BAB 1

Other Completed 258

Sepasang kawan baik berpapasan pulang dari meja kecil di hadapan
perpustakaan mini menuju ke bangsal basikal. Mereka baru sahaja berkawan
rapat sejak awal tahun lepas ketika memasuki Sekolah Menengah Bukit
Angin yang sama. Ana dan Hayla memiliki minat yang sama dalam
pengkajian bintang dan aeroangkasa, namun masing-masing memiliki
kecenderungan yang berbeza. Ana lebih senang mengaitkan dirinya dengan
ilmu mengenai kaitan bintang dan personaliti seseorang. Psikologi
personaliti kontemporari katanya. Hayla pula lebih gemar ke arah
mengenal pasti jujukan bintang dan galaksi di luar cerekawala Bima Sakti.

“Syah, Syah bintang apa?”

Terhenti terus langkah Hayla . Dia pelik dengan soalan Ana yang ini.
“Bintang? Bintang apa?"

“Emm, bintang kelahiran Syah lah.. Syah tahu?”

Hayla menggeleng kecil. Sambil melangkah, “Ana, Ana percaya sangat kah
dengan bintang-bintang ini?

“Alah, Syah ini, Ana bukannya percaya sangat. Ana saja mahu main-main.”

“Alah Cik Ana oi, kalau betul Syah sama dengan apa yang Ana tahu tentang
“bintang” Syah, Ana akan percaya juga, bukan?”

Ana menarik muka masam. Langkahnya terhenti. “Sudahlah!, kalau Syah
tidak mahu beritahu Ana, apa boleh buat. Hari juga pun sudah mendung.
Ana.. Ana minta diri dahulu..”

“Ana? Hm, merajuk lah pula. Baiklah, kita pu…..”

Belum sempat kata-kata Hayla habis, tiba-tiba, Ana meninggalkannya lalu
mengambil basikalnya tergopoh-gapah. Tanpa menoleh ke belakang, Ana
menunggang pantas meninggalkan Hayla keseorangan. Hayla tergamam.
Geram membungkam dibuang jauh-jauh dari hati. Dalam diam, Hayla
mendoakan kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience