Bab 2

Romance Series 18558

MENGINGATKAN nota dari lelaki tak guna yang telah meragut kesuciannya itu buat Ayla rasa mahu mengamuk. Ayla melemparkan semua barang-barang yang berada dalam bilik sehingga cermin meja soleknya pecah kerana Ayla rasa begitu jijik melihat wajah sendiri di cermin.

“Kau, memang perempuan jijik, Ayla! Jijik!”

Ayla tak perlu orang lain memandang dirinya dengan hina kerana dia sendiri merasakan dirinya begitu hina. Lagi hina lelaki yang melarikan diri setelah memusnahkan hidupnya.

Impian perkahwinan Ayla bersama lelaki yang dicintai terus terkubur begitu saja. Mana lelaki yang sanggup memperisterikan seorang wanita yang sudah menjadi sisa lelaki lain?

Ayla terus mengamuk hingga dia rasa keletihan dan tertidur di atas lain yang dingin.

Bukan badannya saja keletihan tapi hatinya lebih rasa lelah.

PINTU bilik Ayla terbuka, dengan perlahan seorang gadis manis bermata bulat memasuki bilik Ayla yang bersepah sambil memegang dulang berisi makanan di tangannya.

“Dik, bangun. Dah malam ni. Meh makan. Sehari ni Ayla belum makan pun lagi.” Gadis itu menggoyangkan tubuh Ayla yang masih tertidur atas lantai.

Mata Ayla terbuka setelah badannya digoyang semakin kuat untuk membangunkan dirinya.

“Kakak!” Ayla segera bangun dan bersandar di dinding setelah melihat Balqis. Kepalanya rasa berat dan perutnya mula sakit masuk angin kerana dia belum makan sejak tengah hari tadi.

“Akak ada bawa nasi untuk Ayla. Meh, makan,” ujar Balqis sambil menghulurkan pinggan pada Ayla.

“Ayla kena makan demi mak. Jangan buat mak susah hati lagi.”

Dada Ayla terasa sakit bila Balqis bercakap pasal mak mereka.

“Mak macam mana kak? Tak ada jadi apa-apa kat mak, kan?” tanya Ayla dengan panik.

Saat Anum pengsan tadi, Borhan mengunci Ayla di dalam bilik sehingga malam sampai Ayla tidak tahu bagaimana dengan keadaan maknya.

Balqis tersenyum. “Mak okey je, Ayla jangan risau, ya.” Balqis mahu suapkan makanan ke mulut Ayla bila adiknya masih tidak buka mulut menjamah makanan yang dibawanya.

“Ayla kena la makan sikit. Kalau perut masuk angin nanti macam mana? Ayla nak buat mak risau lagi ke pasal Ayla?”

Air mata Ayla terus mengalir di pipinya. Tak nak buat Anum terus risau, Ayla muka makan sambil menangis.

“Akak percaya Ayla, kan? Ayla takkan sanggup buat kerja terkutuk tu. Ayla sayangkan Abang Fahmi, mak dan abah. Ayla sayangkan keluarga kita. Ayla…Ayla…” Ayla tak sanggup meneruskan katanya kerana hatinya terlalu sakit menerima kenyataan Fahmi sudah meninggalkan dirinya dan kedua orang tuanya telah membencinya.

“Akak…akak yang bawa Ayla pergi birthday party tu. Mesti akak boleh tolong Ayla cari siapa lelaki tu kan?” Mata Ayla menatap Balqis dengan penuh harapan.

Jika lelaki itu ditemukan, Ayla akan meminta lelaki itu bertanggungjawab ke atas dirinya kerana hidupnya sudah musnah gara-gara lelaki itu.

Balqis menggeleng lemah. “Ayla… party tu bukan sikit orang yang datang. Lagipun bukan semua orang yang datang tu kawan akak. Ada yang akak tak kenal pun. Susah kita nak cari siapa pelakunya. Lagi-lagi yang datang party tu semuanya anak-anak orang kaya yang ada kuasa dan duit. Kalau kita jumpa pun, kita takkan boleh buat lelaki itu mengaku.”

Ayla kembali rasa lemah mendengar kata-kata Balqis. Bukti pun sudah tiada kerana seminggu sudah berlalu. Patutnya Ayla pergi buat laporan dan pemeriksaan di hospital untuk menyimpan bukti tapi kerana dia rasa takut akan kehilangan Fahmi, itu yang Ayla hanya berdiam diri. Ayla terus menangis mengenang dirinya yang bodoh.

Balqis segera mendekati Ayla dan memeluk adiknya itu.

“Buat masa ni lebih baik Ayla bertenang dulu.”

“Macam mana Ayla nak bertenang kak?” Ayla melepaskan pelukan Balqis dengan kasar.

“Majlis nikah Ayla dah batal. Abang Fahmi dah tinggalkan Ayla. Mak dengan abah rasa malu dan marah kat Ayla. Semua orang akan ejek dan hina Ayla. Macam mana Ayla nak tenang? Padahal Ayla sendiri tak sedar apa yang jadi kat Ayla, kak! Dan mana akak pergi masa tu? Kenapa akak biarkan Ayla oergi entah ke mana-mana?” Mata Ayla menatap Balqis dengan tajam.

Bukan Ayla ajak Balqis pulang bila dia mula rasa sakit kepala tapi kenapa dia boleh tidur dengan lelaki asing pula?

Dalam hati Ayla mula mencurigai Balqis tapi kemudian dia menggelengkan kepala. ‘Tak mungkin semua ni perbuatan Balqis.’

Wajah Balqis sedikit gugup ketika dia direnung tajam oleh Ayla. “Masa tu perut akak tiba-tiba sakit. Akak suruh Ayla tunggu kat lobi tapi bila akak datang semula, Ayla dah tak ada.”

