Bab 27

Romance Series 117029

Dengan hati sayu Farhat melangkah masuk ke dalam wad Aisyah. Nampak nyenyak tidur Aisyah ketika dia menolak pintu wad itu. Lama dia memandang wajah isterinya yang sedikit cengkung itu. Saat ini, air matanya menitis lagi. Entah sudah berapa banyak kali dia menangis hari ini tapi serasa penyesalannya tidak setimpal dengan air mata yang dia keluarkan.

Macam manalah abang tergamak seksa Aisyah, sayang. Kesian, Aisyah. Sepanjang jadi isteri abang, macam-macam derita yang Aisyah kena tanggung. Maafkan abang, sayang. Rintihnya dalam hati. Tangannya mengusap lembut pipi isterinya dan dicium.

Kerusi di tepi katil Aisyah ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Tapak tangan Aisyah dilekapkan ke pipi, dia memejamkan matanya. Rindunya dia dengan sentuhan isterinya. Kali ini tangan isterinya pula dicium. Dengan tangan Aisyah yang masih terlekap pada pipinya, dia melentokkan kepalanya di atas katil di tepi Aisyah. Perlahan-lahan matanya yang sudah terlalu berat, terlelap di samping Aisyah.

***

Matahari yang menyusur masuk dari celah jendela menganggu tidur Aisyah. Dia membuka matanya. Dia cuba menggerakkan tangannya namun dia merasakan seperti ada benda berat yang menahannya.

Aisyah yang terpisat-pisat mengangkat sedikit kepalanya. Dia mengerling ke arah lelaki yang sedang tertidur dalam keadaan duduk sambil memegang tangannya di tepi katil. Berderau darahnya. Laju dia menarik tangannya.

Farhat terjaga dari tidur dan terus mengangkat kepalanya. "Sayang dah bangun?" Tanyanya. Dia tersenyum pada isterinya.

Aisyah memaling wajahnya. "Sayang? Siapa sayang kau?"

Terus mati senyuman Farhat. Dia tahu pasti Aisyah masih belum dapat terima dia juga sekarang. Dia memaniskan mukanya. "Aisyah nak air? Abang tahu sayang mesti haus kan? Jap, abang ambilkan air." Dia segera bangun untuk mengambil gelas di meja.

Sakit telinga Aisyah mendengar perkataan 'sayang' itu. Tajam matanya memandang suaminya.

"Tak payah. Kalau aku haus, aku boleh ambil sendiri. Aku bukan tak ada tangan. Kau keluarlah, aku taknak nanti isteri kau marah aku. Lagi satu, stop panggil aku 'sayang' atau bahasakan diri kau 'abang'. Tak jijik ke bahasakan diri macam tu dengan perempuan murahan macam aku?" Keras suara Aisyah.

"Abang cuma...,"

Sebaik sahaja perkataan abang itu disebut, Aisyah terus memanah jelingan tajam ke suaminya, membuatkan Farhat terhenti. "Maksud saya...saya cuma nak jaga awak. Awak pun isteri saya juga kan?" Perlahan suara Farhat.

"Isteri untuk sementara. Lepas habis pantang, kita akan tetap bercerai macam yang kita plan dulu. Tak ada yang akan berubah. Dah, sekarang ni kau tak payah nak tunjuk baik depan aku. Kau baliklah. Jaga isteri kau dekat rumah." Nada Aisyah masih sama.

"Syah, saya tahu saya banyak buat salah pada awak. Hari ni saya nak minta maaf pada awak. Saya tahu awak kecewa dan terluka. Saya pun tahu yang awak bencikan saya. Saya betul-betul dah tak tahu macam mana nak tebus dosa saya. Kalau perlu awak pukul saya, awak maki hina lah, buat apa yang awak nak buat pada saya asalkan awak jangan minta saya lepaskan awak." Rayu Farhat bersama air mata.

Tapi air mata lelaki itu sedikit pun tidak mengubah pendirian Aisyah. Dia buat muka macam orang tak dengar sahaja. Dia hanya memandang kosong ke dinding.

"Sayang...," Farhat cuba memegang tangan isterinya namun ditepis oleh Aisyah.

"Apa ni pegang-pegang? Hei, kau ni tak makan ubat ke apa? Yang kau tiba-tiba berubah baik ni kenapa? Mana bini kau yang kau sayang sangat tu? Kenapa kau tak jaga dia? Kenapa kau dekat sini? Kau pergilah dengan dia. Dia kan sakit, tengah berpantang. Aku dah tolak dia tau, luka dalaman dia belum elok lagi aku dah tolak dia. Kau tak kesian ke dengan dia, dia tengah sakit tu." Balas Aisyah dengan kata-kata sindiran.

Farhat tidak pedulikan sindiran Aisyah. "Athea dah tipu saya. Caden sebenarnya bukan anak saya tapi anak Haydar. Saya...,"

Aisyah tersenyum mendengar kata-kata Farhat. Dia terus memotong. "Elok sangatlah perempuan tu dengan kau. So, sekarang ni kau datang dekat aku dengan penyesalan ni semua sebab kau dapat tahu yang perempuan yang kau agung-agungkan selama ni dah tipu kau hidup-hidup? Macam tu?" Soal Aisyah.

"Saya dah tak tahu macam mana nak hadap muka dia, Syah. Hati ni dah tak boleh terima dia lepas apa yang dah jadi. Saya dah...,"

Aisyah tiba-tiba ketawa. Dalam masa yang sama air matanya turut jatuh. Dia macam orang hilang akal pun ada. "Dah apa? Benci? Tak cintakan dia? Tak sayangkan dia? Kau jangan buat aku ni macam aku ni bodoh sangatlah, Far. Kau sanggup tempik aku depan umi semata-mata nak bela dia, masa dia jatuh kau pikul dia bangun kau peluk, belai dia macam dia tu anak kecil, sedangkan aku ni yang dia pukul bertubi-tubi kau langsung tak peduli. Kau sanggup tolak aku sampai aku jatuh! Kau tak fikir langsung tentang aku masa tu. Sekarang kau nak cakap yang kau tak sayang dia? Tak sanggup lepaskan aku dan kau dah tak boleh terima dia sebab Caden tu anak Haydar? Mudah betul hati kau ni berubah kan?" Farhat tidak menjawab, dia hanya menunduk wajahnya. Hanya esakkan yang sesekali kedengaran.

"Saya tahu awak marahkan saya, saya tahu awak tak dapat maafkan saya buat masa ni. Saya tak paksa awak untuk maafkan saya, saya tahu awak perlu masa dan ruang. Tapi percayalah, Syah. Saya betul-betul menyesal. Menyesal sangat dengan kesilapan saya. Saya memang tak nak berpisah dengan awak. Bukan sebab tembelang Athea dah pecah tapi sebab saya memang sayangkan awak dari dulu sampai sekarang!" Farhat merayu.

"Jangan nak mengarutlah. Sayang aku konon! Kalau tembelang perempuan tu tak pecah, silap-silap kau dah ceraikan aku sekarang juga kan? Kau sendiri yang cakap dengan aku hari tu yang aku dah tak ada dalam hati kau. Sekarang nak cakap kau sayang aku dari dulu sampai sekarang? Hmp! Apa? Kau ingat dengan kau merangkak balik dalam hidup aku, aku akan terima kau semudah tu? Sekarang buah hati kau dah tak baik di mata kau, kau cari aku untuk pungut balik derita kau, sembuhkan luka dalam hati kau supaya kau boleh hancurkan hidup aku balik, begitu? Kau ingat aku apa? Perempuan simpanan kau? Bila kau hancur menderita, kau perlukan kasih sayang, kau datang cari aku tapi bila kau dah bahagia, aku dah ubat semua luka-luka kau tu, kau pijak lumat aku!" Luah Aisyah.

Farhat menggeleng-geleng kepalanya. "Tak, sayang. Abang memang sayangkan Aisyah, cuma masa tu abang terlalu ikutkan kata hati."

"Dan kata hati kau tu betul! Kau memang tak sayangkan aku. Aku tak mampu bahagiakan kau macam mana Athea bahagiakan kau." Bidasnya. Dia menghela nafas dalam. Dia memejam matanya cuba menyabarkan hatinya. Dengan suara yang sudah mengendur dia menatap semula wajah Farhat. "Dahlah, Far. Saya maafkan kesilapan awak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tak nak bermusuhan dengan awak. Kalau awak datang sini semata-mata kerana rasa simpati awak terhadap saya atau rasa bersalah awak, awak lupakan jelah. Apa yang dah jadi sekarang ni silap saya. Saya yang cuai tak jaga anak saya dengan baik. Saya tak salahkan awak atas kematian dia dan kalau awak tak dapat terima Athea pun terserah awak. Hidup awak. Cuma satu saya nak. Awak tinggalkan saya di bilik ni, saya nak bersendiri. Kalau awak tak keluar juga, saya akan minta awak ceraikan saya sekarang juga. So please, keluar." Tegas Aisyah. Matanya berkaca. Kepalanya disandarkan pada kepala katil.

Farhat meraup wajahnya. Habis sudah air matanya. Kekesalan demi kekesalan terus mengasak hatinya. Mahu sahaja dia menjerit. Apa lagi dia perlu lakukan? Hati Aisyah sudah betul-betul mati untuk dia.

Terima kasih kerana terus membaca! Enjoy ~!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience