BAB 5

Other Completed 258

RUMAH, MATAHARI DAN ….

“Bang Razif , kalau ilmu pertukangan rumah Jawa yang juga mengaitkan arah
matahari untuk mencipta keadaan rumah yang baik, seperti kata Tok
Sahlan, yang itu pun salah juga kah Bang?”

“Hmm… Ilmu pembuatan rumah dan kaitannya kepada matahari, ada konsep
yang boleh digunapakai, dan ada yang tidak.”

“Macamana pula yang itu Bang Razif ?”

“Contohnya, bila membina rumah menghadap timur atau barat , cahaya
matahari boleh masuk ke dalam rumah sepanjang hari. Jadi, sesetengah
perabot boleh rosak.”
“oooo… Lagi bang Razif ?”

“....dengan ilmu ini, ditambah faktor pengudaraan yang baik pula,
dapatlah kita rendahkan darjah kepanasan. Rumah pun boleh dibina
menghadap utara atau selatan untuk mengatasi masalah ini secara
langsung." Razif mematikan skrin dan berpusing menghadap Hayla .

Bersila menopang dagu, Hayla membalas, "Jadi, macamana yang Hayla
boleh lihat, ilmu yang ini tidaklah salah untuk diaplikasi. Tidak ada
pula kaitannya dengan keimanan. Sekurang-kurangnya, tidaklah seperti
mana yang Hayla risaukan tentang Ana."

"Itu betul. Tapi kini, abang pun rasa agak risau juga sebenarnya.
Takut-takut Ana jadi tersesat jauh pula.”

“Jadi.. Ana.. Ana bagaimana Bang Razif ? Bukankah kalau begitu, iman Ana
dalam bahaya?”

“Itu abang tidak berani menghujahkan. Namun, dari cara Hayla bercakap
tadi, abang dapat rasakan, Ana dalam masalah agak besar juga. Kalau ada
ustazah ustaz yang tahu, bukankah lebih senang?”

“Bang Razif , kasihan Ana. Apa yang Hayla boleh bantu lagi ya? Hayla
takut kami putus kawan kerana ini. Hayla sayangkan dia. Selain bang
Razif , cuma bersama Ana sajalah, Hayla boleh kongsi minat, bahan dan
cerita tentang pengembaraan angkasa..”

“Sabarlah Hayla . Emm, apa kata, kalau Hayla buat solat sunat dua
rakaat dan ceritakan segalanya pada Allah?”

MISTERI KEINSAFAN

Di malam yang hening, Hayla terisak memohon bantuan buat Ana si sahabat
baik. Dalam sujudnya, pecahlah empangan air mata di akhir ‘amin’.

Dengan kehendak yang Maha Mengkehendaki, dalam mimpi yang menginsafkan,
Ana dibawa berjumpa keturunan ke 129 penjaga Gua Tempurung yang ahli,
Bentayan. Bentayan menceritakan bagaimana mereka menemui bintang dan
bulan. Bagaimana juga mereka menemui jujukan kebetulan kuasa langit
dengan nasib mereka. Dari kuasa kebetulan, sedikit demi sedikit syaitan
menyusup membinasakan mereka.

Akhirnya, dek percaya pada kebetulan itu, ratusan tahun suku Bentayan
ditipu dengan syaitan. Tidak seorang pun terselamat. Yang perempuan mati
dibunuh. Yang lelaki bergaduh bermusuh. Namun, akhirnya,tiba seruan
seorang rasul di akhir zaman Logam. barulah fitrah bertuhan terasa
mendamaikan. Bentayan juga mengupas surah Al-An’am, kisah keimanan Nabi
Ibrahim yang melihat bulan, bintang dan matahari sebelum menemui iman
sejati kepada Ilahi, Allah yang Maha Menguasai Langit dan Bumi.

“Apakah Ana mengira bahawa bintang di langit itu berkuasa menentukan
nasib kita? Sekiranya mereka mampu, sudah pasti mereka tidak mahu
menjadi bintang, bahkan mereka akan lari dari langit kita, enggan rasa
malu dan bersalah kerana manusia melihat mereka sebagai tuhan, bukan
sebagai tanda kebesaran Tuhan.”

“Ana, ilmu yang Ana pelajari itu, astronomi pun bukan, ilmu angkasa pun
bukan. Ia juga bukanlah ilmu sains. Ia adalah ilmu pseudo-sains. Al
Farabi, Al Biruni, Al Kindi, juga Ibnu Sina, mereka semua ini juga
mengetahui bukan sedikit tentang ilmu psikologi manusia. Namun, mereka
menolak astrologi sebagai ilmu kajian lanjutan angkasa, apatah lagi
kaitannya dengan tindak tanduk manusia, kemuliaan manusia, juga
kejatuhan tamadun manusia sebelumnya. Adakah Ana lebih hebat dari mereka? “

“Bangunlah Ana. Bangunlah dari zulmat ilmu yang menipu. Kejarlah
kebenaran TuhanMu. Hayla itu sahabat yang baik. Setialah bersama. Ana
takkan kecewa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience