9

Romance Series 2881

Ini lah harinya. Siapa sangka yang aku akan terus bernikah tanpa melalui proses merisik dan bertunang? Setelah aku berbincang dengan abang-abang aku, mereka semua sependapat supaya bernikah terus. Rupa-rupanya Daniel, Haikal dan Haziq dan pernah berjumpa dengan Zhafri senyap-senyap beberapa kali. Bukan sekali, tapi beberapa kali. Dan rupanya Zhafri datang ke kenduri kahwin Daniel hanya mewakilkan ayah Zhafri yang dijemput sebagai tetamu, bukannya kawan kepada Daniel.

Pernikahan aku dan Zhafri dilakukan di masjid Sungai Sekamat, masjid yang kecil aje dan paling hampir dengan rumah aku. Rumah keluarga Zhafri agak jauh juga di Bangi, tapi tak ada lah jauh sangat. Dari tadi berdebar debar jantung aku menunggu di belakang ni bersama dengan keluarga Zhafri dan ada juga saudara aku yang datang dari jauh tapi tak ramai.

Daniel yang menjadi wali aku pada hari ini. Berdebarnya rasa. Tak sangka yang aku sendiri bersetuju untuk bernikah dengan lelaki yang pada awalnya aku cuma minta tolong dia ambilkan gambar aje.

"Muhammad Zhafri Ashour bin Zein Faroubi" Daniel menyebut nama penuh Zhafri, mereka dah mula bersalam. Meremang bulu roma aku. Aduhh nervous nyaaaa. Baru hari ni aku sedar yang nama Zhafri agak panjang juga.

"Ya saya" balas Zhafri, suaranya masih tenang. Aku dapat lihat juga susuk tubuhnya yang masih tenang dari belakang. Dengar dia jawab ya pun aku dah meremang lagi sekali ishh

"Saya nikahkan kamu dengan adikku, Nur Hayra binti Mohamad Dhamir... dengan mas kahwin RM2000 tunai"

Beberapa saat yang terhenti setelah Daniel menyebut namaku... buat aku rasa sebak. Suara Daniel juga berubah sedikit. Yelah.. dia yang paling banyak menjaga aku dari kecil. Mesti dia rasa sebak untuk lepaskan aku.

"Saya terima nikahnya Nur Hayra binti Mohamad Dhamir dengan mas kahwin RM2000 tunai"

Jelas dan agak pantas juga dia menyebut. Kemudian aku dapat lihat Zhafri mengesat matanya beberapa kali. Dia... sebak juga ke? Pada saat ini, aku telah sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bernama Zhafri..

Masuk aje ke sesi menyarungkan cincin, jantung aku dah mula berdebar dan tak senang duduk. Aduh masa ni sudah tentunya semua orang akan berikan perhatian kepada aku dan Zhafri. Banyak mata memandang. Harapnya jantung aku boleh bertahan lah.

Menggeletar juga tangan aku nak menyarungkan cincin ke jari Zhafri. Bila dia menyarungkan cincin ke jari aku, lagi lah dia ni. Boleh rasa yang tangannya sejuk. Mungkin nervous sangat agaknya.

"Awak... sejuknya tangan.." tegur aku kepada Zhafri. Aku pun toleh sebentar memandang wajahnya. Aku terkejut, betul ke ni Zhafri?

"Awak buang jambang ke?" soalku. Macam orang lain, lain sangat wajah Zhafri tanpa jambang. Walaupun Zhafri tanpa jambang lebih hensem dan segak, tapi aku rasa seperti melihat orang lain.

"Yelahh kan awak pernah cakap yang awak lagi suka kalau saya tak ada jambang, so today is the day la saya nak surprise awak" balas Zhafri. Aku tenung wajahnya untuk beberapa saat, yang akhirnya membuatkan aku tersenyum. Kemudian aku mengucup tangan Zhafri dengan pantas, sebab ramai sangat yang memerhatikan aku dan dia. Jantung aku mula tak senang duduk. Nafas aku juga menjadi semakin laju.

"Eh lagi sekali laa tak sempat nak amik gambar"

"Yelah.. Cepat sangatt"

Aku sengih terpaksa aje dan mengucup kembali tangan Zhafri tadi. Bukan tak sudi, tapi malangnya diri aku tak mampu menanggung bila dapat perhatian orang ramai macam ni. Zhafri kemudiannya mengucup dahi aku. Ya Allah... dengan nafas dan jantung aku yang semakin laju ni.. dengan nervous mendapat kucupan pertama walaupun di dahi... rasa macam nak pengsan!

Tak henti-henti cahaya dari kamera yang menyinar kearah aku dan Zhafri. Aku mula rasa silau dan mual.

"Hayra, okay tak ni?" soal Zhafri sambil dia memegang lenganku dengan lembut. Aku memandang kearahnya dengan wajah yang berkerut dan nafas masih laju.

"Awak... tak... tak okay....." balas aku. Zhafri terus bangun dan memimpin tanganku untuk keluar ke tepi masjid. Aku tak tengok dah orang lain ketika ini.

Ada sebuah kerusi di tepi pintu masjid. Zhafri dudukkan aku di situ, kemudian dia bercangkung di hadapanku.

"Hayra, look at me" tangannya aku terus genggam dengan kuat. Nafas aku dah tak terkawal lajunya.

"Hayra, pandang saya. Tarik nafas.... hembus.... okay tarik nafas lagi... and then hembus.... relax okay? Saya ada kat sini dengan awak " kata Zhafri. Aku ikut aje kata-katanya. Tak boleh nak fikir apa dah ketika ini.

"It's okay.. take your time okay? Saya ada ni dengan awak okay?" kata Zhafri lagi. Setelah beberapa minit, aku dah kembali tenang. Nafas juga dah kembali normal. Baru aku dan Zhafri masuk ke dalam masjid semula.

Selesai segala akad nikah dan sesi bergambar, aku minta kepada Zhafri untuk pulang ke rumah aku dahulu dan dia pun setuju. Tiba aje di rumah, dah pukul dua petang. Lama juga lah prosesnya ya. Aku masuk ke dalam bilik dulu sebelum Zhafri. Bila dia masuk aje ke dalam bilik aku, terus dia menutup pintu. Tiba-tiba jantung aku berdebar.

Alamak.... aku lupa pula yang dia dah boleh tengok aku tanpa bertudung. Eh, bukan setakat tak ada tudung je, tak ada apa-apa kat badan pun boleh. Aduh yang bukan-bukan aje la yang kau fikir ya ishh

Sedang aku membuka segala jarum peniti dan kerongsang di tudung di depan cermin, aku dapat lihat pantulan Zhafri yang sedang duduk di sisi katil dan memerhatikan aku sambil tersenyum. Terus aku toleh kearahnya.

"Kenapa senyum?" soalku seolah-olah tak puas hati.

"Aik? Tak boleh ke saya senyum tengok isteri saya?" soal Zhafri. Aduhhh mula dah jantung aku berdebar lagi bila dia sebut isteri saya tu. Ishhh

Aku buka aje tudung, cepat-cepat aku kemaskan rambut. Aduh malunya rambut tak cantik! Patutnya aku pergi saloon dulu semalam pergi buat rawatan rambut ke apa ish. Tiba-tiba aku dengar Zhafri ketawa kecil. Aku toleh kearahnya lagi.

"Nothing to worry Hayra, awak macam mana pun tetap cantik kat mata saya okay? Rambut serabai ke kerinting ke lurus ke, saya memang nampak awak cantik je" kata Zhafri lagi. Eleh. Nak sedapkan hati aku lah tu. Aku jeling dia sekali. Aishh

"Eh dia jeling pulak. Kita solat sekali jom? Saya ambil wudhu kejap" Zhafri pun terus masuk ke tandas. Aku pun tunggu aje lah hingga dia keluar. Rimas pula dengan baju kurung ni, sempit pula tu tapi memang nampak kurus la aku dalam gambar tadi. Memang rasa nak tukar baju aje sekarang ni, terus aku buka zip belakang baju, tapi tak sampai pula. Separuh aje mampu, malangnya tangan aku tak berapa nak fleksibel. Aku cuba tarik untuk keluarkan baju dari atas tapi tak lepas. Aduhh cepat lahh sebelum Zhafri keluar dari tandas. Malu la aku macam nii

Aku cuba juga tarik ke atas sampai akhirnya tersangkut. Bila dah tersangkut, baik aku kebawahkan semula aje la. Belum sempat aku nak tolak semula baju kurung ni ke bawah, Zhafri dah keluar dari tandas.

"Ya Allah Hayra... awak buat apa tu? Kenapa tak mintak tolong dengan saya je? Sini meh" soal Zhafri. Aku diam aje lah tak mampu nak kata apa-apa. Malangnya aku memang perlukan pertolongan untuk membuka baju ini. Nasib baik juga la aku pakai singlet kat dalam, tak ada la rasa seksi sangat walaupun depan Zhafri aje. Zhafri tolong tarik baju kurung aku ke atas supaya dapat keluarkan baju ini dari tubuhku. Bila dah berjaya, baru aku sedar betapa terdedahnya tubuh aku kepada dia. Cepat-cepat aku ambil t-shirt lengan pendek dan berlari masuk ke tandas.

Selesai aje ambil wudhu dan solat berjemaah buat pertama kalinya dengan Zhafri, aku mengucup tangannya, buat kali keduanya selepas
akad nikah tadi. Kemudian tangan aku tak dilepasnya. Aku terus pandang kearah wajahnya.

"Kenapa?" soalku ringkas.

"Tak ada apa, rasa macam tak percaya saya dah jadi suami awak, awak jadi isteri saya. Terima kasih tau" ucap Zhafri sambil dia senyum kepadaku. Aku pun mengangguk aje. Aku ni sejak kebelakangan ni kalau dia senyum, aku juga automatik tersenyum balik tau. Ishh

"Oh yelah, saya ada hadiah kahwin untuk awak" kata Zhafri. Dia pun terus bangun dan pergi kearah bagasi yang dibawanya tadi. Aku pun bangun dan membuka telekung, kemudian aku sangkutnya semula di dalam almari baju.

Zhafri duduk di sisi katil, membawa satu beg kertas kecil dan lebar. Aku duduk juga di sisinya. Kemudian ada satu kotak panjang, aku boleh agak apa isinya. Ya, seutas rantai emas.

"Awak... kenapa bagi barang mahal-mahal kat saya ni...? Mas kahwin pun saya dah kata 800 pun okay tapi tadi tiba-tiba tukar jadi 2000? Terkejut tau saya tadi. Lepas tu hantaran pun awak bagi barang mahal... duit hantaran pun tinggi... saya tak nak la mahal-mahal sangat. Lepas ni banyak lagi kita nak pakai duit tau"

Aku bukannya kecewa tapi risau. Yelah, banyak lagi duit yang bakal diperlukan lepas kahwin ni. Lagi pula kalau aku nak kena ikut dia sampai ke Turki. Tiket penerbangan je dah berapa ribu, belum kira dengan visa lagi.

"Hayra... it's okay. Awak tak perlu risau semua tu okay? Kan saya pernah cakap before this, saya kalau dah sayang someone, saya akan bagi the best yang saya mampu. So semua yang saya bagi kat awak ni saya mampu la okay? And no worries about other expenses. Kat Turki saya dah ada rumah, kereta pun ada dua. So semua dah cukup dah untuk kita. Kalau tak cukup kita topup later okay? Kita kan dah jadi husband and wife, so saya nak bagi awak hidup selesa... lagi pulak bila awak dibesarkan pun dengan environment yang selesa kan? I don't want to take it from you" balas Zhafri dengan tenang.

Tiba-tiba aku rasa sebak sebab Zhafri terlalu prihatin dengan aku.

"Hayra... jangan la menangis.. ada benda yang tak cukup ke?" soal Zhafri sambil dia mengusap lenganku. Kemudian dia mengesat pula air mata aku yang dah mengalir ni.

"Hayra.. kenapa ni?" soal Zhafri lagi dalam nada yang risau. Aku geleng kepala aje dan tergelak sedikit. Tak tahu lah apa perasaan aku yang sebenar sekarang ni. Rasa terharu sangat sebab dipertemukan dengan lelaki yang sangat baik macam Zhafri, jadi suami pula.

"Awak baik sangat dengan saya...." balas aku dalam nada suara yang hodoh sebab menangis. Zhafri tergelak kecil memandangku.

"I'm really falling in love with you Hayra.. even kita kenal tak lama, tapi perasaan tu kuat sangat dalam hati saya. Sampai saya rasa macam saya nak bagi semua yang saya ada untuk awak, and saya tak nak lepaskan awak"

Aku memandang wajahnya sambil dia meluahkan perasaan, rasa semakin sebak dan aku terus menangis lebih kuat dari tadi. Ya Allah lemah betul hati aku ni.. aku bukannya sedih tapi macam terharu sangat. Dalam banyak-banyak perempuan, aku juga yang dipilih, sedangkan ramai lagi yang lebih baik dari aku.

Zhafri datang menghampiriku dan terus memeluk aku. Rasa semakin tenang bila dipeluk ni... mungkin ini lah antara nikmat bila dah bernikah. Satu pelukan boleh hilangkan rasa yang aku tak mahu ada.

"Dah.. jangan nangis dah okay? Risau la... kita makan jom? Awak mesti lapar kan?" soal Zhafri pula. Dia mengesat lagi air mataku lepas dia leraikan pelukan. Tanganku digenggamnya dan aku pun ikut aje langkahnya turun ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience