BAB 14

Romance Completed 18254

Dalam seminggu ni, Syazwan asyik bersikap pelik je. Ada aje dia cakap pada aku, tapi aku langsung tak faham.

“You don’t know you loves him or her until he or she leaves you.” Dia kata sebegitu padaku ketika aku sedang melukis kartun anime di atas kertas. Ingatkan semua orang keluar. Rupanya mamat tu ada kat rumah. Seram kot.

“Let’s people call me selfish or greedy, but I really really don’t want anyone touch you.” Aku yang baru lepas nangis dan hendak masuk ke dalam bilik terkejut. Tadi, yang lapkan air mata aku, si Syakir. Adakah itu maksud dia?

Dan bila dihitung kembali, tinggal 3 hari lagi sahaja. Dan bila di ingat kembali, pada hari terakhirku disini adalah hari lahir ku. Sob sob.

“Oi, mengelamun aje kerjanya. Makan gaji buta ke apa?” soal Syakir dari belakang. Aku kenal sangat suara dia. Rasa nak sumbatkan aje bulu ayam ni dalam mulut dia.

“Mengelamun kepalamu. Aku tengah sapu habuk ni, tak Nampak ke?” elakku.

“Tak.” Selamba dia membalas. Ni memang nak kenalah. Aku menolak tubuhnya dengan bulu ayam. Rasakan. Ketawa pecah.

“Ehem.” Satu suara berdehem. Ketawa terhenti. Aku memandang tuan empunya suara. Ceh, dengar suara pun dah tau. Siapa lagi kalau bukan mamat tu.

“Nak woods ke?” perliku sambil tersengih.

“Ke nak strepsils?” tambah Syakir.

“Aku nak jumpa kau jap, Athirah Husna.” Katanya. Terus dia menarik tanganku dan meninggalkan ruang tamu. Bulu ayam terlepas dari tangan. Kaki dilangkah lebih besar untuk mengikut langkah Syazwan. Kami masuk ke dalam keretanya, Honda Civic. Terus kereta itu berlalu dari Villa De House. Ke mana arah tujunya pun, aku tak tau.

“Nak pergi mana?” soalku. Dia diam.

“Nak pergi mana?” soalku lagi.

“Syazwan!!” aku menjerit.

“Apa? Boleh diam tak? Bising aje kerjanya.” marahnya. Aku kecut perut. Aku diam. Terus aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap. Seumur hidup, tak pernah kena marah, tak pernah kena tengking dengan orang lain. Bukan kerna aku manja. Bukan.

“Una..” panggilnya perlahan. Aku diam. “I’m sorry. Tak berniat langsung nak marah kau. I’m sorry, kay?”

“Husna..” Diam.

“Athirah Husna…” panggilnya sedikit keras.

“Okay, then, kita tak akan balik rumah.” Dia membuat keputusan.

“What?” aku terjerit kecil.

“Ada pun suara, ingatkan dah bisu dah tadi.” Usiknya. Aku menolak bahunya. Argh!!

“Nak pergi mana?” soalku.

“Something special. Just wait and see.” Dia senyum nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience