Series
2881
"Kau happy?" soal Haziq. Aku tak mahu lah mengaku awal sangat tapi muka aku memang tak boleh sorok. Walaupun aku belum mejawab soalannya, terus aje dia tergelak tengok muka aku.
"Kau tak payah nak sorok lah Lia. Dari kau kecik aku tengok muka kau, dah hafal dah perangai kau tu" kata Haziq lagi. Aku sengih kambing aje lah memandangnya.
"Elok lah kau happy. Patut lah tak pernah nak Whatsapp aku, dah bahagia rupanya. Aku je overthinking dia control life kau"
"Eh tak baik lah kau ni. Laki aku tu" balas aku. Haziq tergelak lagi memandang aku.
"Iyaa aku yang overthinking. Lia, aku nak mintak tolong sikit la" kata Haziq. Aku pun hairan memandangnya. Jarang Haziq nak minta tolong dengan aku, selalunya semua dia buat sendiri. Kalau dia minta tolong tu maksudnya memang dia perlukan.
"Apa dia tu?" soal aku. Haziq ambil masa beberapa saat sebelum dia beritahu pertolongannya. Kemudian dia mengeluh dulu.
"Aku... em... macam mana ek"
"Ishhh kau ni cakap jelaa" terus aku tampar lengannya. Eh eh dia ni malu-malu taik ayam pula.
"Aku nak beli hadiah birthday kat kawan aku.... tapi aku tak tahu la perempuan suka apa..." balas Haziq. Padan laaa dia malu sangat nak cakap, siapa lah wanita yang dah tambat hati abang aku ni?
"Ohh perempuan ke kawan kau ni? Betul ke kawan? Ke kawan wanita a.k.a. girlfriend tu?" soal aku sengaja nak mengusik sebenarnya. Nak tengok juga reaksi dia.
"Eh kawan laa, ish kau ni tolong jela aku. Aku tak tahu nak mintak tolong siapa. Aku mana reti doh barang perempuan ni" balas Haziq. Mengekek juga aku ketawakan dia sebelum aku bersetuju nak membantu. Lama aku dan Haziq pusing di dalam IOI Mall ni nak melihat barang yang nak dibeli.
Disebabkan hubungan mereka masih di fasa awal, aku cadangkan dia beli set wangian Bath & Body Work aje. Tak ada lah mahal sangat, dan kebiasaan perempuan memang suka benda ni termasuklah aku. Aku sendiri pun tak pernah beli untuk diri sendiri.
Bila masuk aje di dalam Parkson, aku lihat juga perfume di situ. Harga berpatutan juga. Kemudian aku teringat pula kepada Arash. Arash suka pakai minyak wangi ke eh? Tapi rasa macam tak ada bauan sangat bila dia peluk aku.
"Ziq, kalau aku beli perfume untuk Arash dia suka tak eh?" soalku kepada Haziq. Haziq memandang aku dan diam sejenak.
"Kau sayang dia ke tak?" soal Haziq. Aduh aku malu nak jawab, kenapa tiba-tiba tanya macam tu pula?
"Apa kaitannya?" soalku tak puas hati sedikit. Orang mintak pendapat je.
"Kalau kau sayang dia, tak payah lah bagi perfume. Nanti perempuan lain yang tergoda dengan dia macam mana? Ha kau pun dah lah tak pakai perfume. Baik kau pakai. Kalau nak bagi hadiah saje-saje kau bagi la baju ke apa" balas Haziq. Oh iyaa baju. Tak teringat pula aku.
Aku kemudiannya mengajak Haziq melihat di tempat pakaian lelaki. Arash suka pakai t-shirt berkolar kalau keluar. Tapi kalau pakai kemeja lengan pendek pun hensem jugak eh? Dah lah memang hensem. Eh tapi nanti kalau orang lain yang tergoda macam mana pulak? Aduhh lah peningg
Akhirnya aku beli t-shirt berkolar jenama Polo aje lah. Harga memang sesuai lah dengan pelajar macam aku ni. Tu pun aku dah rasa mahal sampai RM70. Tu budget makan seminggu aku tu, tapi takpe lah. Dah sayang kan, teruja juga nak bagi hadiah kat dia.
Selesai membeli dan Haziq belanja aku makan tengahari, dia pun bawa aku balik. Kereta agak banyak juga ketika ini. Haziq tak lah membawa dengan perlahan tetapi tak lah laju. Haziq memberi signal untuk masuk ke kiri tetapi entah dari mana.... ada sebuah kereta melulu lalu di sebelah yang menyebabkan motor terbalik.
Ya Allah.... aku terus peluk beg berisi baju polo yang aku belikan untuk Arash tadi walaupun aku dah jatuh terseret agak jauh dari motor. Aku terus bangun dan duduk. Mata aku mula lah nak kabur, aku cuba cari Haziq tapi.... Sakit.... Aku lihat kaki aku dah berdarah....
.....
"Puan Dahlia tak ada kecederaan berat, ada luka seretan kat lengan sebelah kanan dan kaki sebelah kanan je. Keadaan puan Dahlia pun dah stabil. Tak lama lagi nanti dia bangun lah. Kalau esok dah makin baik... esok dah boleh discharge"
Jelas juga telinga aku mendengar penjelasan doktor. Aduh.... aku kemalangan ke tadi....
"Baik, terima kasih ya doktor"
Aku lihat ada susuk tubuh yang berdiri di tepi katil. Ada yang sedang duduk juga. Aku kelipkan mata beberapa kali untuk lihat lebih jelas. Arash...
"Sayang? Dah bangun dah?" Arash terus aje pegang tangan aku. Wajahnya sebak macam nak menangis. Alahai... Jangan lah menangis pula...
"Awak... Haziq macam mana....?" soalku. Aku tak dapat nak ingat lokasi Haziq masa aku jatuh dari motor. Aku tak nampak dia... aku harap dia baik-baik aje.
"Aku kat sini Lia. Ada ni..." Haziq pun terus aje pegang lengan aku. Mujur tak ada apa yang buruk berlaku kat dia...
"Haziq... kereta tu bawak macam bapak dia punya jalan...."
Terus dia ketawa memandang aku tapi wajahnya macam sebak juga. Kemudian aku dapat lihat Haziq mengesat matanya. Dia menangis ke...
"Aku okay je Ziq... calar sikit je..." tambah aku lagi. Makin menangis pula dia.
"Takpe Ziq, kau pun kena rehat jugak. Biar aku jaga Dahlia. Nanti apa-apa aku bagitau kau" kata Arash kepada Haziq. Haziq pun terus aje pergi sambil dia menggosok matanya. Mesti dia rasa bersalah dengan aku. Haihh
"Awak... saya nak balik..." Aku pegang lengan Arash. Arash terus duduk di kerusi dan pegang tangan aju dengan erat.
"Tak boleh lagi sayang... kalau esok sayang dah ok baru boleh balik. Esok kita balik rumah ok sayang?" kata Arash. Aku angguk aje memandangnya. Alahai macam teruk sangat je luka aku ni.
Aku bangun makan dan Arash bantu aku untuk bangun ke tandas. Semua dia uruskan untuk aku termasuklah mandi. Walaupun aku malu, tapi rasa tak berdaya juga. Kalau aku mandi sendiri mungkin aku mandi kerbau aje. Aku lihat juga luka di lengan dan kaki aku. Besar juga kawasan yang bercalar tapi tak lah teruk sangat.
"Awak, tangan dengan kaki saya dah tak cantik...." Arash senyum aje sambil dia membilas badan aku dan elakkan air dari terkena ke kawasan luka
"Takde lah sayang, cantik je saya tengok. Luka ni macam mencantikkan lagi sayang tau. It's okay, saya sayang awak tak kira apa pun okay? Awak jangan risau lah" balas Arash. Ha masa ni mula lah aku nak sebak, ada ke lelaki macam ni sekarang? Boleh pulak dia kata luka tu lagi mencantikkan aku? Haihhh
"Eh sayanggg, jangan menangis... tak ada apa lahh. Nothing to worry okay? Saya nak sayang cepat baik and boleh balik rumah je. Macam mana nak tidur kalau sayang takde..." Tambah dia lagi. Haihh kenapa lah aku ni macam ni.
Selesai aje semua, aku mula lah nak tidur lepas makan ubat. Arash tak ke mana selain di sebelah aku. Umi dengan abah ada datang juga sekejap tadi tapi Arash suruh mereka balik aje sebab dia nak juga jaga aku. Padahal dia tak balik rumah langsung lepas dia habis kerja siang tadi.
Aku harap sangat esok dah boleh balik, tak sampai hati tengok dia macam ni dengan tak mandinya lagi. Mujur aku paksa dia makan sekali tadi kalau tak mesti tak makan juga dia.
*****
"Awak.... bangun....." perlahan-lahan aku mengejut Arash yang tidur hanya meletakkan kepala di katil. Alahai kesian dia. Rambut pun dah tak terurus, baju kemeja pun dah renyuk habis semua. Nak paksa dia balik pun susah.
"Ya sayang... sayang nak pergi toilet?" soal Arash dalam mamai. Aku letakkan tangan di pipinya. Ya Allah tak gamak nak tengok Arash macam ni.
"Awak... doktor kata dah boleh discharge. Kita balik jom?" senyum dia memandang aku. Terus tubuh aku dipeluknya, tapi....
"Ha nanti sambung kat rumah ya" kata umi kepada aku dan Arash. Aduh.... itu lah aku tak sempat nak bagitau Arash kehadiran umi dengan abah kat sini. Dia pun terus aje peluk aku tapi takkan aku nak tolak pula kan.
Arash uruskan semua untuk aku. Aku pun tak berjalan sendiri, tubuh aku dicempungnya sampai ke kereta. Bila tiba aje di rumah, Arash mencempung lagi aku hingga ke bilik. Kaki aku tak ada lah sakit sangat pun, boleh lagi nak berjalan tapi dia nak juga mencempung badan aku ni.
Umi dan abah ikut juga hingga ke rumah. Arash memang kelihatan letih sangat tapi dia masih juga nak uruskan aku. Haihhh sayang sangat dah aku dengan dia macam ni.
Arash akhirnya mandi juga ya setelah semalaman tak mandi. Dia terus aje baring di sisi aku yang memang terbaring di katil dari tadi. Tubuh aku dipeluknya erat dari sisi, tangannya dj pinggangku. Pipi aku juga dikucupnya. Ya Allah.... aku tahu takkan ada lelaki yang sanggup begini untuk aku selain Arash.
"Sayang... I love you so much... apa-apa kejut je saya tau. Saya nak tidur kejap je" kata Arash. Baru beberapa minit, aku dah boleh dengar dengkuran kecil Arash. Alahai....
Aku langsung tak tidur malah, aku hanya lihat aje wajah Arash yang sedang tidur. Manis je muka dia walaupun tengah tidur. Hari tu aku tengok muka dia macam garang sangat tapi sebenarnya tak pun.
Aku tengok telefon aje, sampai lah rasa lenguh tangan ni. Kalau aku gerak, risau Arash terkejut dan terjaga aje. Nanti dia tak cukup rehat pula. Aku perlahan-lahan bergerak dan mengangkat tangannya supaya aku dapat bangun dan Arash tak terjaga langsung. Mungkin dia letih sangat, tu yang tak sedar langsung.
Aku turun ke bawah, nak cari makan. Kemudian aku nampak umi dengan abah sedang duduk di depan tv. Aku lupa pula yang mereka ikut sama sampai ke sini tadi.
"Eh Lia dah bangun dah?" soal umi. Aku senyum aje. Kalau tak bangun tak ada lah kat sini kan
"Umi... Lia lapar la" rengek aku. Terus umi bangun dan pergi ke dapur. Abah dah tertidur kat sofa tu.
"Sini makan meh, umi bawak lauk sambal ayam. Tak pedas sangat pun. Arash mana?" umi tuangkan nasi dan lauk ke dalam pinggan untuk aku. Rindunya masakan umi. Dah lama aku tak makan.
"Arash tidur lagi tu. Biar lah dia, kesian dia jaga Lia kat hospital semalam. Tidur pun macam tak tidur je" balas aku. Sayang juga aku dengan Arash. Tiba-tiba aku teringat yang aku ada belikan baju Polo untuk Arash semalam. Aduh, mana pergi baju tu?
Kalau nak tanya umi pun, aku tak rasa umi tahu. Umi datang ke hospital pun dah malam semalam. Itu pun aku dapat jumpa sekejap aje. Kena tanya Haziq atau Arash je lah.
Selesai aje makan, aku pun bangun dan letakkan pinggan di sinki dapur.
"Umi, Dahlia mana? Saya bangun tadi dia takde dah"
Kedengaran suara Arash dari depan. Alahai risaunya dia bila bangun tengok aku takde. Aku nak berjalan pun lambat, makanya aku basuh aje lah pinggan ni dulu. Nanti mesti umi bagitau keberadaan aku.
"Sayang... tak payah basuh pinggan ni. Nanti kena luka tu macam mana? Dah.. Tinggal je nanti saya basuh" perlahan-lahan dia menarik tangan aku. Dia basuhkan juga tangan aku yang dah bersabun ni.
"Awak... makan dulu jom? Saya teman eh? Awak mesti lapar" aku ajak dia makan pula. Aku rasa dari pagi dia tak makan. Ni dah pukul berapa dah, balik rumah pun terus mandi dan tidur.
"Lapar lah jugak..." balas Arash. Dia senyum memandang aku untuk beberapa saat. Kemudian terus dia peluk aku. Hmm..... Pelukan hangat macam ni....
Aku duduk aje di sebelahnya dan melihat Arash makan. Berselera dia ya, lama tak makan. Entah-entah malam tadi pun tak makan. Tiga kali juga dia menambah nasi. Suka pula aku tengok dia makan berselera macam ni.
"Sedap ke sayang?" soal aku. Kemudian aku tersedar, aduh aku panggil dia sayang ke tadi? Terus Arash berhenti mengunyah dan memandang aku dan tersenyum. Aduhh malu lah pulak dah terpanggil sayang. Haihh dah sayang sangat aku dengan dia agaknya sampai terlepas panggil dia sayang.
"Ya sayang... ada sayang kat sebelah lagi sedap rasa makanan ni" balas Arash. Haihh aku pun senyum juga lah bila dia senyum tengok aku.
Selesai Arash makan, aku dan dia duduk di ruang tamu bersama abah. Umi tak tahu lah dah ke mana.
"Abah, Haziq macam mana? Dia dah okay ke?" soalku. Abah garu kepala dulu sebelum menjawab soalan aku.
"Takyah risau la kat Haziq tu... elok je dia. Ni umi dengan abah nak balik dah, kawan dia nak datang tengok dia kat rumah" balas abah. Aih, selalu kawan dia datang masa takde orang kat rumah okay je? Ni umi abah nak kena balik jugak sebab kawan dia nak datang? Aneh
"Aik? Kawan yang mana satu? Selalu abah okay je kawan dia datang time abah takde"
"Alah Haziq tu... ni bukan kawan biasa dia Lia. Ni kawan luar biasa... sebab tu abah kena balik. Mak ayahnya datang sekali katanya. Kena la balik nak sambut tetamu... Kot jadi besan ke kan" balas abah. Wahh abah pun tahu juga dengan kawan luar biasa si Haziq ni ya. Elok lah tu, lama sangat single si Haziq tu pun. Umi pun datang nak mengemas barang yang dibawa.
"Umi dengan abah balik dulu ya Lia, jangan lupa call umi. Sejak kahwin ni takde call langsung eh, seronok berdua kat rumah? Harapnya boleh dapat cucu cepat sikit" kata umi pula. Aihhh umi niii malu lah aku. Arash dah tergelak kat sebelah. Aku sengih kambing aje lah. Malu lah cakap pasal cucu ni, kalau tidur sekatil boleh dapat anak terus takpe lah jugak. Mula lah aku nak teringat kejadian malam tu. Ishhh
Selepas umi dan abah pulang, aku pun nak naik ke bilik. Arash masih di luar, tak tahu lah apa yang ditengoknya kat luar tu. Mujur tak teruk sangat luka di kaki ni, aku masih boleh berjalan dan naik tangga macam biasa. Rasa sakit pun sikit-sikit aje.
"Eh sayangg nak pergi manaa?" soal Arash sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Laju dia berjalan ke arah aku di tangga ni.
"Nak naik atas.. Nak solat asar" balas aku.
"Haihh kenapa tak panggil?" terus dia nak cempung aku sampai ke bilik.
"Ehh tak nakk. Saya nak jalan. Kalau tak exercise kaki ni nanti lagi lambat baik. Awak pegang saya je eh?" Arash mengeluh dulu sebelum dia setuju untuk memimpin aku aje dari tepi. Kuat tangan aku memegang tangannya sambil aku naik ke atas. Sampai aje di bilik, Arash dudukkan aku di sofa kecil.
"Sayang... Izinkan saya ya.. nak letak ubat kat luka kaki ni" kata Arash sambil dia duduk di lantai. Alahai nak selak seluar pun dia minta izin dengan aku. Semalam masa mandikan aku tak ada pulak dia nak minta izin.
"Awak tak penat ke jaga saya?" soal aku sambil Arash menyapukan sedikit ubat kuning di luka di kaki aku.
"Aip mana boleh penat, tanggungjawab saya. Lagipun saya enjoy jaga awak, dia macam... Bila awak sakit, moment tu lagi banyak rapatkan hubungan kita. Bila saya tahu yang jaga awak tu saya, saya pun happy lah. Saya tak nak orang lain yang jaga awak. Tak kisah apa pun, biar saya yang jaga awak" balas Arash.
Aku..... terharu sangat. Rasa sebak... gembira... semua ada. Terus aku cium dahinya. Arash pun terhenti dari menyapu ubat. Dia senyum memandang aku.
"Saya sayang awak...." ucap aku, jantung rasa berdegup kencang nak ucapkan rasa sayang aku kepadanya. Yelah, aku tak biasa lah benda-benda macam ni. Aku dengan adik beradik aku pun berkasar, mana pernah ucap rasa sayang walaupun rapat.
"Ya sayang, saya tahu. Saya pun sayang awak jugak okay? Sayangggg sangat-sangat" balas Arash. Senyuman masih tak lekang dari wajahnya. Dia rapatkan wajahnya dengan wajah aku, satu ciuman di bibir dia berikan kepada aku. Kemudian dia sambung meletakkan ubat di lengan aku pula.
"Sayang, lepas ni... saya mintak maaf tau tapi saya tak nak sayang naik motor dah. Lagi-lagi time saya tak ada. Kalau sayang nak beli barang apa-apa, sayang bagitahu je saya. Beli dengan saya or beli online je please? Kalau perlu pergi dengan orang lain pun naik kereta je. Boleh sayang?"
"Hm okay....." balas aku. Berat juga nak terima tu, Haziq selalu naik motor aje kalau keluar. Aku pula rapat dengan Haziq. Haih....
Share this novel