Rate

1

Zombie Series 1365

Amanda yang sudah terlambat untuk ke sekolahnya bergegas menyiapkan diri dengan pakaian. Keadaan biliknya yang kemas teratur menjadi sedikit bersepah. Dia memasukkan buku-bukunya ke dalam beg lantas berlari keluar bilik dan menuruni tangga untuk ke pintu hadapan. Anak gadis yang berusia belasan tahun itu yang ingin menjaga rekod kedatangan baik ke sekolahnya memulakan hari dengan keterlewatan.
"Mama, D pergi dulu! Dah lambat!" laung Amanda mencari ruang pendengaran ibunya.
"Sarapan dulu sayang!" sahut ibunya yang sedang menyiapkan sarapan di dapur.
"Mungkin nanti mama!"
“Okay, elok-elok sayang!”
Amanda terus tutup dan meninggalkan pintu rumah. Dia bergegas ke garaj kereta yang terletak di sebelah rumah untuk mendapatkan basikalnya.
Dia memacu basikal dengan laju dan terus meluncur ke selekoh simpang jalan utama. Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa hampir 20 minit setiap hari membuat Amanda terasa kayuhan nya sangat perlahan pada hari itu.
Cuaca kelihatan agak gelap. Barangkali hujan akan turun dengan lebat hari ini. Sekurang-kurangnya Amanda berfikir sedemikian. Buah fikiran seperti itu membuat rentak kayuhan Amanda bertambah kencang untuk memacu basikalnya dengan lebih laju.
Dia memecut laju di hadapan kawasan perindutsrian yang terletak di pinggir bandar tempat tinggal nya. Amanda selalu berpendapat dan menganggap bahawa tempat seperti itu sangat menggerunkan untuk di lawati mahupun hanya lalu melintasi di hadapannya berikutan rupa bentuk dan tekstur bangunan kilang-kilang yang agak lama dan usang. Pernah juga dia terdengar khabar angin yang kurang baik berlaku di kawasan itu sejak beberapa tahun dahulu. Orang-orang lama di kawasan perumahan nya selalu memberi nasihat agar menjauhi tempat tersebut. Seperti ianya suatu tempat larangan.
Bila tiba waktu senja, pemandangan di sekitar kilang-kilang itu lebih mengerikan berbanding pada waktu siang. Kadang kala kedengaran seperti sesuatu mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Seperti siulan yang amat panjang dan nyaring. Perkara itu lebih membuatkan penduduk di situ lebih menjauhinya. Amanda tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku di kawasan itu. Tetapi adalah lebih baik jika dia mendengar kata-kata nasihat tersebut sebelum perkara yang buruk berlaku ke atasnya dan juga orang lain.
Dari jauh, sedikit demi sedikit dia boleh melihat bangunan sekolahnya yang di bina sedikit lebih tinggi dari kawasan perumahan dan perindustrian yang terletak di sekitarnya. Dia tidak pernah suka dengan warna yang di cat pada dinding sekolahnya itu. Pada Amanda, ianya kelihatan seperti sedikit tidak sesuai dari segi gabungan tona warna yang di kenakan padanya. Ianya seolah-olah melihat satu pemandangan yang tidak di sukai.

Jika sekolah adalah sebuah tempat di mana asalnya melahirkan para cendiakawan-cendiakawan yang bijaksana, juga mempunyai guru-guru yang tidak di sangkal lagi dengan kebijaksanaan mereka, mengapa, apabila tiba masa untuk membuat keputusan memilih warna yang sepatutnya untuk di cat di bangunan sekolah itu tidak di pandang lebih berat?. Walaupun itu bukan berada di dalam bidang kepakaran mereka, tetapi seorang budak belasan tahun boleh menilai secara asasnya, kenapa tidak mereka?.

Persoalan ini selalu menjadi satu entiti yang terapung-apung di ruang pemikirannya sebaik sahaja pemandangan sekolahnya itu menyentuh wilayah penglihatannya.
Namun ada sesetengah perkara di dunia ini tidak dapat untuk di ubah walau setinggi mana pun, walau sedalam mana pun, walau seringan mana pun, walau seberat mana pun graviti kejengkelan perkara itu, adakalanya lebih baik jika ianya di biarkan menjadi seadanya. Dia terima tanpa keraguan.
Amanda sampai ke perkarangan sekolah dan terus menongkat basikalnya di kawasan tempat letak basikal sekolah yang disediakan. Dia terus berlari masuk ke bangunan sekolahnya. Dengan keadaan yang lengang, Amanda boleh melihat kelas-kelas yang lain sudah memulakan sesi pembelajaran mereka dari koridor tempat dia sedang gegas berlari. Dia terus mencari pintu kelasnya dengan secepat yang mungkin.
Amanda masuk dengan mengetuk pintu kelas meminta kebenaran untuk masuk ke kelas dari gurunya yang sudah memulakan sesi pembelajaran.
“Kamu boleh masuk, Amanda.” sahut gurunya sambil menulis sesuatu di papan hitam kelas.
Amanda masuk tanpa lengah dan terus duduk di tempat duduknya sambil di perhati oleh gurunya dan rakan-rakan sekelas.
“Kenapa lewat? Jarang kau lewat.” bisik Anna, kawan kelas Amanda yang duduk bersebelahan dengannya dengan rasa ingin tahu.
Amanda tidak berkata apa. Sebaliknya dia mengeluarkan buku teks berkulit keras berwarna biru dan putih yang agak tebal dari begnya. Buku di buka pada muka surat yang sepatutnya untuk sesi kelas pada hari itu. Sekeping kertas kecil di capai di poket sisi beg dan di tulis sesuatu keatasnya. Anna hanya memerhati.
Amanda menghulurkan kepingan kecil kertas itu ke pada Anna selepas selesai menulis.
SEGITIGA BERMUDA. HABIS.
Mata biru Anna membulat besar. Seolah-olah sangat terkejut dengan apa yang di tulis sahabatnya itu.
“Buku 500 helai muka surat! Kau sudah baca sampai habis? Dalam seminggu? Di sebabkan ini kau lewat pagi ini? Sehingga jam berapa kau berjaga semalam” bisik Anna dengan nada terkejut.
Anna teringat kepada buku yang di tunjukkan Amanda beberapa hari yang lalu yang baru di beli sahabatnya itu kerana perasaan rasa ingin tahunya yang sangat menebal dan sangat mendalam terhadap perkara-perkara misteri yang berlaku di seluruh dunia. “Bukankah indah dunia ini.” Perkataan yang sering di dengarnya dari mulut Amanda.
Amanda tidak menjawab pertanyaan Anna sebaliknya hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada kawannya itu dan terus menumpukan perhatian pada papan hitam di hadapan. Dia tidak mahu ketinggalan di dalam pelajarannya, lebih-lebih lagi dalam subjek kegemarannya, Matematik. Kelas kembali ke sesi pembelajaran seperti biasa.

*********
“Huarghh..kelas hari ini sangat mengantuk ” keluh Anna kepada Amanda di dalam perjalanan mereka keluar dari kelas apabila tamat sesi pembelajaran pada hari itu.

“Ada apa-apa plan untuk petang ini?” tanya Anna

“Erm, aku ada sesuatu yang perlu aku habiskan. Kenapa?” balas Amanda sambil membayangkan novel yang baru dibelinya semalam di festival pesta buku yang dia kunjungi di bandar.

“Biar aku teka, novel detektif yang baru?” Anna menjeling sinis.

“Err...” Amanda hilang perkataan untuk di pilih.

“Amanda! Bukan baru semalam kita kenal. Aku boleh baca fikiran kau itu. Lagi pun memang sudah sememangnya kau itu kaki membaca. Apa lagi yang selalu kau buat selain membaca pada tiap-tiap petang.” sindir Anna.

“Boleh datang ke rumah aku malam ini? Ada sesuatu yang perlu aku tunjukkan pada engkau.”

“Erm..” perasaan bercampur baur memerangkap lidah Amanda untuk memberi jawapan terus.

“Kenapa? Kau ada sesuatu yang lebih baik untuk di buat?” Anna memandang Amanda yang masih tercari-cari perkataan balas untuk jemputannya itu.

“Datang ya?” Anna tegas.

“Hmm..ok. Aku rasa mungkin ada sedikit masa untuk di luangkan.” jawab Amanda perlahan.

“Bagus! Jumpa kau petang nanti!” kata Anna dengan nada gembira sambil menepuk bahagian belakang bahu sahabatnya itu.

Amanda dan Anna mendapatkan basikal mereka di tempat letak basikal dan menyorong keluar dari kawasan sekolah. Amanda melambai kepada Anna yang mula mengayuh pergi ke arah yang bertentangan dengan jalannya untuk pulang ke rumah.

Amanda melirik jam tangannya. Merangka formulasi untuk membentuk jadual hariannya pada hari itu. Sedikit penambahbaikan jadual di mindanya perlu di lakukan selepas terdapat satu lagi entiti perkara yang baru di terimanya.

Dia mencari kedudukan yang selesa di tempat duduk basikalnya dan mula mengayuh perlahan pulang ke rumah.

2:07 pm

Hari sudah mula gelap. Kelihatan awan hitam yang agak tebal terbentuk seperti seekor singa yang sedang berehat jauh di garisan ufuk tempat di mana Amanda mengayuh basikalnya.

Cahaya matahari kelihatan samar-samar apabila mula di telan kegelapan kelabu ke seluruh pelusuk dirgantara. Di seberang jalan kelihatan padang lalang yang meninggi dan menebal. Mewujudkan satu pemandangan romantis yang menerawang ke sepenuh ruang panorama mata sesiapa sahaja yang melihat.

Dia melalui kawasan pekan. Satu-satunya pekan lama yang menjadi tempat untuk penduduk di kawasan nya membeli barang keperluan harian mereka selain perlu ke bandar yang agak jauh dari kawasan perumahan.

Struktur rekabentuk bangunan rumah kedai dua tingkat yang agak lama dan sedikit kelihatan seperti senibina tamadun yang terdahulu, masih berdiri teguh memberi ruang dan perlindungan kepada tuan empunya premis meneruskan urusan perniagaan harian mereka.

Dinding batu bata berwarna merah di setiap blok sudah semestinya menyimpan dan menjadi saksi kepada ribuan memori dan sejarah yang sering bersilih ganti di pekan itu.

Pandangan mata Amanda terlekat ke sebuah kedai buku kecil di seberang jalan. Amanda berhenti dan memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada kenderaan sebelum dia melintas ke seberang jalan. Dalam visi pemikirannya hanya ingin meneroka kedai buku yang selalu di singgahinya untuk mencari keluaran baru novel detektif yang sangat menarik minat beliau.

Terlalu banyak jalan kebarangkalian dan kemungkinan yang berbeza dalam perspektif seni taakulan bagi merungkai setiap kes dan misteri yang belaku di dalam setiap novel yang di bacanya. Dan itu sangat-sangat memberi inspirasi kepada Amanda di dalam cara yang tiada sesiapa pun boleh terangkan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Amanda untuk mencari buku-buku baru di satu-satunya kedai buku di pekan itu. Kadang-kadang, dia mencari juga buku-buku yang lama untuk di baca. Kerana pada Amanda, buku-buku yang lama mempunyai kualiti penceritaan dan pendekatan yang berbeza. Lebih-lebih lagi jika bahan bacaan itu dihuraikan dari sudut rahsia dan misteri.

Tuan empunya kedai buku itu juga sudah di kenalinya lama. Boleh di katakan Amanda adalah salah satu pelanggan kedainya yang setia pada tiap-tiap bulan. Ada masanya juga, dia mencadangkan beberapa bahan bacaan yang baik dan berguna kepada Amanda dan juga beberapa pelanggannya yang lain. Dengan itu, menjadi lebih mudah untuk dia di senangi dan di ingati oleh pelanggan-pelanggannya. Lagi pun, tiada sesiapa pun yang boleh terus melupakan suatu karekter yang boleh di katakan unik yang terdapat pada seseorang walaupun baru sahaja di kenali. Di dalam kes ini, namanya.

Amanda menongkat basikalnya di sebuah pokok yang sudah mati di hadapan kedai buku. Dia sempat melirik ke langit seketika untuk memastikan supaya kemungkinan yang dia akan terperangkap di dalam hujan lebat di situ dapat di elakkan. Dia terus masuk ke dalam kedai.

“Ada buku baru hari ni, En. Upperswitch?” tanya Amanda kepada seorang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tinggi, berkulit putih: bukan putih seperti kulit kebanyakan manusia biasa, tetapi lebih kepada warna putih yang terdapat pada kekabu bantal atau gula-gula kapas yang tiada pewarna; bermisai tebal dan mempunyai kaca mata berbentuk separa bulat yang agak tebal saiz bingkainya.

“Ahh, Amanda. Depan tu ada katalog untuk buku yang baru sampai. Boleh cari dulu di situ.” dengan senyuman, En. Upperswitch menuding jari telunjuknya menunjukkan arah kepada Amanda untuk mendapatkan himpunan katalog yang tersusun rapi di sebelah pintu masuk.

“ok, terima kasih En. Upperswitch.”

Tanpa lengah Amanda bergerak ke sudut katalog. Dia mencapai sekeping kertas berwarna hitam terkandung isiannya gambar-gambar muka depan buku-buku yang baru di bawa masuk ke kedai beserta maklumat tentang buku-buku tersebut. Amanda menelek dengan teliti. Matanya mencari sesuatu.
Kedengaran bunyi rintikan titisan hujan menghentam gasar cermin besar di bahagian hadapan kedai. Hujan sudah mula turun.

Amanda memerhati keadaan di luar, merangka kebarangkalian untuk dia terperangkap di situ memang tidak dapat di elakkan. Langit kelihatan sangat gelap. Awan-awan hitam yang membawa air hujan di tiup angin kencang dengan begitu deras untuk berada di atas bumbung-bumbung bagunan di kawasan pekan. Bilangan titisan air hujan yang sedikit kecil pada mulanya semakin bertambah padat dan lebat.

Amanda masih lagi memerhati keadaan di luar. Melihat rutin mereka menyiapkan diri menghadapi hujan. Payung besar di buka untuk melindungi buah-buahan, rak-rak besi mini surat khabar yang teletak di luar ditarik masuk ke dalam kedai, lampu-lampu jalan yang terdapat pada tiang lampu yang begitu artistik dekorasinya sudah mula menyala, hamparan plastik lutsinar yang lebar diguna mereka untuk menutupi setiap barang jualan mereka daripada terkena tempias air hujan yang mula melebat.

Jauh di benak hatinya, mahu saja dia meredah hujan yang lebat itu sampai ke rumahnya. Akan tetapi perbuatan seperti itu akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko untuk jatuh sakit. Jadi dia memlih untuk berada di tempat dia berada sekarang. Lagi pun dia berada di tempat kegemaran sebuah kedai buku. Tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk berada di sini dalam tempoh masa yang lama. Dia sambung kembali pencariaan buku di atas katalog di tangan nya.

Telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan teks yang di terima. Amanda menyeluk beg sandang coklat yang tergantung melilit badannya dengan kemas. Dia membuka kotak pesanan teks dan melihat nama pengirim yang tertera di dalam senarai nama peti simpanan mesej.

“Mama.”

D, hujan ni..D ada di mana?

Amanda menjeling ke luar kedai dan memerhati keadaan hujan di luar. Cuba merangka seberapa lama hujan di luar akan terus turun membasahi bumi. Pandanganya kembali fokus ke ruang telefonnya dan menekan butang balas dan mula menaip teks ruangan mesej.

D ada di kedai buku En. Upperswitch. Berteduh sekejap, mama. Balik selepas hujan berhenti nanti.

Balas Amanda memberitahu tentang situasinya bagi mengelakkan ibunya dari terus khuatir dan risau. Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi sekali lagi.

Hati-hati..hujan lebat ni..apa-apa nanti beritahu mama ye..

Balas ibunya dengan tulisan yang penuh dengan makna mengambil berat dan nasihat yang mudah di fahami Amanda. Amanda faham dengan situasi yang sedang berlaku. Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi bila mereka tiada di depan mata.

Baik ma

Balasnya pendek. Amanda menekan butang balas mesej dan menyimpan telefonnya kembali ke dalam beg sandang. Amanda berjalan masuk ke dalam kedai. Mencari ruang rak yang tersimpan buku-buku genre kegemarannya.
Matanya memerhatikan tajuk-tajuk buku yang di susun rapi di seksyen Misteri. Dia berhenti di suatu sudut dan mengambil sebuah buku lalu menelek di bahagian belakang buku yang biasanya memaparkan sinopsis tentang buku tersebut.

Amanda mencari suatu sudut bacaan dan duduk. Dia mula membaca buku yang berada di tangannya. Mungkin membaca boleh mengalihkan perhatiannya sebentar dari kerisauan yang memenuhi ruang hati dan fikirannya tentang bagaimana jika hujan tidak surut hingga ke malam. Sekurang-kurangnya itu lah yang difikirkan Amanda sejenak pada waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience