BAB 4 [ TERIMA ATAU TAK? ]

Drama Series 4436

Dirumah Farish Amsyar...

Lepas balik dari rumah Afrina Aulia dia dan keluarganya terus pulang ke rumah

FARISH AMSYAR POV

Aku yang sedang duduk di sofa bersebelah dengan katilku berfikir pasal Afrina. Lahh tadi ayah bawa pergi rumah Afrina rupanya. Dapat jugalah aku jumpa dia setelah lama tidak jumpa. Dia terima ke aku kahwin dengan dia? Minta- minta dia terimalah. Dah lama aku kejar cinta dia. Takkan dia tak perasan kut. Dia tak suka aku ke? Tadi waktu mama dia bagi tahu pasal nak satukan aku dengan dia terus berubah riak muka dia. Dia benci aku ke? Haih aku kasar sangat ke layan dia? Takkan la dia nak terasa dengan aku. Tapi kalau dia tak nak kahwin dengan aku macam mana? Huhuuu tidak! Aku akan usaha pikat hati dia lagi.

Tiba- tiba terdengar ibuku memanggilku diluar bilik.

"Rish turun bawah jap, ibu dengan ayah nak bincang dengan Rish kejap" panggil ibu aku

"Baik ibu" sahutku

Di ruang tamu rumahku...

"Rish setuju ke kahwin dengan Afrina?" tanya ayah

"Rish okey je ayah. Kalau itu yang ibu ayah nak" jawabku sambil tersenyum

"Baiklah kalau begitu" kata ayah

"Bila tarikhnya?" tanya ibu pada ku

"Bila yang ibu ayah rasa sesuai" jawabku

"Kalau begitu, hujung bulan ni kamu nikah ye?" tanya ibu

"Rish ikut je" jawab ku lagi

"Baguslah kalau macam tu. Itu je kami nak tanya Rish, Rish nak naik bilik boleh dah" kata ibu

"Hehe, baik ibu" kata aku lalu terus naik ke bilik

Dirumah Afrina Aulia...

AFRINA AULIA POV

"Rina, ohh Rina" panggil mama dari

"Ye mama" kata ku lalu terus turun ke ruang tamu

"Siap ye, papa ajak keluar pergi makan" beritahu mama

"Oh kejap ye Rina siap" kata ku terus ke bilik

10 minit kemudian...

Aku turun ke ruang tamu rumahku. Aku memakai blouse lengan panjang dan seluar jeans warna biru tua. Aku juga memakai shawl lilit (Malas kan)

"Haa dah siap pun anak dara mama papa ni" kata mama papa ku serentak yang duduk di sofa

"Hehe, jom kita gerak papa, mama" kata ku

" Haa jom" kata papaku lalu terus keluar dari rumah

Setelah sampai ke 1Utama...

Aku dan keluarga pergi ke restoran yang berada dalam mall tersebut. Setelah makan, kami pergi membeli- belah (Apa yang patut je diorang beli, keluarga dia jenis tak suka membazir). Selepas puas berjalan satu mall, aku dan keluarga teris pulang ke rumah.

Keesokan harinya...

Harini aku bangun awal pagi dan bersiap seperti biasa. Aku terus turun ke ruang makan rumahku. Aku terus peluk mama (Everyday routine).

"Good morning, mama ku yang cantik" ucapku

"Good morning anak ku Rina" ucap mama ku pula

"Halah- halah, wish morning pun nak berpeluk- peluk bagai" sampuk papa yang baru sahaja turun dari tingkat atas

"Alaaa, papa ni. Rina nak manja- manja je dengan mama ni" kata ku rajuk

"Dah besar dah, tak payah nak manja- manja" kata papa

Aku membuat muka nak nangis. Mama dengan papa pula gelakkan aku.

"Huhuuu, tak nak la kawan dengan mama papa dah" kata ku rajuk lagi

"Alalala, anak mama sorang ni" kata mama sambil memeluk ku pula

"Dah tak payah nak merajuk, duduk makan" kata papa

"Hmm yela" kata ku menurut

"Rina, setuju ke nak kahwin dengan Farish ni?" tanya mama

Aku tersedak lalu papa tepuk belakang badan ku.

"Rina terima je kalau itu yang terbaik buat Rina" kataku

"Ye ke? Alhamdulillah" ucap mama

Aku mengangguk tanda betul. Papa pula senyum.

"Jadi, bila tarikh nikahnya?" tanya papa

"Saya dah tanya Kiah semalam, dia kata Farish setuju je kalau hujung bulan ni nikah" beritahu mama

Aku terus tersedak buat kali kedua.

"Haih, cepatnya nak nikahnya mama" kata ku

"Okey la tu, hujung bulan kan. Sempat la kamu pergi dating dengan dia ke apa" kata mama sambil tersenyum nakal

"Mama ni kan kalau satu hari tak kenakan Rina tak sah hidup kan" kata ku nada merajuk

"HAHAHAHA, lawak la Rina ni, dah makan- makan" kata mama

Papa tak berkata apa- apa. Hanya gelakkan aku saja.

Huwaaa, Afrina setuju laa nak disatukan dengan Farish. Tapi yang tak bestnya, dia setuju sebab mama papa je. Hurm, kesian Farish kan. Cinta dia bertepuk sebelah tangan.

Okey, ni je la untuk bab ni. Terima kasih pada yang support. Rate dan comment amat diperlukan. Love you all.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience