BAB 4

Other Completed 258

IMAN ORANG GUA

Tetikus dialihkan, lalu skrin komputer memaparkan gambar dalam gua.
“Mari Hayla , abang tunjukkan”.

Gambar dalam gua Tempurung mereka belek satu persatu. “Maksud abang,
mereka percaya kepada kuasa ghaib yang ada pada langit, bulan dan
bintang.” “Oooo. Maksud abang, orang zaman ini percaya, bintang, bulan,
memiliki kuasa yang boleh menentukan untung nasib mereka?”
“Betul lah apa yang Hayla fikirkan itu. Rekod menunjukkan terdapat
lukisan sembahan orang lidi kepada bintik-bintik bersinar di Gua
Tempurung. Cuba Hayla tengok ini.” Jari Razif menunjuk contengan orang
lidi di skrin komputer. Bulat mata Hayla takjub..

“Bagi abang, bulan memang boleh mengakibatkan pasang surut air sungai
dan laut. Bintang pula membantu menunjukkan arah kiblat, juga arah
pelayaran bagi pemgemudi kapal di lautan luas. Contohnya bintang utara
dalam jujuk Aries.” ‘Aries?? Hai, Aries lagi…’ fikir Hayla . Teringat
dia pada muka Ana mencemiknya petang semalam.

"Namun, mereka tidak boleh menyebabkan kita menjadi sakit, mulia atau
kaya. Apatah lagi menemukan jodoh.”

“Baru Hayla faham maksud abang. Animisme ini, kepercayaan bahawa Tuhan
wujud dalam rupa makhluk, bukan begitu?”

“ Emm, mungkin ia lebih tepat lagi kalau kita sebut Animisme ini
kepercayaan bahawa benda memilliki kuasa ghaib yang boleh mengawal nasib
manusia, tidak kira benda itu bernyawa atau tidak.”

“Bagaimana pula pendapat Bang Razif mengenai tradisi kepercayaan orang
suku Jawa seperti kita, tentang perihal bulan dan susunan kelahiran
manusia dalam seminggu yang katanya boleh menyerasikan pasangan yang
bakal berkahwin?"

"Maksud Hayla ?"

"Iyalah bang Razif , contohnya, Paman Kassan yang lahir pada Jumaat
Keliwon, bernikah pula dengan Bibik Nasriah yang lahirnya pada Selasa
Pahing. Hayla lihat mereka sangat serasi. Keliwon itu fasa berdiri.
Pahing pula fasa menghadap. Bukankah fasa bulan mereka sama bentuknya?
Duduk sama rendah, berdiri pun sama tinggi. Mungkinkah ada kaitan di
situ, Bang Razif ?”

“Kalau Hayla tanya pendapat peribadi abang tentang itu, sejujurnya
abang memang tidak pernah suka untuk mempercayainya. Bang Razif faham
maksud Hayla . Kedudukan bulan dan fasanya dalam seminggu berubah-ubah
bukan? Dan, Hayla cuba mencari kaitan keserasian pasangan tersebut
menerusi hari kelahiran, dengan kedudukan bulan, bukan begitu?”

“Ya Bang Razif . Begitulah maksud Hayla .”

Razif membuka tapak tangannya, sejurus menutup dua jari meninggalkan
tiga jari kekal terbuka - ibu jari, jari telunjuk, jari tengah. ‘Apa
pula idea bang Razif ini’ Hayla terdiam.

“Soalannya, apa akan jadi sekiranya faktor kufu sudah beres, kewangan
beres, kematangan sudah beres,…” jawap Razif lalu menutup satu persatu
jarinya dengan tiap jawapan tadi, lalu menyambung. “….tetapi kita susah
hati ingin meneruskan niat membina masjid disebabkan tidak serasi dengan
jadual hari Jawa? Ikut Islam, ikut Nabi, hidup berkat, terpandulah budi.”

“Oh, begitu rupanya.” Hayla diam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience