BAB 18

Romance Completed 18254

Apa yang dapat buat dalam 20 minit bersama Syazwan? Dengar DJ memainkan lagu, tengok kereta yang lalu lalang. Boring! Lebih baik duduk dekat villa je tadi. Tapi… bersama dengan orang.. ehem.. ter..sa..ya..ng.. pun best apa. Hahaha.

“Sorry pasal semalam.” Dia memecahkan kesunyian.

“Err, nevermind.”

“Tapi, aku betul betul maksudkannya.” Aku diam. “Tolong fikirkan sebaik mungkin.” Sambungnya lagi.

“Kenapa aku?” soalku.

“I don’t know. First time Nampak kau macam… entahlah. Rasa tenang sangat. Lagipun, kau pandai buat air milo. Superb habis! Kau cantik apa.” Dengan selamba Syazwan berkata. Mukaku mula memerah.

“Eleh, nak membodek aje kerjanya.” Aku mencebik.

“Ada cara tak nak buat kau suka dekat aku?” soalnya. Dasar tak tau malu betul!

“Ada. Buat aku sakit hati, paksa aku buat itu, buat ini, lepas tu confess dekat aku, lepas tu buat muka tak tau malu.”

“Bukan aku dah buat ke?” soalnya.

“So, please understand.” Aku memalingkan mukaku ke arah lain. Malu tapi mahu!

“Okay… Aku faham, aku faham.” Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience