SIE#01

Romance Series 1708

"ELLY nak ke mana tu?" soal Puan Noryn di muka pintu.

Ulah anak daranya yang sedang menyarung sepatu itu diperhati. Kelam-kabut jari-jemari Elly mengikat tali sepatu kegemarannya.

"Keluar… duduk dalam rumah lama-lama pun buat apa? Panas!" Elly menjawab tanpa memandang wajah Puan Noryn.

Sepanas-panas hatinya itu, langsung tidak lupa untuk dia menyalami tangan syurganya dan mengucupnya penuh kasih sebelum berangkat keluar.

"Hai, rumah ni macam takde aircond pulak, ye. Cuaca yang panas atau… hati kau tu yang panas?"

Sekilas suara Alma menerpa gegendang telinga Elly. Raut wajah kakak kandungnya itu amat benci untuk dia tatap. Langkah dipercepat lantas tangannya membuka pintu kereta. Tubuhnya dihenyak di kerusi dengan 1001 rasa yang menyerbu dada. Kenapa takdirnya amat perit untuk dia terima?

Alma menggeletis di muka pintu dengan lambaian ala Miss Universe nya. Suka dia bila dapat menyakitkan hati Elly. Puan Noryn sekadar menggeleng perlahan. Mereka berdua lahir dari rahim yang sama. Tapi sikap kedua-dua anak gadisnya amat jauh berbeza. Seperti langit dan bumi. Seorang Alma yang tidak suka mengalah; dan seketul Elly yang sangat keras kepala namun berhati lembut.

***

"Kenapa, Eryk? Kenapa buat Elly macam ni?"

Pukulan demi pukulan hinggap di dada Eryk Razeen yang terpunduk membisu. Lelaki itu tidak berani menatap wajah Elly yang lencun oleh air mata angkara perbuatannya. Semakin geram Elly dengan kebisuan Eryk. Lima tahun adalah satu jangka masa yang amat lama bagi mereka dalam melayari taman cinta yang kononnya lahir dari hati yang suci.

Terlalu banyak ujian dan cabaran yang mereka tempuhi dalam meladeni cinta suci mereka. Tetapi cinta itu hancur dan lebur menjadi debuan sehingga tiada apa lagi yang tersisa.

"Baiklah… kalau itu keputusan Eryk. Tiada upaya Elly untuk menghalangnya. Semoga Eryk bahagia."

"Elly! Walau apapun yang terjadi, Eryk tetap cintakan Elly!" laung Eryk di kejauhan. Bayang-bayang jasad Eryk lenyap tatkala kewarasan memintal hati.

Kelat senyuman yang Elly ukirkan. Walau dua bulan berlalu, Elly tetap tidak dapat menerima takdir itu. Takdir yang menjadikan dia siapa Elly pada hari ini.

'Hesy! Lagu ni pun. Masa ni lah dia nak mainkan lagu sedih,' gerutu Elly dalam hati.

Lagu "Tiada Lagi Setiamu" dendangan Izz Rayyan yang semakin meningkat baik di persada seni suara itu bikin hatinya berdarah semula.

Jari-jari halusnya galak menekan-nekan punat stesen radio yang berkenan di hati. Sesekali matanya turut melirik ke punat-punat yang tersusun di dashboard keretanya. Lagu-lagu dari stesen radio lokal bertukar silih berganti. Namun tiada satupun yang ‘kena’ pada telinganya.

Pon!

Kedengaran nada hon yang panjang secara tiba-tiba. Bunyi nyaring itu tentu saja buat Elly panik.

"Eh! Eh! Arghhh!"

Jeritan Elly bergema di dalam kereta Toyota Yaris itu. Mujurlah dia sempat menekan brek kereta dan tersadai di pinggir jalan. Tercungap-cungap nafasnya kerana terkejut. Liang roma mula merembeskan peluh. Tangan dan kaki Elly menggigil hebat. Dia tidak dapat berfikir apa-apa pada waktu itu.

Tok!
Tok!

Elly mengurut dadanya kerana terkejut. Seraut wajah lelaki yang tidak dia kenali menempel di cermin kereta. Elly teragak-agak untuk menurunkan cermin keretanya. Tambahan pula wajah lelaki itu masam mencuka.

"Bukalah!" arah lelaki tersebut dengan kuat.

