BAB 6

Romance Completed 18254

Blouse hitam belang putih tersarung ditubuhku. Pashmina 2 tones iaitu hitam dan putih dikemaskan. Sesekali aku membelek tubuhku di hadapan cermin. Erm, perfecto! Aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.

“Nak Pak Mat hantarkan ke?” soal Datin Hafizah.

“Err, tak menyusahkan ke?”

“Ish, tak la.”

“Okay.” Aku setuju. Pucuk di cita ulam mendatang. Tak ada orang nak hantar, ada bantuan tiba. Alhamdulillah.

“Ma, angah nak keluar.” Satu suara menegur dari belakang.

“Nak pergi mana? Kalau Setia City Mall, kamu hantarkan sekali je la Husna ni. Tak payah susahkan Pak Mat.” Syazwan memandangku tajam.

“Okay.” Setujunya. Aik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience