BAB 3

Crime Series 3843

LAMPU merah biru daripada kenderaan polis memantulkan cahaya samar di sepanjang lorong sempit di tengah kota Indra Megah.

Bau hujan bercampur dengan logam memenuhi udara, mencipta suasana yang suram. Garis kuning "Do Not Cross" mengelilingi kawasan kejadian tetapi Adam berdiri di luar perimeter sambil meneliti.

“Berapa lama kau dah tinggalkan bidang ni, Adam?” Nas bersuara perlahan di sebelahnya, tangannya sibuk mencatat sesuatu di buku nota.

Adam Rycal atau Adam hanya menghela nafas tanpa berpaling. Kamera membidik gambar dari tempat mereka sedang berdiri itu saja.

Biarpun Chief Zafar minta dia jadi ketua wartawan semula sepertimana sebelum kejadian tetapi Adam mahu jadi cameraman dahulu untuk membiasakan diri.

"Dah hampir dua tahun. Tapi macam tak pernah ada yang berubah... bunuh-membunuh masih macam ni,” keluh Adam dengan mata di lensa kamera.

Nas memandangnya.

“Jadi, ini kali pertama kau lapor berita jenayah balik?”
Adam tidak menjawab, pandangannya tertumpu pada tubuh kaku yang dikelilingi pasukan forensik.

Mangsa, seorang lelaki pertengahan usia terbaring dengan tangan diikat ke belakang dan kesan luka tajam di leher. Wajahnya ditutup tetapi tangan mangsa yang menggenggam sesuatu menarik perhatian Adam Rycal.

“Nas,” Adam bersuara, nadanya lebih serius.

“Apa yang dia pegang?”
Nas menjenguk dari jauh, tetapi menggeleng.

“Tak pasti. Kertas kut? Apa pun, aku tak fikir polis akan beritahu kita,” jawab Nas sudah lali dengan penemuan seperti itu.

Adam mengetap rahang, perasaan ingin tahu semakin kuat.

“Kalau itu nota, kenapa tangan dia masih mengenggamnya? Kau rasa benda ni ada kaitan dengan pembunuhan lain sebelum ni?”

Belum sempat Nas membalas, suara tegas yang mereka kenali memecah suasana.

“Adam Ryqal. Kau dah mula balik, kan?”
Mereka berpaling serentak. ASP Fakree berdiri tidak jauh, wajah seriusnya itu cuba tersenyum.

Di sebelahnya, seorang lelaki memakai kot putih dengan sarung tangan lateks sedang memeriksa mayat.

“Fakree,” sapa Adam, sedikit sinis.

“Lama tak jumpa. Aku cuma nak tahu kenapa tangan mangsa tu macam…”

“Kau tahu, aku tak boleh jawab soalan wartawan sekarang.” Asp Fakree memotong.

“Tunggu kenyataan rasmi.”

“Tapi, Fakree…kita bukannya baru kenal. Kau tahu kami tak akan ganggu siasatan kalau tahu sedikit,” cantas Nas pula bersama pen dan halaman kosong di tangan. Bersedia untuk mencatit.

Sebelum Asp Fakree sempat menjawab, lelaki berkot putih itu bersuara, tanpa menoleh.

“Kalau nak tahu, tangan mangsa sedang dalam posisi rigor mortis. Tapi sebab dia masih menggenggam objek, aku rasa mangsa sempat pertahankan diri atau mencatat sesuatu sebelum kematian.”

Adam menyempitkan mata.

“Jadi objek itu penting?”

“Penting untuk kami, bukan untuk kau,” jawab Asp Fakree membalas nadanya mengendur sedikit.

“Dr. Malik, ada apa-apa lagi yang boleh kau kongsi?”

Dr. Malik berdiri sambil membuka sarung tangannya dengan bunyi ‘snap’.

“Luka di leher adalah clean cut mungkin menggunakan blade yang sangat tajam. Berdasarkan corak pendarahan dan bevel di tisu epidermis, saya boleh katakan ia dilakukan dengan precise pressure, mungkin oleh seseorang yang berpengalaman.”

“Pembunuh upahan?” Nas bertanya dengan cepat.
Malik mengangkat bahu.

“Tak mustahil. Tapi saya perlukan autopsi penuh untuk pastikan.”

Dia menunjuk ke arah tangan mangsa.

“Dan untuk benda yang dia genggam itu, aku syak ada residu kertas bercampur dengan cap jarinya. Mungkin penting,” jawab pakar patologi itu lagi.

Asp Fakree mengangguk. Dia memahami.

“Terima kasih, Malik. Aku akan serahkan objek itu kepada forensik,” sahut Asp Fakree. Dia memandang Adam dan Nas dengan pandangan tajam.

“Dan kau berdua, jangan cuba buat spekulasi liar,” pesannya. Benar-benar menegaskan.
Adam Rycal menyeringai kecil. Nas juga.

“Spekulasi adalah permulaan kepada kebenaran, Fakree.”

“Tapi kebenaran ada harga dan aku tak mahu orang lain mati sebelum kita tahu apa sebenarnya yang berlaku,” selar Asp Fakree menjeling, sebelum berpaling kepada Dr Malik.
“Jadi, masa kematian?”

Tanya Asp Fakree semula sebelum dia bangun dan bergerak ke perimeter lain pula.

Dr Malik memandang jam di pergelangan tangannya.
“Berdasarkan suhu tubuh, livor mortis dan pembekuan darah, aku boleh kata sekitar enam hingga tujuh jam lepas. Tapi aku akan beri kau laporan penuh esok,” terang si pakar forensik itu seraya mendongak dan menatap wajah ketiganya.

“Baik,” jawab Asp Fakree menghela nafas dan bangun.

“Terima kasih, Malik. Hantar semua sampel ke makmal forensik. Aku nak keputusan secepat mungkin.”

Sebelum pegawai polis muda itu pergi, dia berpaling semula kepada Adam Rycal dan juga Nas.

“Jangan keluarkan sebarang spekulasi. Tunggu saja nanti kenyataan rasmi pihak aku.”

Adam dan juga Nas mengangguk bagi menyedapkan hati pegawai berpangkat ASP itu.

“Kita tunggu sajalah. Tapi kau pun kenalkan siapa mayat ni,” sahut suara perlahan Nas.

Adam berpaling padanya lalu memandang semula wajah mangsa dalam sebelum dilitupi beg mayat.

“Dia dahulunya merupakan orang kanan, Emerald kan? Last yang aku tahu, dia pernah cuba bongkarkan kes pemutihan wang tu kan? Before arwah tunang aku mati?” Tebak Adam dengan menatap tepat dan dalam anak mata rakan sejawat.

“Ya, kau tak rasa pelik ke? Jadi macam sekarang ni tiba-tiba?” Nas menyoal.

“Takpe, kita tunggu saja statement polis nanti. Aku nak cakap lebih-lebih pun nanti takut jadi lain pula. Aku dahlah baru saja nak bertugas ni,” sahut Adam walau jiwanya juga memberontak.

“Ada pergelutan. Ini bermakna memang ada yang tak kena. Weh, Dr Malik. Cuba korek sikit kut-kut dapat another info about the corpse,” desak Nas membuatkan Adam Rycal di sebelah, mendesit.

“Dr Malik, kalau tak keberatan boleh ke kami tanya lagi beberapa info. Close record pun,” tegur Adam sekadar mencuba nasib.

“Hmm… boleh tapi saya tak boleh berlama sangat. Nak tanya tentang apa? Mayat tu?” Dr Malik seperti sudah mengetahui. Kedua-dua wartawan meja jenayah itu mengangguk.

“Apa yang boleh saya katakan kesimpulannya. Memang ada berlaku pergelutan. Tiada penembakan mahupun serangan lain. Masa kematian seperti saya katakan tadi. Barang bukti pun tak banyak dapat kami temui terutamanya blade. Mungkin pembunuh tu dah bawa sekali. Tapi apa-apa pun tunggu saja keputusan makmal. Okay lah I got to go. By the way, selamat bertugas kembali Adam. Saya juga bersimpati atas apa yang dah berlaku. Awak banyak-banyakkan berdoa agar roh arwah dicucuri rahmat,” ujar Dr Malik seraya menepuk-nepuk bahu terangguk-angguk, Adam Rycal sambil diperhatikan oleh Nas.

Dari jauh, sebelum menaiki Range Rover. Asp Fakree menatap lama ke arah dua orang wartawan panas crime desk itu khasnya pada kemunculan semula Adam Rycal.

‘Huh, seperti aku jangka. Kau takkan lama nak berkurung. Rycal, kau kena ingat Kota Indra Megah tetap ada undang-undangnya.’ Gerutu Asp Fakree dan menaiki Range Rover polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience