GERIMIS mencurah memukul kaca dinding ceiling to the floor di tingkat tiga puluh Emerald Tower.
Kilatan cahaya petir sesekali menerangi ruang mesyuarat yang suram, memantulkan bayang-bayang kelam di sepanjang dinding.
Kini, Nadine Elhara berdiri di hadapan pintu besar kayu mahogany itu. Dia menarik nafas dalam-dalam mengusir keraguan yang mengintai di sudut fikirannya.
Dia tahu, siapa yang menantinya di dalam. Husni Rahmat atau Tuan Husni pengerusi Emerald Corps.
Lelaki yang tidak pernah kalah dalam mana-mana pertempuran. Sama ada di mahkamah atau dalam bilik mesyuarat.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pertama.
Hening.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan kedua juga masih hening.
Tok! Tok! Tok! Tok! Sambil mendengus kasar kelelahan menanti.
“Masuk!”
Barulah ada suara beraura seorang diktator menjawab dari balik pintu.
Nadine Elhara atau lebih di kenali sebagai Nadine, membuka pintu itu dengan satu gerakan tegas.
Terbuka saja pintu. Mata Nadine dihadiahkan dengan susuk tubuh, Tuan Husni yang sedang duduk di belakang meja kaca besar. Penampilannya seperti seorang raja moden yang memerintah dari takhta.
Rambut keperangannya disisir rapi dan senyuman nipis di wajahnya cukup untuk memberitahu Nadine, bahawa ini bukan pertemuan biasa.
“Nadine Elhara.”
Nama itu meluncur dari bibirnya bagaikan dirinya itu, benar-benar menyambut kedatangan peguam muda tetapi berkaliber itu.
“Akhirnya kita bertemu. Saya sudah lama menunggu pertemuan kita yang ini,” tambah Tuan Husni. Kekalkan nada tenang dalam irama.
“Tuan Husni,” Nadine juga membalas dengan senyuman kecil.
“Have a sit, please…” Pelawa Tuan Husni sebelum dia menunduk pada interkom.
“Make me two cups of coffee!” Arahnya pada gadis pembancuh kopi.
“Terima kasih. Tapi saya tak rasa tujuan saya hadir di sini untuk minum kopi. Tapi…” Jelas Nadine seraya membuka briefcase dan membawa keluar fail tertera dakwat hitam Marker Pen. Emerald Corps.
Tuan Husni tetap tersenyum sambil mengangkat kening. Anak matanya tertuju pada fail tertera nama syarikat gahnya itu, tanpa ingin menyentuhnya walau Nadine sudah menolaknya.
“Saya rasa fail ini tidak datang dari sumber rasmi kami.” Suaranya lembut tetapi beracun.
“Jadi kenapa seorang peguam seperti awak Cik Nadine, begitu berminat dengan akaun Emerald Corps?”
Nadine tidak mengelak pandangannya. Dia tahu ini adalah permainan psikologi dan dia tidak boleh kalah.
“Kerana salah satu transaksi ini terkait dengan klien yang sedang saya wakili dalam kes jenayah. Jika ada sesuatu yang tuan tahu, ini masa yang sesuai untuk berkongsi sebelum perkara ini sampai ke pihak berkuasa.”
Tuan Husni tersenyum sinis, akhirnya dia mencapai fail itu. Dia membuka helaian pertama. Bebola matanya meluncur dengan laju dalam membaca statement bertaip Times New Roman itu, baris demi baris. Jemarinya sedikit mengetap kertas itu.
“Dan jika saya katakan ini semua salah faham?” Selar Tuan Husni lantas mendongak.
“Kalau begitu, kita buktikan di mahkamah.” Nadine juga tidak berganjak, nadanya sama dingin.
Tuan Husni menutup fail itu dengan perlahan. Bunyi kertas yang dilipat mengisi ruang sepi kubikel.
Dan tubuhnya itu Tuan Husni sandarkan semula. Senyuman di bibirnya masih lagi terukir cuma semakin tipis.
“Awak tahu, Nadine,” katanya sambil memusing-musingkan kerusi. Jemari kiri dan kanan saling tersulam di paha.
“Dunia ini berputar bukan kerana kebenaran. Ia berputar kerana kuasa. Dan saya nasihatkan awak, jangan jadi orang yang cuba melawan arus. Saya yakin, awak tidak akan menang.” Ungkapnya. Pedas.
“Kuasa atau tidak, kebenaran tetap akan terungkap jika kita pandai mencari titik kelemahannya,” jawab Nadine dengan ketegasan yang memecah suasana muram di bilik itu.
“Dan jika arus ini membawa saya ke dasar sekalipun, sekurang-kurangnya saya tahu saya berada di pihak yang betul.”
Sebelum Tuan Husni sempat membalas, pintu diketuk. Seorang lelaki masuk, berbisik sesuatu di telinganya. Tuan Husni mengerutkan dahi. Roman wajahnya semerta menjadi lebih serius. Itu yang peguam muda itu, perasan.
“Pertemuan kita tamat di sini,” katanya, bangkit dari kerusinya.
“Saya akan menyemak perkara ini dan memberi maklum balas,” tambah dia lagi pada peguam yang terpinga-pinga itu.
“Tuan, kopinya…” Masuk pula pembancuh kopi tanpa perlu diketuk.
“Ya, letak saja. I need got to go. Er… have a coffee, first Miss Nadine Elhara,” ucap Tuan Husni setelah mengenakan kot hitam dan mencapai briefcase.
“Jemput minum, Puan…” Pelawa si pembancuh kopi sambil meletakkan dua mug di atas meja dan mengangguk pergi.
“Cik…”
“Oh…maafkan saya,” ujar si pembancuh kopi itu sambil terangguk-angguk. Nadine mengangkat mug untuk minum kopi. Dia tidak suka membazir.
Matanya liar bukan sahaja pada dinding kaca yang memaparkan tiga menara berkembar Kota Indra Megah tetapi ke barisan bingkai-bingkai gambar yang ada di dinding.
Nadine bangkit setelah minum seraya mengangkat briefcase miliknya. Sebelum melangkah keluar, dia memandang ke arah dinding sekali lagi.
Seperti ada sesuatu yang sudah menarik perhatian. Tombol tidak jadi dipulas. Dia mengundur sedikit dan bergerak ke tepi kabinet.
“Rapat sungguh,” ungkapnya dengan jari meraba permukaan cermin bingkai gambar bersaiz A4 itu.
“Boleh dikatakan semua gambar-gambar yang ada dekat sini. Tuan Husni seringkali bergambar dengan menteri-menteri. Well, patutlah dia dengan begitu mudah mendapat akses,” sindir Nadine Elhara bersama senyum sengetnya.
“But Tuan. Salah tetap salah walau mahkamah dunia sekalipun,” ujarnya dan melangkah semula ke pintu.
‘Aku tahu tak mudah nak lawan. Dia pasti akan cari peguam bela terhandal untuk lawan aku…’
“Hmm…siapa pula yang sent WhatApps pada aku ni?” Soal Nadine seraya menarik keluar telefon pintar dari dalam skirt seragamnya.
“Aku harap kau jangan terperanjat. Buat masa ini, aku rasa kau tak perlu tahu siapa aku. Tapi aku percaya kau boleh bantu aku untuk selesaikan komplot tersebut. Pasti kau dah dapat fail itu, kan?” bacanya di temani kerutan kening.
“Aku perlu tahu siapa kau? Dari mana kau tahu nombor personal aku ni? Fail apa yang kau maksudkan?” Ujar Nadine membalas.
Dia bukan perempuan yang dengan senang hati berkomunikasi dengan seseorang yang dia langsung tidak kenali.
Tidak sempat dia masukkan semula telefon pintar ke dalam poket. Sudah ada notifikasi baru yang masuk.
“Siapa yang tidak kenal dengan Tetuan Zahir and Co. Firma hebat yang selalu sahaja menang kes. Ini termasuklah kes baru-baru ini. Dan kau pendakwaraya yang membuat pertuduhan tersebutkan? Tapi pernah tak kau terfikir akan siapakah orang yang kau berikan kemenangan tanpa infiniti itu?”
Selesai membaca. Nadine langsung terdongak. Kelopak mata semakin sepet. Dia tengah berfikir relevant petikan mesej itu.
“Wait, apa maksud kau? Siapa kau sebenarnya? Bagaimana nak deal dengan stranger?” Balas Nadine dalam mesejnya.
“Kes baru-baru ini? Setahu aku ada dua. Tapi kes Emerald. Corps inilah yang viralnya. Apakah syarikat aku tengah berada sekarang ini yang pengirim mesej ini, maksudkan?” Nadine menyoal. Dia masih lagi belum-belum keluar dari kamar pengerusi.
Nadine menoleh semula ke arah dinding. Dia berjalan semula. Dia dapat merasakan mesej anonymous yang dia terima baru kejap tadi bagai terkait sesuatu.
Tajam tancapan mata memerhati setiap gambar. Herot sedikit bibir bergincu pink-nya dalam meneliti setiap figura yang berdiri dalam gambar di hadapan dia ini.
“Tak balas pula?” Soalnya seraya menatap skrin sesentuh.
Tit… Tit…
Tapak tangan yang memegang benda pipih itu dipusing semula. Ternyata benar nombor asing tadi membalas.
“Baiklah. Aku mengerti apa yang kau maksudkan. Malam ni kau free? Aku akan buat Face time. Aku harap kau boleh bantu aku untuk selesaikan kes aku ini. Kerana firma kau terbabit sama. Aku rasa kau tentu pernah dengar nama ini kan? Sarah. Sarah Hazwanee Ersha?”
Share this novel