“Tapi, kak…”

“Akak fikir Ayla dah balik dulu. So, akak pun terus balik. Tapi bila akak sampai kat rumah, tengok Ayla tetap tak ada kat rumah. Akak memang risau masa tu. Puas akak call dan cari Ayla.” Wajah Balqis terlihat sedih. “Ayla bawa bersabar ya. Akak pasti kita boleh cari jalan keluar dari masalah ni.”

Ayla terus menatap tingkah Balqis yang dirasakan agak gugup ketika ini. “Ada orang bawa Ayla ke bilik, tu bukan akak?”

“Bukan…bukan akak.” Laju Balqis jawab.

Ayla bangun dari duduknya lalu dan merenung di luar tingkap melihat sawah yang terbentang luas yang boleh nampak dari rumahnya.

“Akak keluar la. Ayla nak bersendirian.”

“Okey, kalau Ayla nak apa-apa terus cakap dengan akak ya.”

“Hmm…”

Balqis terus keluar dari bilik Ayla.

Ayla pandang pintu biliknya yang baru tertutup dengan perasaan sesuatu. Kenapa hatinya kuat merasakan yang kakaknya menyembunyikan sesuatu daripadanya. Gerak geri Balqis sangat ketara curiga di mata Ayla.

“Ya, Allah. Kenapa nasib aku malang?” Mudah sungguh air mata Ayla mengalir lagi. “Ayla minta maaf mak…abah…” Ayla tak boleh bayangkan apa yang berlaku padanya nanti selepas ini.

Sudah pasti semua orang akan mengejek dan hina dirinya. Di kampung ini, belum lagi ada yang membatalkan majlis pernikahan saat akhir. Ayla adalah orang yang pertama tidak jadi kahwin. Sudah tentu kisah Ayla akan dijaja bukan setakat dalam kampungnya tapi mungkin sampai kampung sebelah.

Ayla ambil telefon pintarnya lalu cuba hubungi Fahmi. Dia masih mahu menjelaskan semuanya kepada lelaki itu. Malangnya nombor telefon Ayla sudah disekat oleh Fahmi.

“Sampai hati abang block Ayla. Bukan Ayla nak minta jadi macam ni? Kenapa abang tak nak bagi peluang dengar penjelasan Ayla?” Sekali lagi Ayla menangis.

“Siapa lelaki tu? Siapa yang dah buat aku hilang tunang aku? Siapa?” bentak Ayla dengan tangisan yang kuat.

Ayla tak dapat satu petunjuk pun jadi macam mana dia nak cari lelaki itu?

Macam mana Ayla nak minta lelaki itu buktikan yang dirinya tak bersalah kalau Ayla tak dapat cari lelaki itu?

Tapi yang buat Ayla rasa curiga, macam mana Fahmi boleh dapat gambar tersebut?

“Aku mesti kena perangkap! Aku yakin ada orang tak nak aku kahwin dengan Abang Fahmi.” Ayla cuba fikir siapa yang pernah tunjuk rasa iri hati dengan hubungannya bersama Fahmi selama ini.

Ayla cuba buka pintu yang tidak dikunci oleh Balqis semula. Ayla yang penat terus berfikir tanpa ada jawapan yang dicari terus keluar berjalan ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

Ayla teringin mahu ke bilik Anum untuk melihat keadaan maknya. Dia risau penyakit asma Anum makin teruk. Ayla sangat rasa bersalah pada orang tuanya. Keluarganya hanyalah keluarga biasa-biasa saja. Tidak kaya tapi juga tidak miskin.

Hal itu yang buatkan Anum berasa bangga kerana Ayla bakal jadi menantu orang kaya dalam kampung mereka.

Ayla memandang dengan sedih melihat bahan-bahan masakan yang dibeli untuk kendurinya nanti kini terbiar saja di dapur. Dia tidak tahu macam mana mahu berhadapan dengan penduduk kampung nanti.

Ayla memang berusaha mahu sembunyikan hal itu dan fikir akan jujur pada Fahmi kemudian tapi dia tidak sangka Fahmi terlebih tahu dan sanggup datang ke rumahnya untuk memalukan dirinya di hadapan semua orang.

Setelah sedar yang dirinya tidak lagi suci, Ayla ikhlas kalau Fahmi batalkan majlis nikah mereka tapi bukan dengan cara yang memalukan seperti ini.

Ayla mahu kembali di bilik setelah tak sanggup melihat suasana sepi dalam rumahnya. Ketika Ayla lalu depan bilik Balqis, dia terdengar kakaknya itu bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

Ayla memasang telinga di balik pintu yang tutup tidak rapat.

“I happy gila you. Finally dia dimalukan depan semua orang. Confirm orang kampung akan hina dia bila tahu dia dah tak virgin.”

Jantung Ayla berdegup kencang. Adakah Balqis sedang berkata tentang dirinya?

Balqis ketawa gembira sebelum bersuara lagi. “Plan kita berjaya, sayang. I yakin tak ada seorang pun nak buat dia jadi isteri. Lepas ni kita boleh kahwin kan, Fahmi?’

Alya mula menggigil setelah dengar nama seseorang meniti di bibir Balqis.

“You tahukan I betul-betul cintakan you. I sanggup buat apa saja asalkan kita boleh bersama. You jangan risau, I lagi pandai dari adik I yang berlagak paling bijak tu. I betul-betul bencikan Ayla!”

Ayla rasa seperti jatuh dalam gaung bila tahu hakikat sebenarnya. Siapa sangka apa yang dia fikir dan tercari-cari sejak akhir-akhirnya ini, semuanya berada di depan mata?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience