Rate

BLACK ROSE (broken inside) 10

Drama Completed 921579

Aydean merenung wajah Mawar yang lena di atas katil hospital itu. Kie. Lain sungguh wajahnya. Berbeza sewaktu kali terakhir mereka bertemu. Rambut yang dulu sedikit pendek yang selalu menutupi alis mata wanita itu, kini, terlihat begitu sempurna di depan mata Aydean. Aydean merapati katil Mawar. Dia mengusap pipi Mawar dengan lembut. 

Tiba-tiba Mawar tersedar dari lena apabila terasa pipinya disentuh seseorang. Mata Mawar terbuka. Aydean terkejut lalu mengundurkan langkah beberapa tapak ke belakang. 

Mawar menoleh ke arah Aydean sambil melihat sekeliling. Dadanya berdegup laju. Mimpi yang sama berulang dalam lenanya. Kali ini lebih jelas. Wajah Aydean muncul di depan mata. 

"Are you okay?"  soal Aydean apabila melihat Mawar seolah-olah mengalami mimpi ngeri. 

"Sakit..," Mawar memegang bahunya yang berbalut kemas. Aydean kasihan melihat wajah Mawar yang berkerut menahan sakit.

"You jangan bergerak banyak. You nak air? I ambilkan," Aydean menghampiri meja sisi katil dan menuangkan air kosong ke dalam gelas. Aydean membantu Mawar untuk duduk dan gelas disuakan ke mulut Mawar. Perlahan Mawar meneguk air yang disuakan ke mulutnya. Tiba-tiba Mawar sedikit tersedak. Aydean menepuk lembut belakang Mawar. 

"Slowly, sweetie," ucap Aydean tanpa sedar. Bertambah tersedak Mawar mendengar Aydean memanggilnya dengan panggilan itu. 

"Hey, I said slowly," Aydean cemas dan masih menepuk belakang Mawar. Dia menundukkan kepala untuk melihat wajah gadis itu. Mawar menolak tangan Aydean dari terus menepuknya. Aydean tersedar ketelanjuran perbuatannya dan dia akur.

Putus fius agaknya dia ni! Sweetie?? Macam nama roti!

"You nak buat apa ni?" soal Aydean apabila melihat Mawar menarik selimut dikaki dengan sebelah tangan.

"Nak tutup kepala," balas Mawar dengan suara yang serak. Dia berusaha menarik selimut tersebut. Aydean membantu Mawar mengambil selimut itu dan diserahkan kepada Mawar. Lantas Mawar menutup kepala.

Aydean bangun dari duduknya sambil merenung wajah Mawar yang sedikit pucat itu. Dia menarik nafas dalam. 

"I'm sorry. Because of me, you cedera sampai macam ni, Kie," ucap Aydean lembut. She's perfect! Hati Aydean mula terusik dengan wajah Mawar. 

"Don't call me that name. I'm not Kie," tegas Mawar tanpa memandang wajah Aydean. Dia masih menafikan bahawa dirinya adalah Kie.

"Don't deny it. I know you're Kie," tegas Aydean. Hatinya kuat mengatakan bahawa wanita dihadapannya itu adalah Kie. 

"No! I'm not!" ucap Mawar separa menjerit. Hatinya sakit dengan kedegilan Aydean. Dia tidak mahu mengingati nama itu. Nama masa silamnya.

"Okaylah, I tak nak ganggu you. I'll tell Shark about you," sengaja Aydean menyebut nama Syakir dengan niat mahu mengugut wanita itu supaya Mawar mengaku dia adalah Kie.

"No! Don't tell him!" balas Mawar dengan pantas. Dia mula cemas. Dia takut akan respon Syakir jika lelaki itu tahu siapa dirinya.

"Why?" soal Aydean dengan tenang. Dia berdiri sambil kedua tangannya dilipat ke dada. Dia merenung ke arah Mawar.

Kie, I miss you so much!!

"Because, i'm not Kie," balas Mawar dengan perlahan. Dia mengalih pandangan dari bertentang mata dengan Aydean. Dia tahu Aydean tidak percaya dengan kata-katanya.

"Got to go," Aydean terus keluar dari bilik wad tersebut. Dia malas mahu bertekak dengan wanita itu. Yang pastinya dia yakin bahawa Mawar adalah Kie.

Aydean terus berjalan masuk ke dalam bilik wadnya semula. Dia bimbang jika ada wartawan yang mengekorinya selewat ini. Jam di tangan di lihat. Hampir pukul 3 pagi. 

"Thanks," ucap Aydean kepada seorang jururawat yang membenarkan dia menceroboh ke dalam wad Mawar selewat pagi sebegini. Jururawat tersebut tersenyum malu. 

AYDEAN merebahkan dirinya di atas katil. Segala kenangan dia bersama Mawar dan Syakir berputar di ingatan. 
. .
.

Dari jauh kelihatan Kie yang datang dengan motor Yamaha Rxz berwarna hitam miliknya. Dean dan Shark menunggu dari jauh dengan sabar. Jam ditangan di lihat dua tiga kali. 

'Asyik lambat je perempuan ni!' bebel Dean di dalam hati. Kali ni dah masuk sepuluh kali Kie lewat selama sejam. Tapi, Shark masih bermuka manis menunggu buah hatinya itu.

"Sorry, I lambat. I tunggu Papa tidur baru I menyelinap keluar," ujar Kie sebaik sahaja dia berdiri di depan Shark. Shark hanya tersenyum manis sambil memeluk bahu wanita itu. Dean? Menyumpah dalam hati.

Dasar perempuan!! 

"It's okay my love. I always waiting for you. Satu hari pun, I boleh tunggu," balas Shark bermulut manis. Kie tersenyum lebar sambil merenung wajah Shark.

"That's why, I love you so much, Sharkie!" Kie memeluk pinggang Shark erat. Dean? Menyumpah lagi.

Phui!!

"Dah!Dah! Cepat! Dah lambat nak jamming ni," Dean bersuara keras. Malas mahu melihat adegan yang boleh buat dia termuntah on the spot disitu.

"Alright. Let's go!" Shark dan Kie membontoti Dean dan geng-geng mereka yang lain naik ke studio jamming yang berada di sekitar Bukit Bintang itu. 

'Nak sound aku lah tu!' gerutu Kie di dalam hati. Dia tahu Dean tidak menyukainya. Dean suka bercakap kasar dengannya. Tapi, dia peduli apa.

I hate him!!

Masuk sahaja di dalam studio, mereka mengambil tempat masing-masing. Dean mengambil posisi sebagai drummer, Shark posisi bass, Haikal posisi guitarist, Anim posisi keyboard dan Kie vokalis. Beberapa geng mereka yang lain, hanya menjadi penonton dan pasukan sorak.

Lagu pertama yang mereka mainkan adalah lagu dari kumpulan Muse-Unintended. Lagu pilihan Shark. Lagu yang membuatkan Shark jatuh cinta dengan Kie buat pertama kalinya.

Muzik bermula.

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

Shark tersenyum saat lagu itu dinyanyikan oleh Kie dengan penuh perasaan. 

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before

Dean pula? Tekun bermain drum sambil sekali sekala matanya memandang ke arah Kie. Dia kagum dengan suara wanita itu.

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

Kie menyanyikan lagu tersebut mengikut tempo yang betul. Dia selalu menjadi pilihan kumpulan mereka untuk menjadi vokalis sepanjang tiga jam mereka berada di dalam studio jamming itu. Boleh dikatakan antara ramai-ramai geng mereka itu, Kie sorang yang bersuara merdu dan pandai menyanyi. Yang lain boleh menyanyi, tetapi sekadar menyanyi dan tempoh boleh dikatakan semua kelaut.

Setelah selesai tiga jam di dalam studio jamming, mereka semua keluar melepak di sekitar Bukit Bintang di tepi-tepi jalan sambil membuat huru hara disitu. Melepak tanpa arah tujuan. Aktiviti wajib mereka setiap malam minggu. 

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

"Jomlah, balik!" Dean menarik tangan Shark yang mula melilau tanpa arah. Mabuk! Begitu juga Kie. Tin arak di tonggeng ke mulut berkali-kali oleh Shark. Kie melihat gelagat Shark sambil ketawa mengekek. 

"Dah habislah, Sharkieee," ucap Kie berlagu. Dean memandang kedua-dua manusia itu dengan penuh rasa geram. 

Mabuk je menyusahkan aku!!

Dean memang tidak pernah menyentuh air arak tersebut. Dia hanya menemani Shark yang memang suka bergembira dengan cara sebegitu. Tapi, Dean sekalipun tidak pernah minum apa yang Shark dan kawan-kawan yang lain minum. Dialah yang selalu menjadi penyelamat Shark dan Kie setiap kali mereka mabuk.

.
. .

Aydean meraup wajahnya. Kini, wanita yang bernama Kie itu sudah jauh berubah. Bertudung dan berpakaian sopan. Semuanya kisah masa silam. Zaman kegemilangan bak kata orang. Namun, kenangan itu, kenangan yang harus dilupakan untuk diri Kie.

××××××××××

Syakir tersenyum melihat ke arah Mawar saat wanita itu membuka mata. Mawar memisat-misat kedua belah matanya. Susuk tubuh Syakir dan Maira sudah pun berada di hadapannya tika ini.

Mawar cuba bangun dari pembaringannya. Cepat-cepat Maira membantu Mawar untuk duduk. Mawar tersenyum ke arah Maira.

"Thanks," ucap Mawar. Tekaknya terasa kering. Kali terakhir dia minum sewaktu Aydean membantunya malam tadi.

"Sorry Mawar. I baru tahu. Nasib baik Syakir belum pergi hospital lagi. Sempat I ikut Syakir," matanya mengerling ke arah Syakir yang masih tenang merenung ke dua wanita itu. Seperti biasa Mawar menarik selimut di kaki. Cuba menutup kepalanya yang tidak bertudung. Dia kurang selesa melihat Syakir merenungnya lama.

"Family you tak datang melawat you?" soal Maira sambil membantu Mawar meletakkan selimut di atas kepala. Dia faham wanita itu sedang menjaga auratnya.

"Tak. Diorang semua dekat kampung," Mawar terpaksa menipu. Dia tidak mahu soalan itu dipanjangkan lagi. Syakir melarikan pandangan matanya ke arah lain apabila melihat wajah tidak selesa Mawar.

"So, family you semua ada di kampung?" soal Maira lagi. Mawar mengukir senyum sambil menganggukkan kepalanya. Wajah simpati Maira mengundang rasa bersalah di hati Mawar kerana menipu.

"Mawar... Jujur dengan I, Dean ganggu you ke semalam?" soal Syakir tiba-tiba. Rasa curiganya masih belum hilang. Maira dan Mawar sama-sama tersentak. Maira memandang ke arah Mawar yang memandang tepat ke arah Syakir. Lama mata mereka bertaut.

"Eheemm...," Maira berdehem cuba menyedarkan Syakir dan Mawar yang masih merenung antara satu sama lain. Mawar tersedar dan menarik nafas dalam. Begitu juga Syakir, dia membetulkan semula degup jantungnya saat dia dan Mawar bertentang mata sebentar tadi.

Sungguh hati Syakir merasakan sesuatu dengan renungan Mawar. Namun, cepat-cepat dia menepis segala perasaan yang timbul.

"Dean ganggu you semalam?" ulang Syakir. Mawar menundukkan wajahnya. Mata melekat ke katil hospital. Lama.

'Mamat gila tu bagitahu Shark ke pasal aku?' gerutu Mawar di dalam hati. Dia mula risau. Tetapi riak wajah lelaki itu tidak menggambarkan apa yang dia fikirkan.

"No," Mawar mengangkat wajah memandang semula ke arah Syakir. Wajah dingin dipamerkan. Syakir tersenyum segaris.

"So, kenapa you dengan Dean dalam stor tu?" celah Maira ingin tahu. Dia yang duduk di sebelah Mawar memandang ke arah Mawar menanti jawapan dari mulut wanita itu. Mawar terdiam sekali lagi.

'Iiisshh nak jawab apa niii,' bebel Mawar di dalam hati. Bibir digigit perlahan.

"Eeemm.. Dean.. Dean tolong saya," jawab Mawar perlahan. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia tidak mahu isu di panjangkan.

"Oh.. ," balas Maira polos. Kepala diangguk tanda faham. Kemudian, Maira bangun menghampiri Syakir. Lengan Syakir diraih. Syakir mengukir senyum ke arah Maira yang sudah berada di sebelahnya itu.

Mawar menarik nafas lega apabila Maira tidak lagi bertanya tentang hal itu. Namun, pandangan mata Syakir masih meresahkan hatinya.

"You, jomlah. I lapar," rengek Maira. Syakir tersenyum segaris. Kemudian, matanya beralih ke arah Mawar. Wajah pucat wanita itu mengundang simpati di hatinya.

"You nak makan apa-apa? I belikan," pelawa Syakir. Mawar menggelengkan kepalanya. Dia berdoa agar pasangan itu cepat beredar dari situ.

"Eh, yelah. You belum makan kan?" celah Maira dengan mata yang terkebil-kebil. Mawar tersenyum melihat gelagat Maira. Syakir pula, terpegun melihat senyuman Mawar. Pertama kali, Mawar mengukir senyuman sebegitu.

Cantik!

"Takpe , Cik Maira. Saya makan makanan hospital je," balas Mawar masih tersenyum ke arah Maira. Maira turut membalas senyuman Mawar. Maira selesa dengan wanita itu. Walaupun sikap Mawar adakalanya dingin, tetapi wanita itu tidak pernah menolak permintaannya.

"Okay. Nanti I rindu nak makan masakan you," rengek Maira. Syakir menoleh ke arah Maira sambil menghela nafas. Kepala di geleng perlahan.

Asyik cerita pasal makan je!

"Alright Mawar. Nanti I minta Wendy settlekan segala pampasan untuk you. Okay," jelas Syakir. Syakir sangat menjaga kebajikan pekerja-pekerja di bawah jagaannya.

"Thanks, encik Syakir," balas Mawar. Wajahnya kembali dingin. Sekali sekala dia memegang bahu yang berbalut itu. Mula terasa sakit. Syakir melihat wajah Mawar yang berkerut saat wanita itu memegang bahunya.

"If you need something. Tekan je button merah tu," tambah Syakir. Dia bimbang. Namun, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk membantu wanita itu.

"Okay," Mawar menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Terima kasih datang melawat saya," ucap Mawar lagi. Dia tersenyum hambar ke arah dua susuk tubuh di hadapannya.

"Okay, Mawar. Take care," ucap Maira. Lengan Syakir masih dirangkul erat. Syakir hanya membalas dengan senyuman ke arah Mawar. Entah mengapa hatinya terusik tatkala melihat Mawar. Seakan ada satu rahsia disebalik wajah wanita itu.

Kemudian, mereka berdua keluar. Mawar menarik nafas lega. Bahu yang sakit dipegang. Nafasnya mula berdegup laju. Dia berjaya menahan riak wajahnya di depan Syakir dan Maira. Sedangkan sakit dibahunya semakin menjalar keseluruh tubuh dirasakan tika ini. Dahi mula keluar peluh-peluh kecil. Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan diri sendiri.

"Sakitt...," rintih Mawar sendiri. Denyutan di bahu semakin kuat. Seakan mengoyak setiap tisu ototnya tika ini. Dia menyandar di dada katil. Bibir digigit kuat. Air mata mengalir perlahan di pipi gebunya.

KLUK!!

Pintu bilik wadnya terbuka. Muncul Aydean yang sudah lengkap berpakaian biasa. Dia cepat-cepat menghampiri Mawar yang kelihatan sedang menahan sakit itu.

"You kenapa ni?" soal Aydean cemas. Peluh di dahi Mawar dikesat dengan tapak tangan. Airmata Mawar diseka. Mawar sudah tidak peduli dengan perlakuan Aydean terhadapnya. Rasa sakit melebihi rasa peduli terhadap lelaki itu.

"Sakit.. Tak tahan...," rintih Mawar sambil menangis teresak-esak. Pantas Aydean menekan butang yang berada di sebelah katil Mawar. Kemudian, tangan Mawar digengam erat.

"Shuuu..You tahan okay. Kejap lagi nurse datang," pujuk Aydean sambil menggosok tangan Mawar. Mawar memejamkan matanya. Cuba menahan segala kesakitan yang perlahan-lahan menjalar ke setiap tubuh tika ini. Aydean merenung wajah di hadapannya itu dengan rasa simpati.

Tidak lama kemudian, masuk seorang jururawat ke dalam ruangan bilik Mawar. Aydean bangun dari duduknya memberi ruang kepada jururawat tersebut untuk merawat Mawar. Dia berdiri di hadapan katil Mawar sambil melihat setiap tindakan jururawat itu.

"Sakit di bahagian mana, cik?" soal jururawat tersebut dengan lembut. Mawar memegang bahu kirinya sambil membuka mata perlahan. Jururawat tersebut menyelak sedikit baju Mawar dan melihat balutan tersebut.

"Mungkin kesan bius dah habis. Jadi, saya akan beri ubat tahan sakit buat sementara waktu ni," ujar jururawat tersebut sambil memandang ke arah Aydean. Aydean menganggukkan kepalanya tanda faham. Mawar kembali memejamkan matanya. Dia mengawal nafas dan cuba bertenang. Dia masih tidak peduli kehadiran Aydean di situ.

Jururawat tersebut keluar dari bilik dan beberapa minit kemudian, dia kembali bersama ubat tahan sakit yang di maksudkan. Aydean memerhatikan setiap tindakan jururawat itu. Setelah selesai, jururawat tersebut keluar semula dari bilik tersebut.

Aydean menghampiri Mawar semula. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Mawar. Tangan yang berurat itu direnung. Teringat kembali saat wanita itu mencengkam leher bajunya tempoh hari. Aydean tersenyum. Wajah Mawar yang putih bersih itu direnung lama. Matanya meneroka setiap inci wajah di hadapannya.

"Feel better?" soal Aydean dengan suara yang gemersik. Mawar tersentak. Perlahan dia membuka mata. Wajah Aydean dirasakan begitu hampir. Dia mula tidak selesa.

Mawar tidak menjawab soalan Aydean, sebaliknya dia cuba berganjak sedikit dari duduknya. Namun, dengan bahu yang berbalut sebegitu, agak menyukarkan pergerakkannya.

"Tak selesa dengan I?" soal Aydean faham dengan wajah dingin Mawar. Dia menarik nafas dalam. Raut wajah Mawar yang pucat itu direnung lagi. Lama. Berlapis-lapis kerutan didahi Mawar menahan sakit.

"You cantik," Aydean tidak dapat menahan kata-katanya dari memuji wanita itu. Sungguh, Mawar terlalu cantik di matanya. Jantung Mawar bagaikan terhenti sedetik saat mendengar ucapan Aydean.

'Putus fius!' gerutu hati Mawar. Dia semakin tidak selesa dengan Aydean. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Aydean tersenyum melihat wajah Mawar yang mula merona merah.

"My crush, my enemy," perlahan Aydean menutur kata. Namun, cukup untuk di dengari oleh halwa telinga Mawar. Mawar masih membeku tanpa kata. Malas dia mahu melayan perangai lelaki itu. Sengaja mengundang rasa tidak selesa pada dirinya.

Perlahan rasa sakitnya mula kurang. Aydean sudah pun bangun dari duduknya. Namun, mata masih melekat di wajah Mawar. Sesekali terdengar keluhan dari bibir Aydean. Melihat kebisuan Mawar membuatkan Aydean sedikit kecewa. Dia tahu, pasti Mawar membencinya.

"Kie, I minta maaf. Sebab I, you cedera," ucap Aydean sambil merenung Mawar. Wajah Mawar berubah riak saat panggilan nama itu meniti di bibir Aydean.

"Saya bukan Kie. Awak salah orang," balas Mawar dengan suara perlahan. Aydean tersenyum sinis.

"You tak boleh tipu I, Kie. I kenal you. I kenal suara you. I kenal susuk tubuh you. I kenal segala-galanya tentang you," tenang suara Aydean tika ini. Wajahnya sedikit suram. Dia tahu, dia bukan pilihan Mawar. Pasti wanita itu masih mengharapkan Syakir. Jika tidak, tak kan Mawar bekerja di restoran mereka. Mesti sebab Syakir.

"You don't know me," balas Mawar lagi. Dia masih tetap menafikan dirinya adalah Kie. Mawar sudah lama membuang nama Kie dalam hidupnya. Jadi, dia tidak mahu lelaki itu mengingatkan dirinya tentang masa lalu yang membangkitkan rasa duka di hatinya.

"You boleh tipu orang lain. Tapi, you tak boleh tipu I," Aydean masih berharap wanita itu mengaku dirinya adalah Kie. Mawar menarik nafas dalam.

"Please encik Aydean. Jangan ganggu saya," Mawar sudah malas mahu berdebat dengan Aydean. Sakitnya masih belum hilang sepenuhnya. Sekarang perlu melayan karenah lelaki di hadapannya itu.

Menjengkelkan!

"Ok fine. I tahu you tak suka I. Tapi, I akan buat you suka I dari Syakir," tegas Aydean sambil menahan perasaan sebalnya. Riak wajah Mawar yang dingin itu membuatkan Aydean geram.

"Good bye, sweetie. I akan datang melawat setiap hari. Lepas ni, I akan tunjuk muka I depan you setiap hari. Sampai you suka I, Kie," tambah Aydean lagi. Sempat dia memandang wajah Mawar yang masih sama sejak dari tadi itu. Aydean melepas keluhan. Daun pintu di tarik dan dia keluar dengan perasaan yang bercelaru.

'Kali ni, aku akan cuba dapatkan hati kau, Kie,' gerutu Aydean di dalam hati. Perlahan dia mengatur langkah dan menuju ke kaunter untuk mendaftar keluar dari hospital itu. Aydean diiringi oleh dua orang pengawal peribadi yang diupah Syakir. Mereka mengawal Aydean dari diserbu oleh wartawan dan peminat-peminat yang mahu mengambil tahu tentang Aydean.

Sementara itu.

Mawar merasa sedikit lega selepas Aydean keluar dari ruangan itu. Terasa sesak dadanya mendengar setiap kata-kata dari Aydean tadi. Selagi dia boleh menafikan dirinya, selagi itulah Mawar tidak akan mengaku.

Mahu berhenti dari restoran itu, dia sudah menanda tangani perjanjian. Jadi, dia tiada pilihan selain bertahan sahaja di sana. Selagi Aydean merahsiakan perkara itu kepada Syakir, selagi itu, Mawar akan tetap berada di situ.

My heart is so tired. Time healer, human killer - Mawar Kirana

bersambung....

Share this novel

MommyZahra
2020-11-11 19:15:51 

tenkiu for new chapter..ummUahhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience