Bab 11

Romance Series 117029

Raut wajah binggung jelas terpamer di wajah Kaisara. Lama dia merenung Aisyah yang kelihatan begitu berselera menikmati sushi yang dipesan. Entah sejak bila dia suka makan sushi, Kaisara sendiri pun tak tahu. Yang pasti pagi tadi Aisyah tiba-tiba menghubunginya mengajaknya keluar makan sushi. Tiga kali juga Kaisara meminta kepastian Aisyah. Dulu bukan main lagi tak suka, lagi-lagi kalau sake nigiri. Aisyah kata mual makan ikan mentah tapi sekarang jangankan sake nigiri, sashimi pun dia lahap. Berselera betul pula tu!

"Kau ni kena rasuk hantu raya ke? Gelojoh gila kau makan." tegur Kaisara.

Aisyah terhenti apabila ditegur oleh Kaisara. Dia mengambil tisu dan mengelap hujung bibirnya. "Kau ni potong selera aku betullah, Sara." ujarnya.

"Betul apa aku cakap tu. Kau ni dahlah tak pernah suka makan benda-benda macam ni, tup-tup hari ni kau teringin nak makan. Banyak pula tu. Kau mengandung ke?" soal Kaisara teragak-agak.

Berkerut dahi Aisyah. "Merepeklah kau ni, Sara. Aku saja je nak tukar selera tekak aku, tak sangka pula sedap. Salah ke aku nak makan?" Jawab Aisyah.

"Tak, tak salah. Kau makanlah sepuas-puasnya aku dah tak tegur dah. Ni, lain cerita, aku nak tanya kau… esok Farhat dah nak kahwin kan? Kalau tak silap aku, majlis tu dia buat dekat rumah kau kan? Sebab tu ke kau ajak aku keluar hari ni? Sebab kau tak nak tengok persiapan majlis dia?" soal Kaisara lagi.

Aisyah yang masih nampak tenang, meneruskan menjamu hidang di atas meja. "Memang betul pun Farhat kahwin esok dan dia buat dekat rumah tapi aku keluar hari ni bukan sebab taknak tengok persiapan majlis mereka cuma aku malas nak jadi penyibuk. Lagipula ramai sangat orang dekat rumah sekarang. Mana nak pasang khemah, hias rumah, set up pelamin semua tu. Daripada aku duduk berkurung dalam bilik, baik aku keluar dengan kau kan? Farhat pun bukan suka sangat tengok muka aku di rumah." jelasnya.

"Cara kau cakap macam kau tak kisah langsung pasal suami kau. Kau tak sedih ke dia nak kahwin lagi?"

Aisyah menghembuskan nafas berat. "Tipulah kalau aku kata aku tak sedih tapi kalau aku menangis, melalak sekalipun, benda dah nak jadi. Aku dah tak boleh halang mereka. Jodoh mereka kuat dan aku terima qadha dan qadar Allah. Aku percaya segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan Allah takkan uji kita luar dari kemampuan kita." ucapnya sambil tersenyum.

Kaisara tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya. "Amboi, bukan main lagi kau hujahkan aku kan? Tapi jujur aku happy tengok kau boleh terima semua ni. Who knows kan? Lepas Farhat kahwin dia tiba-tiba berubah jadi suami yang lebih baik, adil dan bertanggungjawab."

Aisyah hanya mengangguk setuju walaupun jauh di dasar hatinya, dia meragui yang Farhat akan berubah tapi kalau berubah pun apa salahnya kan? Walaupun masa tu mungkin dia sudah bukan bergelar isteri kepada Farhat.

Sedang mereka berdua asyik berbual, satu tangan menepuk bahu Aisyah. "Assalamualaikum." Seorang wanita 50an menyapa Aisyah. Wanita itu nampak ayu dan anggun dengan gaun maxi berwarna biru lembut serta rambut disanggul kemas. Badannya juga langsing bak model dalam majalah. Sekali pandang tak nampak langsung macam wanita yang sudah berumur kerana kedutan di bahagian muka pun tidak banyak.

"Waalaikumsalam, aunty!" Aisyah pantas bangun dan menyalam tangan wanita itu. "Aunty apa khabar? Lama tak jumpa."

"Aunty macam nilah, sihat. Cuma sibuk sikit dengan kerja. Boleh aunty join Syah?" Soal wanita itu.

Aisyah menarik kerusi kosong disebelahnya dan menjemput wanita itu untuk duduk. "Boleh aunty, duduklah. Oh ya! Sebelum Aisyah lupa, kenalkan ini best friend Aisyah, Kaisara. You can just call her Sara. Sara, ini mama Haydar, Amelia."

Dengan ramah Kaisara menyalam tangan Amelia. "Sara ni isteri kepada Safwan kan? Anak Datuk Elias."

"Betul, aunty." Kaisara mengangguk.

"Aunty pun kenal Safwan?"

Amelia tersenyum. "Macam mana aunty tak kenal dengan dia? Mama dia kawan baik dengan aunty, aunty selalu ikut mama dia kalau nak volunteer atau buat kerja-kerja amal. Cuma masa Sara kahwin aunty tak dapat nak datang sebab masa tu aunty di Jakarta dengan ex-husband aunty." Jelasnya.

Aisyah mengangguk, manakala Kaisara pula hanya tersengih.

"Oh ya, hari tu kalau tak silap aunty. Aunty ada nampak Syah dekat publication company. Syah kerja sana ke?" soal Datuk Seri Amelia.

"Tak, aunty. Aisyah datang sana cuma untuk interview."

"Laa, Aisyah cari kerja ke? Kenapa tak datang butik aunty? Butik aunty sekarang sedang cari orang di bahagian admin, kalau Syah nak, you can start on Monday." kata Datuk Seri Amelia.

Aisyah berpandangan dengan Kaisara. "Aisyah tak kisah nak kerja apa pun, cuma…Aunty rasa Aisyah boleh ke kerja di butik aunty without any fashion background? Butik aunty bukan butik kecil, it's a big brand in fashion industry. Aisyah pula tak banyak pengalaman kerja."

Amelia menepuk lembut paha Aisyah. "Syah di sana bukan kerja sorang, ada team aunty yang akan bekerja bersama Syah dan guide Syah. Lagipula kerja Syah bukan deals with needles and pin, Syah kena buat paperwork and other clerical duties which is unrelated to fashion but essential for the business." Jelasnya.

Aisyah berfikir sejenak sebelum mengangguk. "Kalau aunty dah cakap macam tu, rasanya tak ada sebab untuk Aisyah tolak offer aunty tu."

"Good, then I guess you can start on Monday?" Amelia berkata.

Sekali lagi Aisyah mengangguk.

***

Aisyah sampai di rumah sebelum masuk waktu Asar. Khemah-khemah telah sedia terpasang di luar pekarangan rumah yang luas itu. Kerusi dan meja pun sudah tersusun rapi. Ketika dia masuk, beberapa pekerja masih sibuk menghias pelamin dan ada juga yang menghias ruang tamu itu agar sesuai dengan tema. Di tingkat atas pula, kedengaran suara Athea sedang sibuk mengarah pekerja untuk mengubah suai bilik pengantin. Aisyah hanya mampu menghela nafas panjang dan meneruskan langkah menuju ke tangga.

Elok kaki Aisyah mencecah anak tangga pertama, dia terpandang Farhat yang keluar dari dapur dan sedang mengatur langkah menuju ke arahnya. "Seronok keluar pagi balik petang?" tegur Farhat.

"Saya dah minta kebenaran awak kan tadi? Awak kata saya boleh keluar so sekarang apa masalah dia?" malas Aisyah menjawab teguran Farhat.

"Setahu aku, kau minta kebenaran aku tadi untuk keluar dengan Kaisara. Aku tak tahu pula yang Kaisara dah tukar kereta?" sindir Farhat. Dia belum buta lagi. Dia nampak Aisyah turun dari kereta BMW berwarna hitam dan kalau tidak silap dia itu kereta yang Haydar pakai waktu majlis pertunangnya bulan lepas.

"Kalau bukan Kaisara yang hantar saya pun, apa masalahnya dengan awak? Saya balik dengan siapa sekali pun tak kacau persiapan majlis awak kan?" Balas Aisyah.

Menyedari yang pekerja-pekerja di sana mulai memandang mereka, Farhat mengalah. Sejak kebelakangan ni Aisyah memang jauh berubah. Mulutnya lancang dan berani melawan! Ini kalau tidak ada orang memang dah makan penampar!

Baru Aisyah berkira-kira hendak naik ke atas, tiba-tiba seorang pekerja dari tingkat atas berlari turun ke bawah. "Encik Farhat, cik Athea pengsan!" Kelam-kabut mereka berlari naik ke bilik.

***

Athea dibawa ke hospital. Aisyah yang membantu Farhat membawa Athea ke hospital juga berada di ruang menunggu semasa doktor memanggil Farhat untuk masuk ke bilik rawatan. Pucat lesi muka Athea namun dia sudah sedar dari pengsan.

Doktor yang merawat Athea tadi berdiri di tepi katil. Sementara Farhat menemani Athea di sebelah. "Lately ni Puan Athea banyak buat kerja berat ke?" Tanya doktor.

"Nak kata kerja berat tu tak adalah, cuma kami berdua sibuk untuk persiapan majlis kami." Jelas Farhat.

Doktor itu mengangguk dan tersenyum. "Oh, kira bunting pelaminlah ni? Lepas ni saya nak awak jaga baik-baik isteri awak. Ibu mengandung tak boleh terlalu banyak buat kerja yang berat-berat atau terlalu lama berdiri. Too much of that might risk the mother developing high blood, dan juga prematured birth."

"Ibu mengandung? Do you mean she's pregnant?" Farhat bertanya dengan mata tidak berkelip. Athea juga nampak agak terkejut.

"Yes, she's pregnant. Kandungan dah nak masuk 6 minggu." Kata doktor.

Aisyah yang berdiri di muka pintu, terus keluar dan menyandar pada dinding. Dia berkali-kali beristigfar, menyabarkan hatinya yang rasa ingin pecah! Lemah longlai kakinya bila mendengar berita itu. Ya Allah, macam mana suami aku boleh tersasar sejauh ini? 6 minggu? Athea dah mengandung 6 minggu dan apa-apa majlis pun belum lagi berlangsung. Menggeletar seluruh tubuhnya. Aisyah meraup wajahnya. Jelas bertapa kecewanya dia saat ini.

Usai doktor keluar, Farhat juga keluar untuk mengambil air untuk Athea. Sebaik sahaja dia keluar, dia melihat Aisyah masih berdiri di luar. Mata isterinya sembam dan pandangannya kosong ke arah dinding. "Tahniah, hajat awak untuk jadi seorang ayah dah terkabul." Aisyah tersenyum tawar. "Saya tak sangka, orang yang selalu hina saya, rendahkan saya, kata saya tak reti nak jaga maruah diri rupanya dia sendiri yang pijak lumat maruah diri dia sendiri."

"Kau tak payah nak sindir akulah, Syah." Farhat menahan geram. Wajah tegang.

Kali ini Aisyah ketawa kecil. Sehabis daya dia mengawal perasaannya. "Saya minta maaf kalau kata-kata saya buat awak rasa tersindir tapi jujur saya katakan, I'm really happy for you. Akhirnya kebahagiaan yang awak cari dah hampir lengkap. Mesti awak pun tak sabar nak lepaskan saya kan? Tak adalah awak kena hadap muka saya hari-hari. Muka perempuan yang awak kata awak jijik dan hanya layak jadi perempuan simpanan ni. But don't worry, saya akan bekerja keras untuk lunaskan hutang saya pada awak dan masa tu, bolehlah awak hidup bahagia dengan keluarga baru awak. Anyway, saya takut saya tak sempat nak ucapkan pada awak esok so, Selamat pengantin baru Farhat. Semoga kekal hingga ke jannah. Assalamualaikum." Dia terus melangkah pergi dari situ.

semalam sepatutnya update two chapters sekali tapi yg ni x terpublish pula. so here's another update for u guys. ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience