BAB 2

Other Completed 258

PENGKAJI

Dalam senja yang mendung itu, sedih yang menggumam menemani perjalanan
Hayla pulang ke rumah. ‘Mungkin Ana sudah sampai ke rumahnya,
bertemankan badai marah yang menggulung.’ Dia memujuk lara. Apakan daya,
Hayla semakin tidak tahan dengan Ana kebelakangan ini. Cukuplah bintang
itu untuk dicerap dan direkod. Bukannya untuk disembah diimani sebegitu!

Sepanjang Jun ini, dalam kelasnya, Ana sibuk membuat jadual personaliti
dan bintang kelahiran setiap ahli kelasnya, dan menghadiahkan kad ucapan
istimewa di setiap hari lahir mereka.

Dalam tiap perbualan mereka berdua, Ana akan mengutip kata-kata dari
buku berkaitan bintang yang dibacanya sebelum berusaha mengaitkan fakta
bacaan bintang kepada topik atau orang dalam cerita. Pada Hayla ,
kejadian dan peristiwa yang selaras dengan ‘sirah’ bintang itu hanyalah
secara kebetulan sahaja.

SEMINGGU YANG SUDAH

“Hayla , Ana tahu, sebenarnya Jun dan Khalisa itu tidak boleh rapat,
kerana bintang kelahiran mereka tidak serasi. Jun itu berbintang Libra
dan Khalisa pula berbintang Aries. Dalam buku ‘’The Star in Your
Lifepath’ yang Ana pinjam tempoh hari, Evangeline Adams, mengatakan
bahawa Aries danLibra sukar berkawan kerana masing-masing memiliki
sifat yang sangat kontra. Libra tenang, manakala Aries suka mencabar
dan dicabar. Sebab itulah…”

“Ana, hentikan. Aries di lokasi ekuatorial pada ruang dalam garis
berdarjah 10 hingga 30. Libra pula berdarjah sifar ke negatif dua
puluh. Aries muncul pada jam 3 pagi, dan Libra pula muncul pada jam
empat petang. AriesdanLibra tidak berjumpa di mata kita, namun itu
tidak semestinya menjadikan mereka kontra pada jujukan masing-masing!
Dan sudah pasti ia tidak semestinya menjadikan Jun dan Khalisa kontra
pada diri mereka masing-masing!”

“Hayla , awak perlu percaya. Ini adalah ilmu juga. Mengapa awak mahu
menolak ilmu sains angkasa saya?””

“Ana, ilmu itu tidak semuanya boleh diguna, walaupun mungkin ada
kebenarannya. Dan, kita tidak boleh sesuka hati menafsir perlakuan orang
mengikut pengetahuan kita, mahupun apa yang kita lihat. “
merah padam muka Ana.

Hayla sedar Ana sedang menahan marah. Namun, dia menyambung perlahan.
“Orang itu tidak hidup dalam kepala kita Ana..”

“Berani betul awak katakan apa yang saya belajar ini salah. Tak
mengapalah, satu hari awak akan faham juga Hayla !.”

Itulah kali terakhir Hayla berbual dengan Ana, sebelum Ana terdiam
seribu bahasa dan sejuta saat, sebaik mereka sahaja melihat kelilbat Jun
dan Khalisa yang telah pun berbaik-baik dan makan bersama di kantin
sekolah. Atas semangat persahabatan, Hayla sendiri yang mendahulukan
tangan kanan menyua salam permohonan maaf. Namun hari ini, Hayla
terpaksa sekali lagi menegur Ana atas silap yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience