Series
2881
Dua minggu berlalu lepas aku berpiknik dengan Isyraf di Lake Valley. Aku tak ada jumpa dia di tempat lain pun dalam dua minggu ni kecuali ada satu hari yang dia datang rumah atas ajakan abah. Aku dan dia pun masih ada berbalas mesej cuma itu lah, tak ada benda penting pun. Kadang dia cuma reply "status" Whatsapp aku aje.
Walaupun dia tak datang rumah, ada juga beberapa kali dia belikan aku makanan guna Grab Food. Jujur aku kata, aku dah menaruh perasaan kat Isyraf walaupun nampak macam mustahil aku dan dia akan bersama sebab perbezaan umur lima tahun dan yelah... ada ke doktor gigi yang mahukan pasangan seorang pelajar yang masih kabur-kabur masa depannya macam aku ni kan? Aku pun dah berhenti kerja sebab cuti semester yang hampir tamat.
"Salam, hari ni free tak?" - Isyraf
Haa panjang umur si Isyraf ni. Teruja pula bila nampak mesej darinya lebih-lebih lagi bila dah mula menaruh hati ni.
"Waalaikumussalam, aiyok tak elok la bagi salam pendekk. Nak keluar beli barang sikit. Kenapa?" - send
"Pergi sekali nak? Saya pun ada nak beli barang" - Isyraf Klinik Gigi
Aik? Lelaki bukan biasanya beli barang sendiri tak berteman ke? Lain macam jugak ya Isyraf ni. Tapi takpe lah, sudah semestinya aku rasa gembira. Dapat pergi berdua pulak dengannya. Baba pun sekarang kalau sebut nama Isyraf memang dia izinkan aje aku keluar.
Tak dapat digambarkan perasaan gembira aku sekarang. Macam nak keluar pergi "dating" pun iya juga. Bila Isyraf tiba aje di depan rumah, aku terus senyum gembira tahu? Nak tahan senyum pun susah sampai la dah masuk dalam keretanya.
"Nampak happy awak hari ni. Ada apa-apa jadi ke?" soal Isyraf. Aduh kantoi juga aku dengan dia. Aku cepat-cepat fikir topik lain yang boleh aku bualkan.
"Awak cuti ke hari ni?" soalku. Sudah jelas lagi nyata yang dia tidak memakai kemeja kerjanya seperti biasa, tapi aku pergi tanya jugak. Pakai apa pun nampak segak betul Isyraf ni. Tak pun mungkin sebab aku dah lama tak jumpa dia makanya nampak hensem lebih sikit la hari ni.
"Yes, ni awak nak pergi beli barang kat mana ni?" soal Isyraf. Aku ni nak beli barang biasa aje. Segan pula nak cakap.
"Em... saya nak beli barang kat Lotus or Giant macam tu je.. barang awak ada tak kat tempat macam tu?" soal aku. Yelah dia pun tak ada bagitau barang apa yang nak dibelinya. Mana lah aku tahu kan?
"Ohh ada je. Macam tu kita pergi Lotus la" balas Isyraf. Dia pun teruskan pemanduan hingga ke Lotus yang berdekatan. Bila masuk aje Lotus, Isyraf terus pergi ambil troli. Entah kenapa jantung aku berdegup kencang bila nampak dia ambil troli. Mula lah telinga dan muka aku pun terasa panas. Nak jalan dah rasa sesak. Ya Allah nak pergi beli barang je pun.
Aku berjalan di tepi sambil Isyraf menolak troli. Kemudian ada "promoter" datang menghampiri aku dan Isyraf. Aku buat-buat tak nampak aje lelaki ni.
"Abang kakak ada anak kecik?" soalnya.
Ya Allah lagi nak meletup aku rasa. Isyraf mengekek ketawakan aku bila aku berjalan dengan pantas nak mengelak dari lelaki tadi. Ketika ini aku dengan tiba-tibanya rasa sesak nafas nak berjalan. Macam nak pitam pun ada. Terus aku perlahankan langkah dan akhirnya aku bercangkung di tepi dinding yang tiada orang berdekatan.
"Eh Amy kenapa ni?" soal Isyraf. Terus dia tolak troli ke tempat lain. Terkelip-kelip mata aku cuba nak lihat kehadapan dengan jelas.
"Sakit kepala ke? Sakit perut?" soal Isyraf. Aku geleng kepala aje kepada Isyraf. Kepala rasa berdenyut lah juga, nak bernafas pun rasa sesak. Isyraf terus bercangkung depan aku dan pegang kedua-dua tangan aku dengan kuat.
"Amy, pandang saya"
Terkebil-kebil juga mata aku memandangnya. Aku masih cuba nak bernafas dengan normal.
"Okay sekarang tarik nafas slow slow..."
Aku tak tahu nak fikir apa tapi aku cuba ikut apa yang dia suruh.
"Okay lepas slow slow"
"Lagi sekali tarik nafas..... okay now lepas..."
Isyraf gosok belakang badan aku dengan lembut. Aku pun akhirnya dapat juga bernafas seperti biasa. Aduhai.... nak pengsan rasa. Aku memang reda seredanya pegang tangan Isyraf tadi.
Isyraf pimpin lengan aku sampai ke kedai Chicken Rice Shop yang tak jauh dari sini. Aku terus aje duduk bila nampak kerusi.
"Amy, bagitau saya, awak dah makan belum?" soal Isyraf. Aku geleng kepala perlahan aje lah. Memang aku jarang ambil sarapan. Kebetulan malam semalam pun aku tak makan. Haihh bukannya pertama kali jadi tapi tak reti insaf juga aku ni.
"Okay takpe lah. Kita makan dulu"
.....
"Haih risau tau bila saya tengok awak macam tu tadi. Nasib baik baba awak pernah bagitau saya awak tak suka makan sarapan. Tahu jugak la nak expect apa bila awak tiba-tiba macam tadi tu" omel Isyraf. Aku diam aje dan teruskan makan hingga selesai. Isyraf hanya tunggu aku makan aje. Eh sekejap...
"Baba saya bagitahu? Kenapa baba bagitahu benda macam tu kat awak?" soalku. Yelah, tak ke pelik tiba-tiba baba nak bagitau orang lain pasal habit tak suka sarapan aku ni? Isyraf hanya mengangkat bahu aje menandakan yang dia tak tahu.
"Macam mana awak tahu saya jadi macam tu sebab tak makan?" soalku pula. Isyraf tergelak kecil memandang aku. Lah, kelakar ke?
"Amy, awak lupa ke saya ni doktor? Even saya doktor gigi, saya belajar jugak la pasal penyakit lain yang basic. Kalau awak selalu tak sarapan, tiba-tiba macam pening nak pengsan tu maksudnya awak hypo la, kurang gula. Lepas makan sepatutnya awak dah lagi okay" balas Isyraf. Aku diam aje dengan pertanyaannya. Aduh, pandai betul kau ni Amy. Macam mana aku boleh lupa yang dia doktor gigi?
"Kenapa awak nak jadi doktor gigi?" soalku tiba-tiba. Isyraf tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah.
"Doktor gigi tak sesibuk doktor medical biasa. Saya dah tengok ramai senior yang jadi medical doctor yang busy tak ada masa dengan family, kawan, life dia just untuk patient and kerja. Seronok memang seronok tapi saya tak nak terlepas rasa ada keluarga sendiri. Kalau dah kahwin, saya tak nak terlalu busy sampai tak ada masa untuk wife dengan anak-anak saya. Bila dah masuk bidang pergigian ni saya rasa worth it sangat and saya happy. Happy dengan kerja and masa pun banyak boleh guna untuk benda lain"
jelas Isyraf.
Aku dapat lihat dari wajahnya betapa gembiranya dia dengan kerjayanya yang sekarang. Elok juga dia dah ada perancangan keluarga. Untung juga siapa jadi isterinya.
"Oh, Amy... em... Kalau saya nak mintak tolong boleh
ke?" soal Isyraf pula. Mula dah jantung aku berdegup lagi. Apa pula yang dia nak minta dari aku ni?
"Tolong apa?" soalku. Nampak berat juga dia nak suarakan hasrat dia tu. Entah-entah dia nak mintak tolong aku buat benda tak baik? Eh tak baik la Amy buruk sangka pulak ish.
"Haih.. takpe lah. Awak dah habis makan kan? Saya pergi bayar jap" terus Isyraf bangun dan pergi ke kaunter. Aik? Apa yang dia nak minta tolong sebenarnya ni? Lepas tu aku yang makan kenapa dia pulak yang pergi bayar? Dia bukan makan pun.
Selesai aje Isyraf membuat pembayaran, aku dan Isyraf terus masuk ke dalam tempat pasaraya. Aku hanya mahu membeli barang harian aje macam sabun, shampu, aku beli juga maggi beberapa paket. Budget aku pun tak banyak makanya beli yang penting aje lah. Nak beli "pad" tapi segan pula dengan Isyraf. Dah la dia bukan sesiapa dengan aku.
"Ni je? Cukup ke?" soal Isyraf. Aku mengangguk aje tanda mengiyakan.
"Eh awak bukan ada nak beli barang jugak ke?" soalku. Isyraf pada mulanya macam blur aje dengan soalan aku. Kemudian baru lah dia tergelak kecil. Apa lah yang dia fikirkan agaknya...?
"Takpe saya dah dapat tengok apa yang saya nak" balas Isyraf. Okay......... aneh juga lah jawapannya. Orang tanya lain, lain pulak yang dia jawab.
"Awak, tunggu jap eh saya nak pergi tandas" aku pun terus aje nak pergi. Tiba-tiba pula rasa nak membuang. Baru nak berjalan, Isyraf menarik beg tangan aku.
"Eh ni ada nak beli lagi ke tak?" soal Isyraf.
"Tak ada dah tapi awak tunggu la kejap. Kalau tak pun takpe la awak tolong bayarkan untuk saya. Ni kad" aku hulurkan kad bank aku dan terus pergi ke tandas. Aduh tiba-tiba sakit betul perut ni pun.
Setelah aku membuang, aku tak tahu nak cari Isyraf di mana. Bila aku buka aje telefon, rupanya Isyraf dah hantar mesej dan beritahu keberadaannya. Aku pun pergi ke pintu masuk Lotus dan terus pergi ke kereta dengan Isyraf. Setelah menyimpan barang di dalam bonet kereta, Isyraf terus memandu keretanya.
"Awak nak mintak tolong apa tadi sebenarnya?" soalku. Aku lihat wajah Isyraf dah berubah sedikit sambil dia memandu.
"Em.. tak ada apa pun" balas Isyraf. Tak puas hati pula aku. Mesti ada sesuatu yang buatkan dia berubah fikiran nak minta tolong dengan aku.
.
Share this novel