Elly memberi isyarat lantas cermin keretanya diturunkan sedikit. Cukup sehingga mata mereka sahaja bertentangan. Jejaka itu terkedu seketika dengan alis lebat milik gadis itu. Anak matanya turun ke pipi gadis itu yang kelihatan basah. Beberapa detik kemudian barulah dia tersedar akan tujuannya menemui gadis itu.

"Hei, macam mana awak drive ni? Awak main handphone, ye?"

Mendidih darah Elly dengan tuduhan melulu yang keluar dari bibir nipis itu.

"Awak cakap baik-baik sikit, eh? Awak tu yang bawak motor laju sangat nak salahkan saya pulak!" Tanpa berlapik Elly membalas.

"Saya yang bawak motor laju? Hei, awak tu yang drive masuk jalan saya. Apa cerita?" balas lelaki itu kembali. Tangan kanannya ditekup pada sikunya di sebelah kiri.

Impak dari kemalangan itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan pada siku kirinya. Seluar jeans di bahagian lututnya juga terkoyak lalu mendedahkan kulitnya yang dibasahi darah.

"Ah! Mengarut! Saya betul, awak tu yang salah. Bukan awak tak tau woman is always right?" Terlongo lelaki di depannya mendengar hujah tidak masuk akal itu. Muka saja cantik, tapi akal pendek.

'Apa kau merepek ni, Elly? Ah, lantaklah!"

"Awak keluar dari kereta tu sekejap. Cuba tengok sekeliling awak ni. Tengok keadaan saya. Jangan cakap main sedap mulut aje."

Lambat-lambat Elly membuka pintu kereta. Dilihat motorsikal berkuasa besar Kawasaki Ninja itu tersadai di tepi jalan sama dengan keretanya. Bezanya motorsikal itu agak teruk kerosakannya. Manakala keretanya pula hanya ada sedikit calar yang tidak berapa dalam.

Lensa matanya jatuh kepada siku kiri milik lelaki itu. Darah! Lutut lelaki itu juga berdarah. Jangan pengsan Elly. Sila jangan pengsan. Gadis spesis Elly memang takutkan darah. Dia pernah pengsan bila menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang dahsyat suatu ketika dahulu. Dan jangan ditanya keadaannya semasa datang bulan. Hanya Elly sahaja yang tahu.

"Awak tak nak bawak saya pergi klinik ke?"

Suara lelaki itu mengembalikan Elly ke alam nyata. Anehnya suara itu seperti pernah dia dengari sebelum ini. Dia mengangguk lantas mengiringi lelaki itu ke bahagian tempat duduk penumpang.

"Tolong ambilkan barang saya dulu."

Elly meluru ke arah motorsikal itu lantas menyambar beg galas hitam yang dipalit kesan tanah. Langkah diatur ke keretanya semula. Sejurus kakinya melangkah, Izz baru saja selesai membuat satu panggilan entah kepada siapa. Suasana sunyi dan sepi tanpa sebarang perbualan. Sekali lagi lagu ‘Tiada Lagi Setiamu’ ke udara.

"Tak ada lagu lain ke? Asyik lagu ni aje." Elly mengomel sendiri dengan hati sebal.

Lelaki di sebelahnya hanya membatu dengan muka masam. Dikerling sisi Elly yang hemat memandu. Dapat ditebak isi hati gadis itu mungkin sedang dilanda ribut. Dari tadi melenting tak tentu pasal. Tak pun sedang datang bulan. Lelaki itu tersenyum sendiri.

"Ada yang lucu ke? Atau ada kotoran kat muka saya? " Seperti peluru Elly menyoal.

"Errr… tak." Izz menggaru kepala yang tidak gatal.

"Habis tu kalau bukan sebab lucu kenapa? Gila?"

Agak kasar pertanyaan Elly seterusnya. Siapa pun boleh hilang sabar dibuatnya. Silap haribulan sedas dua penumbuk hinggap ke muka secara percuma.

"Saya pelik, kenapa awak tak suka sangat dengan lagu tu? Sedangkan lagu tu termasuk dalam ttop chart kat semua stesen radio."

"Lagu klise. Pasal setia, pasal kecewa. Langsung tak berkualiti. Lagu macam tu awak cakap dapat top carta? Huh!" Elly tayang muka meluat.

"Tapi lagu macam tu yang peminat suka dengar," jawab lelaki itu dengan sengihan.

"Peminat pun tone deaf gamaknya. Banyak lagi lagu lain yang sedap didengar." Elly tetap dengan pendiriannya.

"Ye la, awak. Woman is always right, kan?" Izz malas untuk bertekak. Nampaknya gadis asing itu sejenis kepala angin.

Elly menjeling geram. Bibir digertap tanda protes. ‘Tak pasal-pasal aku turunkan dia ni kat tepi jalan ni karang.’

Setengah jam kemudian mereka akhirnya tiba di sebuah klinik setelah melalui jalan raya yang agak sesak. Elly serba salah untuk menemani lelaki itu. Dengan terdengkot-dengkot, lelaki yang tidak diketahui namanya itu mendaftar di kaunter. Saat kad pengenalan lelaki itu berada di tangan pembantu klinik, wajah gadis itu kelihatan teruja.

Elly geleng kepala. Mudah betul gadis-gadis sekarang ni terpikat kepada lelaki yang berwajah kacak tanpa tahu asal-usulnya. Tanpa disedari dirinya diperhatikan dan menjadi buah mulut pembantu klinik tersebut dengan rakan-rakannya.

Elly memerhati saja langkah perlahan lelaki tersebut yang menghilang di sebalik pintu. Setelah 20 minit berjumpa doktor lelaki tersebut keluar. Siku dan lututnya kini berbalut rapi. Entah kenapa hati Elly sekeras batu. Sudah terang lagi bersuluh kemalangan itu berpunca daripadanya. Tetap juga dia mahu menegakkan benang yang basah.

"Terima kasih," ucap lelaki itu apabila mengambil ubat.

"Err… bang. Boleh tak kami nak bergambar dengan abang?"

"Haa… boleh, boleh."

Ketikan kamera telefon pintar berbunyi berkali-kali. Semakin hairan Elly dibuatnya. Apalah istimewanya lelaki itu sehingga pembantu klinik tersebut beriya-iya mahu bergambar bersama.

Elly dilanda resah dan gelisah. Jam di tangan sudah beribu kali dikerling. Semakin menjadi-jadi pula gadis-gadis itu merakam gambar bersama lelaki misteri tersebut.

"Ehem! Saya balik dululah. Bergambarlah sampai esok, ye." Elly angkat punggung dan menuju ke pintu keluar.

"Tunggu. Amboi, amboi, amboi. Sedap-sedap awak langgar orang, lepas tu awak nak lari macam tu aje?"

Elly mendongak. Dalam situasi itu barulah dia dapat melihat dengan jelas lekuk wajah lelaki berkenaan. Patutlah gadis-gadis itu kesmaran, cukup sempurna makhluk ciptaan Tuhan di depannya itu. Berdada bidang dan tinggi. Hitam manis pula kulitnya. Bibirnya seakan-akan tersenyum walaupun dalam keadaan sakit. Lubuk hati Elly mula berperang dengan indera pandangnya.

"Awak nak saya buat apa? Buat report? Okey, takde masalah. Saya pergi balai sekarang."

"Buat report tu satu hal. Takkanlah awak nak tinggal saya macam ni je. Motorsikal kesayangan saya tu apa cerita? Teruk jugak tu kerosakannya."

Elly putar bola mata. Fine!

"Okeylah, claim aje kerugian awak pada saya. Settle."

"Belum settle lagi, cik adik. Bak sini handphone awak."

"Awak nak buat apa?" tanya Elly takut-takut.

"Sinilah!" Lelaki itu merampas telefon pintar di tangan Elly. Dia menyimpan nombor telefonnya di senarai kenalan Elly lalu cuba mendail nombornya sendiri.

"Okey, siap."

Elly memeriksa telefon pintar miliknya dengan seribu tanda tanya.

"Nanti saya akan call awak pasal motor saya tu."

Elly sekadar mengangguk. Malas dia mahu panjangkan cerita.

"Takpe… awak baliklah. Kejap lagi kawan saya datang," ucapnya kepada Elly bila melihat Elly kebingungan.

Elly masuk ke dalam kereta. Wajahnya diraup berkali-kali. Dia terlalu penat dengan hidupnya. Mahu saja dia lenyap dari semua manusia yang dia benci. Namun ada sesuatu yang harus dia bereskan di balai. Selesai membuat report dan mengambil keterangan Elly duduk termenung di depan stereng dengan enjin kereta yang baru dihidupkan.

'Mana aku nak pergi ni?’ Hati Elly kembali diserbu pilu.

Dalam kecamuk jiwa dan hati yang libang-libu Elly menjerit di dalam keretanya.

"Argh! Lagu ni lagi!"

Ada yang nak bab dua tak?

Share this novel

DHIA AMIRA
2025-01-07 21:41:37 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience