Bab 2

Romance Series 117029

Keesokkan harinya, Aisyah bertemu dengan sahabat baiknya Kaisara. Sebaik sahaja pintu dibuka, Aisyah terus meluru ke arah Kaisara dan menekap wajahnya di bahu Kaisara.

"Apa yang dah jadi sebenarnya, Syah? Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Kaisara, dia membawa Aisyah masuk ke dalam ruang tamu. Mereka duduk di sofa dan Kaisara mengenggam erat tangan Aisyah.

"Semalam Farhat beritahu aku yang dia nak kahwin. Dia bagi aku pilihan sama ada aku nak bercerai dengan dia atau nak bermadu dengan perempuan tu. Aku dah tak tahu nak buat macam mana, Sara. Hati aku sakit sangat." Aisyah berkata. Air mata mula bergenang di tubir mata.

"Mak dan bapa mertua kau tahu tak soal ni?"

Aisyah mengangguk. "Aku ada call umi dan beritahu tentang pekara ni. Mereka ada datang bagi nasihat dengan Farhat tapi dia tetap taknak dengar. Malah dia beritahu parents dia yang dia lebih sanggup lepaskan aku daripada lepaskan perempuan tu. Aku kecewa Sara, aku kecewa dengan sikap Farhat."

"Habis sekarang kau nak buat macam mana? Kau nak biarkan Farhat kahwin dengan perempuan tu? Kau kenal ke perempuan yang dah rosakkan rumah tangga kau ni?"

Aisyah menggeleng. "Sampai saat ni, aku masih tak tahu siapa perempuan tu. Yang aku tahu nama perempuan tu Athea. Sebab tu aku datang jumpa kau. Laki kau kan kawan baik Farhat, satu tempat kerja, manalah tahu dia kenal perempuan tu."

"Aku akan cuba tanya Wan. Sekarang ni aku tak nak tengok kau sedih. InsyaAllah, marriage kau akan selamat." Ujar Kaisara.

***

"Athea Adams? Kau nak kahwin dengan dia? Bro, kau dah fikir masak-masak ke? Kau tahu kan macam mana kehidupan sosial Athea? She's a party girl. Kau rasa kau boleh handle dengan night life dia ke?" Soal Safwan meminta kepastian daripada Farhat.

Farhat menyandar pada kerusi kulit. "Dia dah janji dengan aku yang dia akan tinggalkan semua tu kalau dia kahwin dengan aku dan aku yakin dia akan tunaikan janji dia."

"Boleh percaya ke? Kau kena fikir betul-betul, Far. Kahwin ni bukan benda main-main. Apatah lagi kau ni dah jadi suami orang. Aisyah boleh terima ke Athea tu? Aku tak rasa dia nak bermadu." Ujar Safwan.

"Aisyah tu aku tahulah nak urus. Aku pun dah bagi dia pilihan sama-ada dia nak bermadu atau berpisah."

Terbutang mata Safwan mendengar jawapan Farhat. "Kau sanggup lepaskan Aisyah demi model tu? Kau ni dah gila bayang dengan Athea."

"Aku dah lama tak rasa sebahagia ni, Wan. Kau kawan baik aku sebab tu aku kongsi benda ni dengan kau. Aku harap kau jangan halang aku walaupun aku tahu bini kau kawan baik Aisyah."

Safwan diam. "Hal rumah tangga kau, aku kalau boleh tak nak campur tapi aku harap kau jaga juga perasaan Aisyah tu."

"Aku cuba."

***

Selepas maghrib, Farhat terus bergerak ke studio penggambaran untuk bertemu kekasihnya. "Darling!" panggil Athea sebaik melihat Farhat melangkah masuk. Dia terus berlari mendapatkan Farhat, dan memeluk manja tubuh lelaki itu tanpa menghiraukan mata orang yang melihat mereka.

"Sayang, you kan pakai heels. Kenapa nak lari? Nanti jatuh macam mana?" tegur Farhat, tangannya memaut pinggang Athea.

Athea tersenyum manis. "I excited sangat nampak you tadi. I ingatkan you tak jadi nak jumpa I malam ni." Setelah meleraikan pelukkan, tangan Farhat diraih.

"I kan dah janji nak datang, mestilah I datang." Farhat mencuit dagu Athea. Comel sungguh gaya Athea di matanya. Comel? Hm, orang gila bayang gedik pun nampak comel. "Ini shooting you lama lagi ke nak habis?"

"Dah habis dah pun. I cuma tengok gambar-gambar yang mereka ambil je tadi. You dah nak gerak sekarang ke?"

Farhat mengangguk.

"Okay, kalau macam tu you tunggu sini kejap. I tukar baju and ambil barang-barang I dulu." Athea mengusap pipi Farhat sebelum beredar ke bilik persalinan.

Sementara menunggu Athea, Farhat duduk di kerusi yang telah disediakan di sana. Dia melihat ke segenap ruangan studio itu. "Let me guess, Farhat Nadhir, Chief architect of Redhorse Development?" satu suara menegurnya dan Farhat pantas mendongak.

"Haydar!" Farhat nampak terkejut. Dia bingkas bangun dan menghulurkan tangannya pada lelaki tinggi lampai itu.

Lelaki bernama Haydar itu tersenyum dan menyambut tangan Farhat sebelum memeluk tubuhnya."Tak sangka aku jumpa kau di sini, kau buat apa di sini? Jangan cakap kau datang sini sebab nak jumpa klien sebab setahu aku RD emphasises on property engineering and construction not fashion." sempat lagi lelaki itu mengusik rakannya.

Farhat ketawa kecil. "Aku datang sini tak ada urusan kerja pun, aku just nak jemput kawan. Kau tu pula buat apa dekat sini, tak silap aku kau dah pindah ikut bapa kau di Jakarta kan? Bila kau balik sini?"

"Aku kat sini sebab aku temankan mama saya urus photoshoot untuk butik dia. Aku pun baru je sini. Lepas mama saya buka butik kat sini, aku memang berkira nak ikut dia sekali tapi kebetulan aku sambung study. So lepas study tu papa suruh aku uruskan bisnes dia dekat sini. Itu yang aku balik KL. Anyway how's your wife? Aisyah?" jelas Haydar.

"She's….," belum sempat Farhat menjawab, Athea muncul di antara mereka.

"Darling, I'm ready." kata Athea lalu memeluk lengan Farhat.

Haydar menjongket kening. Melihat wajah binggung Haydar, Farhat akhirnya membuka mulut. "Kenalkan ini bakal isteri aku, Athea."

"Oh, I see. Tadi aku dah jumpa dia masa photoshoot, tak sangka pula dia ni bakal isteri kau. Haydar." Haydar menghulurkan tangan pada Athea.

Athea menyambut huluran tangan Haydar. Manis sungguh senyuman yang dia lemparkan. "Athea." Ucapnya dengan manja.

Haydar segera menarik tangannya semula.

"Okaylah, bro. Athea dah siap, so aku pun dah kena gerak. Aku nak bawa dia dinner. Anyway, good to see you." Farhat menepuk bahu Haydar.

Haydar mengangguk.

***

Malam itu, Aisyah menyediakan makan malam seperti selalu. Sayur baby kailan masak sos tiram dan kari ayam dihidang di atas meja dan ditutup dengan tudung saji. Matanya mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan jam 8 malam. Sepatutnya masa-masa macam ni Farhat sudah pulang.

Dia duduk di hadapan meja dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. 'Wan dah bagitau aku siapa perempuan tu. Nama dia Athea Adams. Aku rasa itu nama yang dia guna as a model. Jap, aku hantar kau gambar dia.' Kiriman WhatsApp yang dihantar oleh Kaisara diikuti dengan gambar seorang gadis berkulit putih. Cantik orangnya. Hidungnya mancung sempurna dengan tulang pipi yang tinggi. Bibir penuhnya berwarna merah muda serasi dengan rona di pipi.

'Wan tau tak mana aku boleh jumpa dia?' balas Aisyah.

Tidak berapa lama kemudian Whatsapp Kaisara masuk. 'Vanity Studios, dia kerja dekat sana.'

Aisyah menarik nafas panjang cuba menenangkan hatinya. 'Thanks, Sara.' ucapnya. Dia meletak telefon bimbitnya di atas meja. Wajah Athea bermain di benaknya. Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat dan kali ini dia meraup wajahnya berulang kali. Cuba untuk menghapuskan bayangkan suaminya bersama wanita itu.
Waktu itu, dia mendengar kereta suaminya masuk ke pekarangan rumah. Tanpa berlengah dia terus ke pintu utama untuk menyambut suaminya. "Lambat abang balik hari ni?" Aisyah menghulurkan tangan untuk salam tangan suaminya namun Farhat hanya lalu di hadapannya tanpa mengendahkan kehadirannya.

"Abang makanlah dulu. Aisyah dah siapkan makan malam. Kita makan sama-sama ya bang?" kata Aisyah lagi. Dia mengekori suaminya dari belakang tapi sedikit pun Farhat tidak memandangnya.

Farhat terus naik ke bilik.

"Abang, kalau ya pun kita ada masalah. Janganlah buat Aisyah macam tak wujud. Aisyah cuma nak ajak abang makan. Jomlah sayang, kita makan." pujuk Aisyah. Dia memegang tangan Farhat tetapi Farhat pantas merentapnya.

"Kau jangan sentuh aku!"

"Abang, tak boleh ke kita berbaik-baik? Kalau betul pun abang gilakan sangat dengan perempuan tu, tak boleh ke abang hormat Aisyah sebagai seorang isteri? Aisyah masih isteri abang!" Aisyah jadi sebak dengan kelakuan Farhat.

"Hormat? Kau ada hormat ke aku sebagai suami? Kau mengadu dengan umi pasal hubungan aku dengan Athea, kau buat papa tampar muka aku, mana rasa hormat kau terhadap aku?!" bentak Farhat.

Aisyah menggeleng. "Aisyah mengaku, Aisyah silap sebab dah mengadu dengan umi tentang masalah rumah tangga kita. Waktu tu Aisyah buntuh, Aisyah tak tahu nak buat macam mana. Abang tolonglah bang, jangan tinggalkan Aisyah. Aisyah sayang sangat dekat abang."

"Kalau kau sayangkan aku, bermaksud kau sanggup untuk berpoligami kan? Baiklah, aku takkan lepaskan kau kalau itu pilihan kau tapi kau jangan paksa aku untuk sayangkan kau sebab macam yang aku beritahu kau semalam, aku bertahan dengan kau pun sebab aku kesiankan kau. Mana ada laki yang nakkan perempuan selekeh macam kau ni?" Farhat tersenyum sinis lalu mengambil tualanya untuk mandi.

Sebaik sahaja pintu bilik air di tutup, air matanya berjuraian di pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience