Series
2881
"Uminya mana?" soal ayah Zhafri kepadanya. Belum sempat dia jawab, uminya datang dari dapur membawa air pula.
"Yang, awak masak ke? Kenapa tak suruh Utti je" soal ayah Zhafri kepada ibunya. Siapa pulak Utti ni? Aku tak nampak pula orang lain pun dalam rumah ni selain Zhafri dan uminya.
"Ohh biar la, saya nak masak special untuk Hayra hari ni. First time dia bawak kawan perempuan datang rumah tau Hayra. Dah besaar dah anak umi" kata uminya lagi. Aku pun beralih pandangan ke arah Zhafri yang duduk di sisiku. Lah tersipu malu pulak dia kat sini. Aku senyum aje lah memandangnya sebab rasa kelakar pula reaksi dia bila uminya kata begitu.
Ayah Zhafri mengetuai bacaan doa makan dan baru lah mereka mula makan. Aku pun tunggu aje umi Zhafri mengambil lauk rebung. Nampak menyelerakan sungguh rebung tu.
"Hayra study lagi ke? Ke dah kerja?" soal ayah Zhafri kepadaku. Aku pun terus beralih pandangan dari rebung kepada ayahnya. Teruk betul aku ni ya.
"Ohh takde lah, saya dah kerja dah uncle, saya kerja freelance translator je.." jawabku kepada ayahnya sambil aku senyum sekali. Ayah Zhafri mengangguk faham aje memandangku. Tiba-tiba Zhafri cedokkan lauk rebung ke dalam pingganku. Alamak malunya aku... dah la depan mak ayah dia pulak tu. Aduhai..
"Terima kasih" ucapku dalam nada perlahan aje kepada Zhafri, kemudian dia senyum memandangku. Aduhh mula dah jantung aku berdebar balik. Baik sangat dia layan aku, entah apa benda la yang dia pandang kat aku pun aku tak tahu la. Melainkan kalau dia memang sengaja nak tunjuk manis di depan mak dan ayahnya.
"Hayra duduk dengan family ke duduk dengan kawan-kawan kat rumah?" soal umi Zhafri pula. Aku senyum dulu sebelum aku jawab soalannya.
"Oh.. Saya duduk dengan family, tapi dengan adik-beradik je.. Saya dah tak ada parents since kecik lagi" jawabku tenang. Wajah mereka macam terkejut dan tak percaya pula. Tapi apa yang aku beritahu tu memang perkara sebenar. Ibu meninggal masa aku umur lima tahun, abah pula meninggal masa aku berumur 15 tahun. Abang-abang aku la yang jaga aku sejak daripada tu.
"Oh yeke.... maaf ya Hayra, aunty tak tahu.." balas umi Zhafri dalam nada sebersalah.
"Eh takpe aunty, tak ada apa pun..." aku bagi senyuman lagi.
"Hayra, uncle nak tanya, Hayra sudi ke nak terima anak bongsu uncle ni?" soal ayah Zhafri. Alamak, aku beralih pandangan ke arah Zhafri. Dia tak pandang aku pula. Aduhai soalan apa ni? Entah apa la yang dia beritahu pasal aku kat umi dengan ayah dia ni?
"Terima untuk apa?" soalku mahukan kepastian.
"Yelah.. untuk jadi suami. Zhafri ni jarang cerita pasal perempuan kat uncle dengan aunty, so bila dia cerita tu.... boleh tahu lah perasaan dia macam mana. Kalau Hayra setuju... nanti uncle boleh bawak rombongan meminang" jawab ayahnya pula. Aduhai...... laju jantung aku berdegup. Rasa macam nak lari aje dari sini. Memang aku kena buat keputusan sekarang jugak ke? Ada dalam seminit juga aku diam, tak tahu nak respon apa.
"Ish awak ni, kan kita tengah makan ni. Takpe Hayra tu fikir kemudian okay? Sekarang Hayra makan dulu kenyang-kenyang tau tak payah malu-malu"
Fuh, nasih baik juga umi Zhafri yang back up aku. Aku tak tahu dah nak respon macam mana tadi. Aku tak terfikir pula yang pertemuan aku dengan Zhafri ni boleh bawa sampai ke pernikahan.
Selesai aje makan, mereka ajak bersembang di ruang tamu pula. Aduhai... rasa macam nak balik rumah.
"Awak... saya mintak maaf tau. Tak expect pulak ayah nak tanya soalan macam tu" kata Zhafri dalam nada perlahan.
"Takpe.. saya faham" balasku ringkas. Ketika ini juga ayah dan umi Zhafri duduk di sofa yang berada di arah bertentangan. Zhafri duduk di sofa yang sama denganku tapi agak jauh la jaraknya.
"Nanti kalau Hayra free, datang je rumah ni. Sentiasa terbuka untuk Hayra. Mana tahu lepas ni Hayra jadi menantu aunty" kata umi Zhafri. Aku senyum tersipu malu aje la. Baik sangat umi Zhafri ni, seronoknya kalau aku ada seorang mak sekarang.. aku membesar pun dengan orang lelaki aje di sekeliling.
"Hayra balik ni Zhafri hantar ya? Bahaya la malam-malam ni" pesan ayah Zhafri.
"Takpe uncle, kejap lagi abang saya datang. Dia kata dah on the way" balasku. Ya Allah penat pula rasa pipi aku ni, asyik senyum aje sambil aku cakap. Tak senyum pun aku risau juga.
"Ala Hayra nak balik dah?" soal umi Zhafri. Aku mengangguk aje tanda mengiyakan soalannya.
"Kejap eh aunty nak naik atas jap. Hayra jangan balik lagi tau" pesan uminya lagi.
"Hayra, kalau Zhafri ni buat perangai tak layan Hayra elok-elok, nanti Hayra datang je bagitau uncle. Biar uncle sekolahkan dia sikit" pesan ayah Zhafri pula. Tergelak aku mendengarnya, lagi pula dengan wajah ayahnya yang bukan Melayu ni kata nak sekolahkan anaknya.
"Ayah... adik bukan macam tu lahhh" omel Zhafri kepada ayahnya pula. Mengekek lagi la aku ketawakan dia. Ketika ini juga aku dapat pesanan dari Haziq yang dia sudah berada di depan rumah Zhafri.
"Eh abang saya dah sampai la, saya nak minta diri dulu ya uncle" pamit aku. Aku pun terus berdiri dan mahu pergi ke arah pintu. Zhafri dan ayahnya juga turut bangun berdiri.
"Eh kejap Hayra, ni aunty nak bagi sikit.." kata umi Zhafri yang bergegas berjalan kearahku, uminya hulurkan satu beg kertas bewarna coklat.
"Eh apa ni aunty? Buat susah aunty je.." yelah, dah la aku datang pun dengan tangan kosong, tapi aku pula yang dapat buah tangan.
"Eh takde apa lahh, Hayra amik je.. takde apa sangat pun tu. Nanti datang lagi eh rumah aunty? Kalau dapat jadi menantu pun bagus jugak.." kata uminya lagi. Allah... segan pula aku. Kemudian Zhafri iring aku hingga ke pagar rumahnya.
"Elok-elok balik rumah tu, nanti sampai rumah Whatsapp saya eh?" pesan Zhafri. Aik? Terkejut pula aku mendengar pesanannya. Siang tadi dah jumpa, malam datang rumah, nak balik rumah kena Whatsapp juga?
"Kenapa?" soalku pula.
"Ala, em... bagitau je. Nanti mesti ayah dengan umi tanya saya" kata Zhafri. Aku pun angguk aje la mengiyakannya. Ada betul juga tu. Kemudian aku terus masuk ke dalam kereta dan Haziq pandu hingga ke rumah.
•••••
Sedang ralit aku membuat kerja yang baru aku tanda kontrak beberapa hari yang lepas, perut rasa bergelora pula. Aku lihat jam di dinding bilik. Amboi, dah dua jam aku mengadap laptop ni ya? Aku lihat telefon pula. Ada mesej dari Zhafri 30minit yang lepas.
"Morning, dah makan belum?" - Zhafri
Lah pagi-pagi dia hantar mesej kat aku tanya pasal makan je. Tapi itu lah, aku bukan jenis yang ambil sarapan. Sampai waktu tengahari baru la aku cari makanan. Kalau rajin aku masak, kalau malas aku order aje di Grab. Hari minggu macam ni tiada siapa yang duduk di rumah melainkan aku, jadinya malas la aku nak masak.
"Belum, why?" - send.
Baru sesaat aku balas mesejnya, terus aku dapat notifikasi mesej baru.
"Belum? Nak masuk lunch time dah. Lunch 2gther jom? I pick u" - Zhafri.
Dia ni kan, sejak aku datang ke rumahnya minggu lepas, dua hari sekali mesti nak ajak jumpa. Kalau bukan sarapan, mesti makan tengahari. Tak pun minum petang. Aku rasa aku tak ada bagi green light pun nak bercinta dengannya, tapi aku tak juga menolak. Haih baik sangat agaknya aku ni
"Sokay lah. Malas nak siap" send.
Aku ni kalau dah mula buat kerja memang susah sikit nak berhenti. Nanti sekali berhenti mesti lama.
"Ala. Pakai tudung yg sarung tu je pun cantik apa?" - Zhafri
Haih dia ni, tak nak putus asa dan susah nak terima ya yang aku tak mahu keluar dengan dia sebenarnya. Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak balas mesejnya. Harapnya dia faham lah maksud tersirat aku.
Tak lama kemudian dia hantar mesej lagi kepadaku.
"U, cepat siap u i dah kat depan rumah" - Zhafri
Terus aku bangun dan masuk ke bilik Daniel, nak lihat dari tingkap biliknya. Memang sah lah tu kereta si Zhafri. Haihh la dia ni tak faham jugak ya? Tapi sebab dia dah sampai, macam mana aku nak menolak? Rumahnya pun boleh tahan jauh dengan rumah aku, tak sampai hati nak kata tak nak kepadanya. Aku pun bersiap aje lah dengan tudung sarung dan keluar.
.
Share this novel