tanpa rasa bersalah.
“Tapi duit Fahmi dulu tak cukup ke? Duit hantaran tu bukan sikit. 15 ribu! Setakat buat kenduri kat kampung dah mewah sangat dengan duit hantaran banyak tu,” rungut Ayla geram. “Abah nak Ayla kena kahwin dengan Pak Mail tu sebab tak boleh bayar hutang?” bentak Ayla.
“Bagus la kalau dia nak jadikan kamu bini sebab tak ada siapa dah yang nak buat kamu sebagai bini. Kamu juga yang untung. Mail tu kan kaya,” balas Borhan yang langsung tak rasa bersalah.
“Abah!” Ayla sangat kecewa mendengar kata-kata Borhan. “Ayla tak nak kahwin dengan orang tua tu. Lebih baik Ayla keluar dari rumah ni,” gertak Ayla yang membuatkan Anum datang hampiri mereka.
“Kamu ni jangan nak menyusahkan mak dan abah lagi boleh tak? Karang keluarga Fahmi nak datang, kamu jangan nak buat hal. Jangan nak buat kami malu lagi, Ayla!”
“Apa dia? Keluarga Fahmi nak datang?” Perasaan Ayla mula rasa tidak enak bila dia teringat kata-kata lelaki itu seminggu lepas.
Balqis yang muncul terus menayangkan senyuman kemenangannya pada Ayla.
“Keluarga Fahmi nak pinang akak untuk anak mereka,” ujar Balqis sinis sebelum masuk ke dalam bilik.
“Mak! Sanggup mak buat Ayla macam ni kan? Kenapa mak biarkan Fahmi nak kahwin dengan Balqis?” marah Ayla yang rasa kecewa dengan tindakan keluarganya.
“Eh, dah cukup baik budak Fahmi tu sekeluarga nak pinang kakak kamu untuk tutup malu keluarga kita tau,” balas Anum lantang. “Tak nak bagi orang kampung terus mengata kita sekeluarga sebab perangai tak senonoh kamu tu, Ayla.”
“Mak langsung tak fikir perasaan Ayla.” Air mata Ayla terus membasahi pipi mulusnya. “Dorang yang rancang musnahkan hidup Ayla tapi mak boleh sokong dorang plan gila dorang tu.”
“Kamu yang berperangai tak senonoh pergi tidur dengan jantan lain. Kamu nak salahkan orang lain. Mak malu tau orang kampung mengata dan kalau Balqis kahwin dengan Fahmi, tak ada siapa berani mengata mak lagi sebab menantu mak anak ketua kampung.”
“Tapi Balqis dengan Fahmi dah buat jahat kat Ayla! Kenapa mak dengan abah tak nak percaya?”
“Kamu jangan bising lagi la Ayla. Lebih baik kamu pergi cari kerja kalau tak nak jadi bini keempat si Mail tu. Mak pun tak kisah kamu jadi bini dia. Untung juga mak dapat menantu banyak tanah kebun.”
Ayla menangis mendengar kata-kata kejam daripada Anum. Orang tuanya yang berhutang tapi Ayla yang perlu jadi mangsa. Memang Ayla jadi mangsa seluruh keluarganya!
Ayla mahu pergi dari rumah kerana terlalu sakit hati dengan sikap keluarganya. Ketika Ayla lalu depan bilik Balqis, kakaknya itu sedang mesra berbual dalam telefon dengan Fahmi.
Mata Ayla membulat tak percaya ketika dia mengintip dari celah pintu. Balqis sedang tidak pakai baju dan memperlihatkan buah dadanya yang montoh kepada Fahmi melalui video call.
“Sayang… I tak sabar nak kiss…”
Ayla terus berambus dari situ sebab tak boleh nak menahan rasa jijik dalam hatinya. Patutlah Fahmi senang tergoda dengan Balqis yang menghalalkan segala cara demi menggoda Fahmi.
Selama tiga tahun bercinta, Ayla memang selalu menolak bila Fahmi mahu sentuhnya. Ayla fikir Fahmi lelaki yang baik tapi rupanya lelaki tak guna. Ayla rasa jijik dengan mereka berdua.
Ayla ambil beg tangan dan telefon pintarnya dan cepat-cepat mahu keluar dari rumah.
“Hei! Nak pergi mana tu? Tolong mak masak la!” jerit Anum yang tiba-tiba muncul dari dapur.
“Kata suruh Ayla cari kerja bayar hutang? Tu…pergi suruh anak mak yang seorang lagi tolong masak. Kan orang datang nak pinang dia. Dari dia sibuk video call tayang body!” perli Ayla dengan sinis.
Balqis yang mendengar terus cepat-cepat pakai baju dia semula sebelum kantoi. “Tak guna kau, Alya!”
PUAS AYLA merayau bersendirian sebelum dia masuk ke kedai makan setelah jam sudah menginjak pukul 1 tengah hari. Ayla sudah buat keputusan yang petang nanti dia tetap akan tunjuk muka ketika Balqis dipinang dan sekaligus majlis pertunangan diadakan. Ayla mahu buktikan yang dia tidak merasa kehilangan lelaki tak guna seperti Fahmi.
Sekarang lebih baik Ayla habiskan duitnya dengan makan sedap-sedap dari habis dikikis keluarganya sendiri. Dula Ayla tak pernah anggap keluarganya kikis duitnya tapi sekarang dah terserlah sikap sebenar layanan mereka pada Ayla jadi memang dia tahu selama ini dia hanya disayangi kerana duit sahaja.
Setelah memesan makanan, Ayla duduk dengan tenang di kedai makan tersebut. Di sebelah mejanya terdapat seorang lelaki berpakaian biasa duduk bersama dengan wanita berpakaian elegan.
“Berapa gaji you sebulan?” tanya wanita itu.
“Tak sampai 2 ribu. Saya kerja kilang je,” jawab lelaki di hadapannya.
“What? You fikir you layak ke dengan I kalau setakat kerja kilang gaji ciput macam tu? Berani you nak kenal dengan I? I ni anak orang kaya tau. Perfume I lagi mahal dari gaji ciput you tu,” ujar wanita itu dengan berlagak.
“Tapi saya boleh bahagiakan awak,” ujar lelaki itu bersahaja.
“You nak bahagiakan I pakai apa? Cinta? Cinta tak boleh buat perut kenyang la. I ni dah biasa dibesarkan dengan kemewahan. I suka travel dan pergi shopping semua. Kalau dengan you, you rasa mampu ke nak tanggung semua hobi I tu?”
“Saya tetap boleh bahagiakan awak. Asalkan awak percaya.”
“Dah, I tak nak buang masa blind date dengan you. Patutnya I tahu you ni bukan standard I kalau ajak blind date kat kedai murah macam ni. Dasar orang miskin tak sedar diri.” Wanita itu terus bangun dan pergi dari situ.
Semua orang melihat dengan perasaan simpati pada lelaki itu. Termasuklah Ayla yang jelas dapat dengar lelaki itu kena reject.
Lelaki itu menghela nafas berat. “Huh! Settle seorang.”
Ayla masih geleng kepala. Wanita itu terlalu berlagak sampai sanggup merendahkan diri orang lain. Tak takut ke kalau lelaki itu nanti balas dendam?
Tiba-tiba lelaki itu menjawab panggilan dengan malas. “Ya, mommy. Ni Dane tengah dating dengan my girlfriend. Mommy jangan risau.”
Ayla mula pasang telinga.
“What? Tak boleh la mommy. Dia tengah busy. Nanti-nanti la Dane bawa dia jumpa mommy.”
Setelah lelaki itu tamatkan panggilannya, Ayla buat-buat tak dengar dan fokus bermain dengan telefonnya sebelum lelaki itu perasan yang dia curi-curi dengar. Tapi bila Ayla mendongak, tiba-tiba lelaki itu duduk di hadapannya.
Ayla pandang lelaki itu dengan hairan.
“Sorry, I tak kenal you tapi boleh tak I nak lamar you jadi calon my wife?”
Ayla terbatuk-batuk dengar lamaran yang tak masuk akal itu secara tiba-tiba.
Lelaki itu ambil minuman yang tak terusik di mejanya tadi lalu berikan pada Ayla.
Setelah minum dengan tenang barulah Ayla boleh menatap wajah lelaki itu semula. “Who are you? Tiba-tiba datang lamar I jadi calon your wife?”
“I boleh bagi you everything, duit? I mampu bagi semua yang perempuan tadi tu nak pada you dengan mudah. Asalkan you sanggup jadi my wife.”
“What?”
“For my mom. Mommy I tengah sakit. I cuba nak buat my mom happy dengan ikut semua kemahuannya.”
“Tapi kenapa you tak jujur je dengan wanita tadi? Kalau you memang berduit?’
“Susah nak explain tapi I memang sengaja pura-pura nampak macam tak berduit demi I boleh cari wanita yang betul-betul ikhlas untuk my mom. And then I tak sangka pula perempuan tu terus reject.”
“So, you sebenarnya orang kaya la juga?”
“Bukan,” jawab lelaki itu.
Makin pening Ayla.
“I hanya cakap, I boleh bagi you apa-apa termasuk duit.”
Ayla hanya angguk saja. Mungkin lelaki itu tidak suka digelar orang kaya hanya kerana dia berduit.
Tiba-tiba Ayla teringat penipuan dia pagi tadi. Dia menipu dengan jiran sekampungnya yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang telah menyentuhnya dan Ayla sendiri cakap lelaki itu orang kaya. Sekarang Ayla betul-betul jumpa dengan lelaki yang boleh menyamar jadi teman lelaki upahannya.
“Okey, petang karang you datang rumah I. I sudi jadi calon your wife tak kira kalau I kena menyamar sekalipun. Dan I pun nak you buat macam tu juga sebab I tak sabar nak balas dendam semua perbuatan my family. Deal?”
“Deal. Kita kahwin. I akan sama-sama balas dendam untuk you. Tapi….I nak you pun bantu I untuk hadap kejamnya dunia ini…” ujar Tengku Zidane Uqayl.
Nota: Selamat berkenalan dengan Tengku Zidane Uqayl!
Share this novel