Bab 40

Romance Series 117029

Athea berusaha mencelikkan mata yang masih berat. Dia memandang ke sekeliling dengan bantuan cahaya yang samar-samar. Dia cuba mengecam suasana bilik yang nampak asing baginya.

Apabila dia memandang ke sebelah, seraut wajah yang amat dikenalinya sedang lena tidur membuatkan jantungnya mula berdegup kencang. Tangan lelaki tua bertubuh gempal yang sedang memeluk tubuhnya pantas dilarikan.

Tak! Aku tak mungkin tidur dengan jantan gatal ni! Jerit hati Athea. Dia rasa bagaikan mahu meraung di sana juga.

Dia terus melompat turun dari katil dan memungut pakaiannya di lantai. Sebaik pakaian disarung, dia terus keluar dan masa itu dia bertembung dengan seorang lagi lelaki yang berumur dalam lingkungan 40an. Kawan jantan bangsat kat dalam. Lelaki itu tersengih melihatnya. "Macam mana? Seronok?" Soal Ray sambil mentertawakan Athea. Lelaki itu nampak macam orang tidak waras dengan badan terhuyung-hayang dan penampilan serabai. Confirm! Layan 'barang' tu lagi. Fikir Aisyah menatap tajam ke Ray.

Merah padam muka Athea. "Kau dengan kawan kau memang bangsat! Tergamak kau letak pil dalam minuman aku kan?" Marahnya.

Ray ketawa. "Eh, minuman kau tu bukan aku yang letak ok? Tu...Tan Sri tu yang letak. Kalau aku yang letak, kau tak bangun sebelah dia. Kau sendiri tahu kan, aku macam mana? Aku tak makan anak ikan yang kawan aku makan." Kata Ray lagi sambil mencuit dagu Athea.

Dengan geram, Athea menepis tangan lelaki itu. "Aku akan heret kau dengan kawan kau masuk penjara! Dasar lelaki sial!"

"Apa? Aku tak dengar. Kau nak heret aku masuk penjara? Oh, so kiranya kau dah ready-lah tengok career kau jatuh menyembah tanah?" Tanyanya sambil tersenyum sinis. "Hei, perempuan! Kau tengok aku sini!" Ray mencengkam pipi Athea. "Kau dengan kitorang, tak ada beza pun. Kau ingat aku buta, tak nampak apa benda kau letak dalam gelas budak mentah tu? Panggil aku sial, tapi perangai kau pun sama sial!"

Turun naik dada Athea menahan marah. Tangannya mengenggam kuat buku limanya. Bila-bila masa saja penumbuk tu akan melayang ke muka Ray.

Dengan selamba Ray meletakkan tangan di bahu Athea. Sedikitpun dia tidak takut akan perempuan itu. "Eh, tapi kau jangan risau. Perangkap kau mengena tau. Cuma belum ada yang tuntut lagi." Seraya itu pintu bilik sebelah dibuka oleh Ray dan Athea melihat Haydar sedang terlentang di atas katil dengan pakaian yang masih lengkap di tubuh.

"Thea," suara itu menyedarkan Athea dari lamunan yang seperti mimpi buruk buatnya. Dia terus mendongak dan memandang Amar yang berdiri di hadapan mejanya.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanyanya serius.

Amar menarik kerusi di hadapan Athea dan duduk."Mama kau call aku, dia kata kau curi-curi balik Malaysia tanpa pengetahuan diorang. Kau tahu tak puas aku cari kau merata tempat, sampai aku pergi rumah ex-husband kau?"

Mata Athea nampak seperti bersinar-sinar sebaik sahabatnya menyebut soal Farhat. "Kau ada jumpa dia? Mana dia?" Dia memandang sekeliling coffee shop itu.

"Dia tak ada. Dia cuma bagitau yang kau ajak dia jumpa dekat sini. Itu yang aku ada sini. Dah-dahlah tu, Thea. Dah bertahun pun, kau timbus jelah sejarah lama kau dengan Farhat tu. Buat apa kau ganggu dia lagi?" Nasihat Kamaruddin.

"No! Farhat masih sayangkan aku. Dia cuma marahkan aku. Aku nak suami aku balik!" Berkaca mata Athea.

"Yang sayang kau sekarang cuma family kau, aku, kawan kau! Kau cubalah berpijak di bumi yang nyata. Farhat tu dah tak sayangkan kau. Kalau dia sayangkan kau. Dia dah ada kat sini jumpa kau! Hakikatnya mana? Aku tak nampak pun batang hidung dia? Kau janganlah macam ni. Kesian family kau, risaukan kau." Tegur Amar.

Athea memegang kepalanya dan menggeleng kepala. "Tak aku tak percaya yang Far tak sayangkan aku. Aku dah tak nak Haydar, Mar. Aku cuma nak suami aku balik. Tolong aku Mar, tolong bawa aku jumpa Far."

Amar sudah mati kata. Dia hanya menatap wajah Athea dengan lidah yang kelu.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang namun satu bas pun belum juga lalu. Cuaca sudah agak gelap, bila-bila masa saja hujan akan turun. Nak minta tolong Sara, dia tinggal jauh. Call Isyraf pula, dia naik motor. Nanti hujan macam mana? Request Grab, semua tak sangkut. Apa kena dengan aku hari ni?

