Seminggu berlalu...
FARISH AMSYAR POV
Aku bangun awal pagi dan bersiap seperti selalu. Lepas siap aku terus turun ke bawah. Memandangkan hari ni hari Sabtu, jadi aku free.
"Haaa dah turun pun kamu" tegur ibu. Aku hanya tersenyum.
"Hari ni kan kamu cuti, tak nak ke bawa Afrina pergi mana- mana?" tanya ayah
"Haah la, hari ni kan kamu cuti Rish. Tak nak ke bawa Afrina tu pergi dating ke makan dengan kamu?" tanya ibu yang menyokong pertanyaan ayah tadi
"Dia free ke hari ni, entah dia busy ke" kata ku sambil mengaru kepalaku yang tidak gatal
"Ish kamu ni, haa ni nombor telefon Aunty Alina. Kamu tanya la Aunty Alina ni. Lepas tu jangan lupa minta kebenaran mama papa dia dulu." pesan ibu
"Baiklah ibu, ayah. Terima kasih" kata ku
"Sama- sama, untuk anak kami juga" kata ibu. Ayah pun mengangguk.
Aku terus naik ke atas dan membuat panggilan dengan Aunty Alina.
"Assalamualaikum Aunty Alina, ni Farish" beritahu ku
"Waalaikumsalam, ye Farish kenapa?" tanya Aunty Alina
"Farish sebernarnya nak minta kebenaran keluar dengan Afrina sekejap boleh Aunty?" tanya ku segan
"Eh boleh sangat. Tapi jangan sampai lewat malam baru balik pula" jawab sekali dengan pesan Aunty Alina kepada ku
"Hehe, tak lama pun Aunty. Kejap je" beritahu ku
"Haa kalau macam tu Aunty beritahu Afrina ye, nak suruh dia siap awal" katanya
"Baiklah Aunty, Farish letak dulu ye" beritahu ku
"Okey, Assalamualaikum" Aunty Alina memberi salam
"Waalaikumsalam" jawabku
Kemudian, aku terus letak IPhone 11 ku di atas meja di sebelah katil. Aku pergi bersiap.
Setelah 5 minit bersiap...
Aku turun ke tingkat bawah bersama kunci kereta. Aku terus menyalam ibu ayah.
"Haa, dah nak pergi dah Rish. Ingat, jaga anak dara orang elok- elok" pesan ayah
"Sambil pergi dating tu pikat la hati dia sekali, buat ayat cinta tau. Baru la Afrina tu jatuh hati dengan kamu Rish" kata ibu pula
Aku mengangguk dan keluar dari rumah. Aku menaiki kereta Honda City milikku dan terus memandu ke rumah Afrina.
AFRINA AULIA POV
You, you memang sangat cute
So stop la being so cute
You buat I hanyut
Kenapa you cute sangat
Even bila muka ketat
Mata budak- budak semua melekat
Siapa suruh you cute sangat
Aku menyanyi lagu Cute sambil melihat gambar Jungkook. Huish cair dowh tengok gambar dia.
Tiba- tiba mama masuk ke bilikku dan berkata "Tengok gambar Jungkook la tu kan" tegur mama
"Hehe, mama ni macam tau- tau je" kata ku malu
"Ni mama nak bagitahu kamu, kejap lagi Jungkook kamu tu nak datang ambil kamu pergi dating" beritahu mama
"Jungkook! Serious laa mama" kata ku keriangan
"Haah, tapi Jungkook edisi Melayu la" kata mama
"Alaaaa, tak handsome macam Jungkook yang ni la mama" rengek ku
"Yang tak handsome tu laa nanti jadi suami kamu tau" kata mama. Aku hanya diam dan membuat muka monyok.
"Dah, dah. Nanti Farish tu sampai baru kamu nak kelam kabut siap. Baik kamu pergi siap sekarang" arah mama dan terus keluar dari bilik ku. Kemudian, aku siap.
FARISH AMSYAR POV
Aku memandu keretaku sambil mendengar lagu Perfect yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran. Setelah habis lagu tersebut sampailah jua diriku dirumah milik papa Afrina, iaitu Tuan Hairi.
Aku keluar dari perut keretaku dan menekan punat loceng rumah besar itu diluar pagar. Pagar terus dibuka dan aku disambut oleh Pak Arif (Driver Tuan Hairi a.k.a bakal papa mentuaku) hehehe
"Puan Alina suruh Tuan masuk ke dalam rumah" beritahu Pak Arif
"Ouh baiklah, Pak Arif. Pak Arif tak payah la panggil saya dengan panggilan Tuan, panggil saya Farish je okey" kata ku
"Hehe okey" katanya
Aku senyum dan terus jalan ke pintu rumah. Sampai ke pintu utama rumah tersebut aku memberi salam "Assalamualaikum"
Salamku dijawab oleh Puan Alina dan Tuan Hairi. Mereka menjemputku masuk kedalam rumah mereka dan menghidangkan aku air teh dan kuih- muih.
"Ish mana la budak ni. Lama betul siap" kata Tuan Hairi
"Haah lama betul. Biar saya pergi tengok dia sekejap" kata Puan Alina pula
"Minta maaf la Farish. Afrina malu kot, tula dia lambat keluar bilik" kata Tuan Hairi mengelakkan diriku dari kerisauan.
"Eh tidak mengapa uncle. Uncle tak salah apa- apa, tak perlu nak minta maaf dengan saya pun" kata ku
"Ish tak payah la panggil uncle bagai, panggil papa je" kata Tuan Hairi
Aku hanya mengangguk dan senyum.
Di tingkat atas rumah banglo milik papa Afrina...
AFRINA AULIA POV
Aku dihadapan cermin sedang membelek- belek diriku. Okey ke apa yang aku pakai ni? Aku memakai blouse biru tangan panjang yang labuh sedikit bahagian belakang dan seluar jeans berwarna biru muda. Aku mengenakan tudung shawl di kepalaku yang berwarna hitam.
Tiba- tiba mama mengetuk pintu bilikku dan terus masuk apabila aku tidak menyahut.
Aku duduk di atas katil dengan muka yang monyok.
"Kenapa ni Rina, muka monyok je?" soal mama
"Rina malu laa, Rina tak lawa kan?" soalku pula
"Rina cantik je la. Senyum laa jangan monyok. Dah jom Farish dah tunggu dekat bawah tu" ajak mama
Aku tersenyum dan turun ke bawah bersama mama.
"Haa turun pun, ingatkan tak nak turun tadi" kata papa manakala Farish hanya diam dan tersenyum kepada ku. Aku hanya tundukkan kepala ke bawah. Tak nak bertentang mata dengan lelaki.
Selepas aku sampai diruang tamu, Farish terus bangun dan berkata " Saya dengan Afrina gerak dulu ye Uncle, Aunty"
"Kan dah kata, tak payah panggil Uncle dah. Panggil papa je" kata papa
"Haah, Farish. Panggil papa dengan mama je" mama turut menyokong
Aku hanya diam, malas nak menyampuk. Tapi dalam hati..
'Hish, apesal mamat ni nak panggil parents aku mama papa pulak'
'Sebok jela mamat ni'
'Jelous arr, mama and papa tak fikir perasaan Rina pun huhuuuu sedih'
'Aku ni yang anak diorang, bukan mamat ni, hishh'
(Astagfirullah, geram pulak author dengan Afrina ni eheks)
Aku menyalam mama dan papa lalu terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta milik Farish bersamanya. Farish membuka pintu keretanya untukku. Mama dan papa hanya intai dari dalam rumah. Aku ucap terima kasih kepadanya sambil tersenyum. Kalau tak senyum dia kata tak ikhlas pula kan, so kena senyum la. Then, Farish pun senyum dan berkata kasih diterima. Aku hanya diam. Malas nak kata apa- apa dah, huh nak buat aku terpikat la tu. Farish berjalan ke pintu kereta sebelah kananku dan duduk di atas seat. Kitaorang pun teruskan perjalanan.
Di dalam kereta...
Aku dan Farish diam, tidak berkata apa- apa. Hanya celoteh Dj radio yang didengarnya.
"Kau okey ke tak ni? Diam je dari tadi" tiba- tiba dia bersuara
"Tak ada apa- apa nak cakap, diam jela" kata ku
"Huish garangnya bakal isteri aku ni" katanya memerli ku
Tengok, dia kata lagi perkataan 'bakal isteri' dia. Hish menyampah betul laa.
Aku diam dan terus menyandarkan badanku. Lama- kelamaan aku terlelap.
"Afrina, bangun laa. Kita dah sampai ni" aku mendengar seseorang mengejutku tidur
"Ishh, kejap laa. Orang tengah tidur pun kacau" marah ku yang tidak tahu siapa yang mengejutku
"Afrina bangun laa. Kalau tak aku cium kau" aku terus bangun dari tidur dan menumbuk muka Farish
"Woi, sakit laa" adunya
"Padan muka, siapa suruh ugut macam tu" kata ku lalu keluar dari kereta. Tanpa menunggu Farish aku terus ke pintu utama Mid Valley mall. 'Huh, seram aku dengan perangai mamat tuh, malas tunggu dia dah' kata ku di dalam hati. Sedang aku berjalan- jalan, aku ternampak kedai aiskrim Baskin Robbins. Yeahh, its my favourite ice cream. Aku menuju ke kedai tersebut dan memesan
Cotton Candy mix Mint Chocolate Chip (Dua ni memang favourite author, sedap tak terhingga)
Aku duduk di tempat duduk yang disediakan di kedai tersebut sambil menikmati ais krim. Huish sedap weh.
Aku yang sedang makan tergelak apabila melihat Farish yang sedang mencari diriku. Takut kena marah dengan mama papa la tu kalau aku hilang. Aku yang sedang bergelak sakan tu dipandang oleh Farish dan dia terus berjalan ke arahku.
Aku yang sedang makan disergah oleh Farish
"Asal dengan kau eh? Lari dari aku, lepas tu pergi makan dekat kedai ais krim dalam mall ni. Kau tak fikir ke yang aku risaukan kau? Kau ni kan, lain kali kalau nak lari sekalipun bagitaulah aku nak pergi mana" marahnya
"Eh, rilek arr awak. Okey la kan, dalam mall je, bukan kat luar mall pun. Awak risau sebab kalau saya hilang awak tak tau nak explain apa kat mama papa kan? Bukan ikhlas awak risaukan saya pun, so tak payah nak ambil tahu pasal saya. Kalau saya bagitau saya nak pergi mana kat awak mesti awak tau saya kat mana kan, jadi tak best la" kata ku sambil makan ais krim
"Hish susah la cakap dengan kau ni" dia mengambil duitnya dan menghulur kepadaku
"For what?" ku bertanya
"Harini aku nak belanja kau full, ni duit ganti kau bayar ais krim tadi" dia menjelaskan
"Haa, serious la. Yeayy bestnya" kata ku keriangan lalu mengambil duit ditangannya
"Thanks awak" kata ku
"No problem laa" katanya sambil tersenyum
"Dah jom pergi makan berat sikit" ajaknya
"Haa okey" kata ku dan terus pergi ke restoran Chicken Rice yang dipilih oleh kami.
Kami berdua memesan makanan dan makan bersama.
Selepas makan...
"Kau nak pergi mana lepas ni?" dia bertanya
"Mana- mana jer, janji best" jawab ku
"Tengok movie best?" tanya dia
"Of course la best, dah jom" kata ku
Kami menuju ke cinema. Kami membeli 2 ice lemon tea dan 2 popcorn. Kami menonton cerita Annabelle Comes Home sehingga habis dan terus menghantarku pulang ke rumah. (Diorang berdua diam je waktu tengok movie tu sebab diorang ni pasangan yang tak sweet langsung)
Di rumah ayah Farish
FARISH AMSYAR POV
Aku yang baru saja lepas mandi di dalam bilik ku, mengambil buku diari milikku. Aku mencoret hari ku bersama Afrina Aulia petang tadi.
"Aku harap kau buka pintu hati kau untuk aku suatu hari nanti"
NO ONE POV
Sebenarnya Farish saja buat- buat kasar dengan Afrina. Tak ready lagi nak luahkan perasaan pada Afrina lagi la tu.
~Haa macam mana? Okey tak part ni?
Sorry sebab dah berapa hari Sarah tak update new part. Sarah busy sikit tahun baru ni. Sorry juga kalau ada tersalah ejaan ke apa okey. Rate dan comments anda amat diperlukan, terima kasih.
Share this novel