DERINGAN telefon memecah kesunyian bilik kecil itu. Adam Ryqal membuka matanya sebelum dia bingkas bangun.
Dia mencapai telefon di atas meja sisi katil bergerak ke kaca jendela gelangsar lalu menyelak sedikit tabir.
"Fail itu sudah sampai ke tangan dia…"
Pesanan itu pendek tapi cukup untuk membetulkan nafasnya yang tidak teratur. Setelah itu, dia terus melangkah ke dapur kecil di sudut apartmennya.
Fail usang dengan tepi koyak-koyak terletak di atas meja. Dikelilingi pula dengan kepingan foto hitam putih, nota bertanda merah dan kertas akhbar lama.
Adam berjalan dahulu ke peti sejuk. Membukanya lalu mengeluarkan botol mineral dan dibawanya ke meja Island. Punggung dilabuhkan atas kerusi bar.
Dia membuka halaman pertama salah- satu fail tertancap nama Emerald Corps yang tercetak tebal di bahagian atas. Nama itu telah menghantuinya selama hampir tiga tahun, sejak hari di mana dia kehilangan segalanya.
Adam Ryqal wartawan jenayah yang menjadi kebanggaan syarikat akhbarnya. Tulisan-tulisannya selalu selalu mendahului polis dalam membongkar jenayah di kota ini.
Tapi segalanya berubah semenjak malam itu…
Malam di mana Sarah, tunangnya di temui mati di apartmen-nya sendiri.
Polis menutup kes itu sebagai bunuh diri. Tapi dia tahu Sarah terlibat dengan sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang berkait rapat dengan Emerald Corps.
Dan setiap kali dia cuba menggali lebih dalam mesti akan ada halangan.
ADAM RYCAL memandang wajah sendiri di kaca tingkap dapurnya. Mata yang dulu penuh keyakinan kini kelihatan letih dengan lingkaran gelap yang tak pernah hilang.
Dia tahu peguam muda itu merupakan satu lagi nama dalam senarai panjang individu yang terjebak dengan korporat terbabit.
Telefon pintarnya bergetar. Satu lagi pesanan dari aplikasi Telegram masuk.
"Dia sedang selidik fail itu. Kita perlu tahu sejauh mana dia tahu."
Adam Rycal spontan mengetap rahang. Sebahagian dirinya ingin membiarkan saja.
Dia menutup fail itu dengan tepukan kecil, menarik nafas panjang. Kemudian dia mencapai jaketnya yang tergantung di dinding.
ADAM RYCAL berada di sebuah lorong gelap yang di kelilingi tembok tinggi yang dipenuhi grafiti.
Suasana dekat situ agak sunyi juga yang telinganya dapat dengar hanyalah bunyi titis air sedang menitis dari paip bocor di sudut jalan.
Dahulu tempat inilah dia seringkali bertemu dengan para pemberi maklumat penjenayah atau informer bahkan pembunuh upahan yang mencari perlindungan dari kebenaran.
Seorang lelaki bertubuh kecil keluar dari bayang-bayang mentari dengan topi yang hampir menutupi matanya.
“Kau lambat,” kata lelaki itu dan suaranya parau seperti selalu.
Adam Rycal atau Adam hanya tersenyum tipis.
“Aku tak pernah lambat, Nas. Kau yang awal,” jawabnya selamba saja menepuk bahu pemuda berwajah samseng tersebut.
Nas melemparkan sebuah pemacu USB ke tangan Adam Rycal.
“Ini semua yang aku dapat tentang fail Tuan Husni. Tapi aku nasihatkan kau berhati-hati. Mereka dah tahu kau masih hidup,” ujar Nas berbaur peringatan.
Adam membeku sejenak. Kata-kata itu, umpama menghidupkan kembali bayangan malam Sarah mati. Malam di mana dia hampir menemui ajalnya sendiri.
Dia menyimpan pemacu itu ke dalam poket jaketnya sambil memandang Nas dengan mata yang tak lagi gentar.
“Kau tak perlu risau tentang aku. Kalau mereka nak aku, aku dah lama bersedia. Jiwa aku dah mati malam sial itu,” jawapan Adam Rycal sememangnya sudah lama Nas menduga.
“Tapi, boleh aku tau apa motif kau guna peguam dari Tetuan Zahir tu? Tak semestinya nama mereka ada dekat dalam fail tu, kau boleh tuduh mereka pun terlibat sama. Boleh jadi Tuan Husni tu client mereka,” tegur Nas yang agak lama menyimpan. Baru kini berkesempatan.
Adam Rycal merenung rakannya itu. Renungan kedua-duanya agak lama sebelum Adam Rycal mendongak semula seraya tersenyum.
“Kau pasti? Tetuan Zahir tu takde kaitan. Sedangkan selama ni, apa saja kes atau kesusahan, mereka dah tentu-tentu akan refer ke Tetuan yang satu ini selepas kejayaan mereka!”
Bidas Adam Rycal. Nas terdiam lantas menunduk seketika.
“Ya, aku tahu tu. Semua orang pun tahu pasal itu. Yang aku persoal ni kenapa dia? Kenapa peguam bernama Nadine Elhara? Banyak lagi peguam mereka ada. Why her as your choose? Do you recognize her?” Nas menyangkal.
Kali ini, giliran
Adam Rycal pula yang terdiam. Sambil pemacu USB ditimang-timang dia mendongak.
“Aku ada alasan sendiri. Biarlah aku saja yang tahu,” sahut Adam, ringkas.
“Atau kerana muka dia mirip arwah? Begitu?” Nas tidak habis-habis menduga kesabaran. Adam masih lagi dengan senyumannya.
“Okay lah, aku rasa kita dah lama sangat dekat area ni. A place like this not so suitable for someone like you even me. Danger was everywhere so, thanks for this. If ada latest news don’t forget me,” dalih Adam ingin pulang sekejap itu juga.
“Bro, sampai bila kau nak berkabung? Dengan muka kau berjambang bagai. Tak terurus langsung dah aku tengok. Press perlukan tulisan kau. Aku rasa kau pun tahu betapa banyak kes syarikat kita sedang handle sekarang. Cip pun tunggu kau lagi dan dia taknak ambil orang lain apatah lagi intern ambil-alih tugas kau, tu. Baliklah sana semula, bro. Pintu bangunan sentiasa terbuka untuk wartawan prolifik Adam Rycal,” pujuk Nas.
“Aku bukannya tak mahu Nas. Aku…”
“Bro, wake up lah. Apa yang berlaku sebenarnya memang bukan salah kau. Dan ternyata memang bukan salah kau pun. Kau sendiri pun nyaris-nyaris kena tembak. Kau lupa? Sepatutnya nilah masanya kau bongkarkan dorang. Sampai bila kau nak begini? Siasat sendiri? Kau tahukan skop kau lagi luas kalau kau masuk ke crime desk semula? Itu pun kalau tu betul-betul nak cari justice for your…”
“Kau cabar aku ke?” Adam menentang tatapan rakannya itu yang dahulunya merupakan anggota polis tetapi dek satu kekhilafan dan ketidakadilan sistem perundangan manusia, dia juga sama saja seperti Adam Rycal.
“Ya, aku memang cabar kau. Bangkit Adam dari lena kau, tu…” Sahut Nas.
“Aku tahu, kau rindukan suasana di sini yang kepoh dengan suara-suara para petugas selain rakan wartawan. Masuklah semula. Cip Zafar masih tunggu kau,” pujuk Nas tanpa jemu.
“Alang-alang kau nak siasat. Better kau masuk semula. Aku dengan yang lain ada je untuk kau. Kami boleh bantu. Kita siasat sama-sama. Aku pun memang tahu ada yang tak kena dalam kes malam arwah Sarah ditembak mati.”
“Dan aku tak rasa kau pilih peguam muda tu untuk balas balik… kan?” Duga Nas lagi. Adam Rycal hanya ukirkan senyuman tipisnya.
“Nadine Elhara. Pendakwaraya prolifik yang tegar memusnahkan ketidakadilan undang-undang kota Indra Megah…”
Share this novel