Lama dia menatap nombor telefon Haydar yang tertera di skrin. Akhirnya dia dail juga.

"Assalamualaikum, Dra." Dia memberi salam sebaik sahaja panggilan itu dijawab.

"Waalaikumsalam, Syah. Kenapa awak?" Tanya Haydar, ceria.

Belum sempat Aisyah menjawab, terdengar suara memanggil namanya di latar. "Syah! Aku ni Haira!" Haira mendekatkan mulutnya di telefon Haydar.

Haydar meletakkan panggilan Aisyah ke loud speaker.

"Oh, Haira! Awak pun ada sekali rupanya." Aisyah berkata.

"Ha'ah, kitorang tengah makan." Jawab Haira. "Lamanya tak dengar khabar kau. Aku rindu dengan kau." Tambah Haira lagi.

Aisyah tersenyum. "Aku pun rindu kau. Sorrylah ganggu kau dengan Haydar. Aku tak tahu pula kau dengan dia."

"Mana ada ganggu." Kata Haira.

"Syah, kenapa awak call ni?" Soal Haydar. Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati bila Aisyah tiba-tiba menghubunginya.

"Err...tak ada apa. Saja call nak cek Caden." Aisyah berubah fikiran. Rasa serba-salah pula kalau mengganggu mereka. "Anyway, tak naklah kacau korang. Bye! Assalamualaikum!" Laju sahaja panggilan itu dimatikan.

Aisyah terus mengarahkan pandangannya ke jalan raya yang sudah mulai dibasahi air hujan. Semakin lama semakin lebat hujan turun. Dia mengeluh perlahan. Dia cuba lagi untuk pesan Grab, setelah hampir beberapa kali mencuba, akhirnya dapat juga walaupun harganya agak tinggi dan jarak pemandu itu jauh dari tempat dia menunggu. Biar lambat asal selamat fikirnya.

Hujan turun diikuti dengan angin yang bertiup. Aisyah yang duduk di bus stop sudah sedikit basah terkena tempias air hujan. Mana taknya, lebat sangat hujan.

Beberapa minit juga dia menunggu, tidak lama kemudian dia melihat sebuah kereta meluncur mendekati bus stop dan berhenti betul-betul di depan. Lama Aisyah memandang kereta itu sebelum pemilik kereta tersebut keluar.

"Haydar...," Gumamnya perlahan.

Haydar memegang payung dengan wajah berkerut, risau. Dia menatap wajah Aisyah sambil menggeleng kepala sebelum mendekati wanita itu. "Kenapa tak bagitau, minta ambil?" Tanyanya.

"Saya dah minta Grab ambil." Jawab Aisyah.

Haydar mengambil telefon bimbit Aisyah dan menekan sesuatu pada skrin. "Saya dah cancel. Grab tu masih jauh. Jom, ikut saya pulang." Ajaknya.

Dia memayung Aisyah dan membuka pintu kereta untuk wanita itu. Menggigil juga Aisyah bila masuk kereta. Apa taknya, aircon yang kena pasang bukan main kuat lagi. Baju dia pula sudah hampir basah kuyup.

Haydar masuk, setelah menutup pintu untuk Aisyah. Dia mengambil blazernya yang disangkut di belakang dan diletakkan di tubuh Aisyah. "Next time, dah call tu. Bagitaulah, awak minta ambil. Nasib saya jumpa Syaf tadi. Dia bagitau yang awak kerja overtime nak siapkan kertas kerja."

"Niat saya baik. Saya taknak kacau awak." Orang tengah risaukan dia, Aisyah boleh pula tersenyum.

"Nonsense. Kalau apa-apa jadi dengan awak macam mana?"

Aisyah mencebik bibir. "Tak payahlah nak membebel macam orang tua. Taulah sekarang dah jadi ayah." Boleh pula dia mengusik.

Haydar menggeleng kepala. Cakap tak pernah nak serius.

"So, macam mana dinner date awak dengan Haira?" Aisyah memandang Haydar.

"It's not a date. Kitorang makan dekat butik je. Kebetulan dorang stay back untuk preparation fashion show esok. Bukan Haira je ada sana. Kak Mona, mama dan staf lain pun ada sekali. Cuma masa tu Haira yang duduk dekat saya." Jelas Haydar.

Dari hujung mata Haydar perasan akan pandangan mata Aisyah, namun bila dia mengerling ke Aisyah, Aisyah terus memanahkan pandangan ke luar tingkap. Muka Aisyah nampak pucat dan bibirnya sedikit terketar. Haydar memperlahankan penghawa diingin lalu meneruskan pemanduan.

"Awak tak kepanasan ke?" Laju Aisyah bertanya.

"Tak. Awak masih sejuk?"

"Dah okay."

Jawapan Aisyah membuatkan Haydar tersenyum lega. "Sebelum pulang, kita singgah beli makanan. Mesti awak lapar kan?" Kata Haydar dengan mata difokuskan di hadapan.

Aisyah mengangguk. Entah kenapa, saat ini dia rasa begitu terharu dengan tindakan Haydar. Beruntung dia dapat kawan macam Haydar.

"Thanks."

"Anything for you, Syah. Anything."

New chapter! Enjoy semua ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience